"So, apa yang boleh saya bantu? Nak larikan diri dari kekasih? Mesti Encik Noah ni banyak kekasih ni..." Nur mula mengagak.

Maklumlah Encik Noah ni, kacak orangnya. Smart. Pakai kemeja warna pic, seluar jean lusuh. Ada stail! Ray-ban lagi. Dia punya janggut yang nipis, dagu berlekuk dan kulit pula putih merah.

Nur mula mengerut dahi. Dia sudah ingat, wajah Noah Ryzal persis siapa... Macam Prince Caspian dalam cerita Narnia tu! Huh... Yalah... Sebiji! Habis sudah muka orang itu, ditelitinya. Sempat lagi!

Nama dia Noah, Noah Ryzal. Noah? Mesti mak dia minah salih tak pun, ayah dia mat salih. Tak pun tok nenek dia orang Belanda? Pergh... Aku kalau judge orang, kalah profiler dalam cerita Criminal Minds tu! Erk...

"Maklumlah, Encik Noah ni, handsome... Boleh tahan rupanya. Kacukan pula tu!" sambung Nur lagi. Dia ni, memang jenis tak tahu malu sikit. Selamba badak saja kalau dia nak bercakap! Nursiah, mummynya pernah bercakap... kalau Nur ni, salah ambil jurusan. Patutnya, ambil jurusan undang-undang.

Noah ketawa. Kelakar pula minah di hadapannya ini, mencuit hatinya.

"Kenapa Encik Noah?" Nur mengerut dahi. Tiba-tiba ketawa, seram juga dia. Gila ke apa?

"Awak ni kelakarlah, Nur. Anyway... Macam ni, my mom and dad are coming to town. So..."

"Ops, encik salah orang ni, encik."

Noah terdiam. Apa kes pula ni?

"Salah orang encik ni, saya ni bukan sewa perkhidmatan amah, nak kemas rumah bagai. Bukan encik, bukan! Encik dah salah faham ni."

"Hah?!" Noah tercengang. Tak pasal!

"Saya bukan letak iklan cun melecun, buat Blog meletup-letup warna pink, nak buat servis jadi amah, okey? Cukuplah saya jadi amah dekat rumah saya sendiri. Kalau mak ayah Encik Noah datang tu, panggil saja maid Indonesia. Mereka boleh tolong Encik Noah kemas rumah sementara mak ayah Encik Noah nak datang. Mereka tu buat kerja ikut jam. Sejam sepuluh ringgit saja. Nak nombor?"

"Erk, bukan begitu, Nur. Awak yang salah faham ni."

Noah menepis-nepis sangkaan Nur. Tergelak dia dengan penyataan Nur. Ada pula aku nak sewa amah? Minah ni...

"Pula! Habis tu?" Kalau bukan untuk jadi maid kemas rumah dia sebab mak ayah dia nak mai, nak sewa untuk apa pula?

"Saya nak sewa awak, jadi isteri saya."

"Apa?!"

"Saya bayar... semua. Sepuluh..."

"Erk... Sepuluh ringgit saja?" Takkan jadi isteri, banyak tu saja dapat? Gila ke apa?! Ni sewa, sewa jenis yang macam mana? Nur tak menyempat!

"Kenapa awak ni suka potong saya cakap?"

Nur terdiam. Alamak, kan dah kena marah!

"Sorry..."

"Sepuluh ribu ringgit."

"Hah?! Sepuluh ribu?" Nur hampir terjatuh dari kerusi.

"Kenapa? Tak cukup?"

"Kenapa? Encik Noah nak tambah lagi ke?"

"Kalau awak rasa tak cukup, saya boleh tambah."

Gila mamat ni... Nur menepuk dahi.

"Erk... Encik Noah, sebelum saya setuju apa-apa, saya nak double confirm. Encik Noah tahu kan servis saya menyewa diri saya untuk menolong menyelesaikan perhubungan Encik Noah dengan kekasih, kan? Macam break-up ke, putuskan pertunangan ke. Alah, yang macam video testimoni saya tu."

Isteri Untuk DisewaWhere stories live. Discover now