"Helo. Kwangsoo oppa?"
"So Hee. Saya nak ajak awak makan malam hari ni. Saya jemput dekat rumah awak."
Jantung aku berdegup kencang. Makan malam? Sejak bila ni?
"Okey. Pukul berapa?"
Kenapa aku katakan ya? Argh tidak. Kim So Hee! Betul ker tidak keputusan aku ni?"
"Before midnight."
"Itu sudah pasti."
"Nanti saya call lagi."
"Okey. Annyeong."
Aku menyelongkar almari aku sehingga bersepah bilik. Tiba-tiba, aku terpegang baju gaun pemberian Eomma. Eomma dan Appa sedang bercuti di Paris. Gaun ini menyebabkan aku mengimbas kembali kenangan bersama Minho. Degup jantung aku kali ini berlainan. Degup jantung yang menyebabkan hati aku sakit. Sakit kerana rindu yang teramat.
---------------------------------------------
"Dah siap belum?"
"Masuklah dulu rumah saya. Tak berkunci."
Kwangsoo naik tangga dan membuka perlahan pintu rumah aku. Dia memakai pakaian yang formal. Kot bercorak petak kecil berwarna hitam dan putih serta membawa sekuntum bunga ros.
"So Hee. Kenapa awak belum bersiap?"
Aku menunduk lesu. Aku tidak dapat menahan air mataku. Aku bangun dan berlari ke arah Kwangsoo. Aku terus memeluk tubuh Kwangsoo. Muka aku berada di bahagian atas perutnya. Tinggi sangat mamat ni! Kwangsoo perlahan-lahan mengangkat tangannya dan memeluk aku.
"Kenapa ni?"
"Oppa."
---------------------------------------------
"Dah siap. Maaflah, malam ni kita makan malam di bawah cahaya bulan."
Kwangsoo membuka kotnya dan melipat lengan bajunya.
"Tak apa. Lagi seronok makan macam ni. Mak dengan ayah awak mana?"
"Diorang pergi bercuti."
"Awak dah okey?"
"Dah. Terima kasih sebab sanggup basah kerana air mata saya."
"Saya buat kerana kawan saya."
"Oppa, kenapa oppa bawa bunga ros?"
"Oh, itu untuk awak. Tapi bunga tu dah layu sebab kena himpit masa awak peluk saya tadi."
"Maaf. Nanti saya ganti."
"Tak apa kalau bunga layu sebab hati saya dekat awak takkan pernah layu. Sentiasa disirami dengan air mata awak yang berharga tu."
Aku terkedu. Kwangsoo? Apa semua ni? Apa maksudnya? Aku perlukan penjelasan.
YOU ARE READING
Our Dream
FanfictionAku Kim So Hee. Pelajar kelas sains. Aku tak suka lelaki. Bagi aku, lelaki sangat membosankan dan kerja mereka hanya menyakitkan hati perempuan. Perempuan pula asyik nak kejar lelaki yang popular. Aku tak faham betul mengapa mereka minat sangat deng...
