Rhianna terdiam. Ini masalahnya.

"Nanti I fikirkanlah."

"Kahwin sajalah. Biarkan harta tu. Kita boleh cari lain!"

Mata Rhianna terbuntang. "No!"

"Kenapa pula? You cintakan I atau harta I?"

Rhianna tersentak. "Of course la I cinta you, Noah. Tapi cinta boleh bagi kita makan ke? You ni..."

Noah hanya senyum. Dia sudah agak.

"Itu kalau I cerai... Kalau I tak nak cerai dia? Macam mana?"

"I sunat you sekali lagi!"

Noah tergelak. Sengaja dia mahu mengusik teman wanitanya. Sebenarnya, dia sudah merencanakan hal yang lain. Bagus juga, Rhianna memberikan idea itu. Noah sudah mula memikirkan sesuatu.

"Okeylah, I nak pergi siap-siap. Nanti I call you balik."

Klik!

The Coffee Bean, Jusco Kinta City, pukul 2.30 petang. Saya pakai kemeja petak, warna pic. – Noah Ryzal.

Tepat jam 2.15 petang, Nur sudah sampai di Jusco, Kinta City. Tak jauh pun dari rumahnya. Lalu lebuh raya, jalan terus saja. Senang! Oleh sebab dekat, Nur mengiktirafkan tempat ini sebagai tempat perjumpaan pelanggan yang mahu menyewa perkhidmatannya. Kawasan ramai orang, senang nak parkir, sambil berfikir menyelesaikan masalah, sambil tu boleh minum kopi mahal.

Nur tersengih!

Cepat-cepat dia memarkirkan keretanya betul-betul di depan The Coffee Bean. Situ memang sesak tapi tak kisahlah. Kereta pinknya itu, boleh parkir di mana-mana. Mudah! Kelisa kan...

Elok Nur memarkirkan keretanya, dia keluar mencari-cari lelaki yang memakai baju berwarna pic, kotak-kotak. Sempat lagi dia mengomen...

Huh... Pic? Nasib baiklah pic, bukan pink. Pic ke pink ke... Mamat ni mesti lembut hatinya. Patutlah mamat ni susah sangat nak putuskan percintaan sebab punya hati lembut macam warna pic. Kasihan. Tak apalah, Nur Service boleh membantu! Rasa macam ejen pencari jodoh Si Cupid pula!

Nur mengerut dahi tatkala dia nampak seseorang yang memakai baju seperti yang dinyatakan dan sedang menghirup secawan kopi.

Hem... Tu dia kut? Agak akulah. Yalah agaknya, bisik hatinya.

"Assalamualaikum... Ehem... Encik Noah ke?" tegur Nur.

Noah terus menoleh. "Waalaikumussalam, ya, saya. Cik Nur ke?"

"Hai, saya Nur Adreiana. Tak perlu cik. Panggil Nur, cukup." Gelilah bercik-cik...

"Jemput duduk."

Nur menarik kerusi di hadapan Noah lantas menarik rambut panjangnya ke sebelah kanan. Rimas! Lupa pula dia mahu membawa getah rambutnya tadi. Tak pasal, ayu-ayu macam Rita Rudaini.

Haih... Betul-betul menyusahkanlah rambut ni. Tapi disebabkan ayah tak bagi aku potong, aku simpan juga. Tapi kalau betul mengganggu, aku potong juga sat lagi ni. Nur sempat membebel dalam hati.

Noah di hadapannya, hanya senyum melihat gelagatnya. Comel!

"Anything, Nur? Soft drinks? Coffee?"

"Eh, tak apa. Saya okey. Baru sudah makan." Seganlah pula nak makan-makan depan pelanggan ni. Sudahlah handsome macam... macam siapa, ek? Macam pernah aku jumpa mamat muka macam dia ni. Nur terfikir-fikir.

"Betul ni?"

"Betul. Kita cerita business terus senang."

"Good."

Isteri Untuk DisewaWhere stories live. Discover now