Bab 3

15.1K 282 4
                                    

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau tetapkanlah hati aku! Kau tebarkanlah rezeki Kau di mana-mana. Nanti aku usahakan sendiri. Insya-Allah. Kalau tak boleh, paksa sampai boleh!

Mak tengok jam di dinding kemudian memandang aku semula.

"Tak pi?"

"Tak."

Selalu jam pukul lapan pagi, mak sudah keluar. Kalau aku nak kerja dengan Tuan Anas Mikael tu, aku kena keluar sama waktu macam mak keluar. Oleh kerana aku buat keputusan tak mahu kerja dengan Tuan Anas Mikael tu, aku pun melepaklah di rumah. Siap-siapkan sarapan.

"Sungguh ke ni?"

"Mak... Kalau kita buat sesuatu keputusan, kita kena confident. Kalau tak confident, macam manalah Tuhan nak tolong kita? Kalau mak takut mak tak dapat pencen, mak tok sah risaulah. Nanti orang dapat kerja, orang ganti balik duit pencen mak tu. Bukan Tuan Anas tu saja boleh bagi. Ni, Puan Ayu pun boleh, haihhh... Mak tolong doa saja orang dapat kerja."

Mak mencebik bibirnya. Kalau tak dapat restu ni, macam mana? Makan apa aku dengan mak nanti kalau aku masih tak dapat kerja?

"La ni kerja bukan senang, Ayu oi..."

"Adalah sangkut kat mana-mana nanti. Bukan sikit orang hantar resume tu, mak. Banyak. Kalau niat kita untuk majukan keluarga kita, insya-Allah, Tuhan tolong. Yakin saja. Mak sendiri bagi orang mengaji tinggi-tinggi, tak nak bagi anak mak kerja tukang cuci. Sekarang mak pula pusing niat mak. Mana boleh lagu tu!"

Mak diam.

"Dahlah. Tak payah nak kalutlah. Kalau dia tu berhati-perut, kan mak... Dia bagi mak pencen mak tu. Kalau tak, tak payahlah mak nak agung-agungkan majikan mak yang pasal tangga pun nak pecat mak tu!"

Tak habis isu salah tangga. Nak saja aku haramkan semua tangga di dalam Malaysia ni. Tapi, kalau tak ada tangga, macam mana nak naik bangunan pencakar langit tu? Lagipun, aku bukannya PM yang orang nak dengar kata aku.

"Suka hati Ayulah."

"Tak apalah, mak... Rezeki ada kat mana-mana. Mana tau sat lagi ada panggilan kerja? Orang bukannya bodoh sangat sampai satu pun tak dak tersangkut. CGPA, 3.80 kut!"

"Mak sukalah dengan confident kamu tu, Ayu. Tapi jangan nak confident sangat... CG kaaa... PA kaaa... Kalau tak dak usaha, tak daklah mai kerja!"

Aku angguk-angguk. "Tau haih... Orang dah pelan pagi ni nak menghala ke mana. Kalau boleh nak cari kerja yang dekat-dekat dulu. Motor arwah ayah tu bukannya boleh buat jalan jauh. Nanti ada duit sikit, orang pi cari kereta second-hand."

"Yalah."

"Mak rehatlah. Tak payahlah kerja. Ini masanya orang balas pula jasa mak bagi orang berjaya sampai sekarang."

Mak senyum. Nampak garis tua di pipinya. Aku peluk bahu mak. Aku suruh dia duduk dan menjamah nasi goreng yang aku buat. Adalah rezeki tu kat mana-mana... Tak dapat jadi penasihat kewangan kat bank... jadilah financial controller pun tak apalah. Tak dak semua tu, akauntan bodoh buat buku tunai pun jadilah! Kalau nak jadi gabenor bank negara teruihhh... tak dak kekosongan lagi. Heh, tak agak-agak punya tahap keyakinan aku ni!

Seharian aku dekat kafe siber tengok JobStreet. Aku dah hantar semua resume. Sambil tu aku pusing-pusing rumah kedai berhampiran rumah aku, tanya nak pakai pekerja ke tak. Susah sikit pun tak apalah. Asalkan tak tunduk pada ego Tuan Anas Mikael tu.

Masuk... seminggu. Aku masih tak dapat juga kerja. Dapat temu duga tapi semuanya tangguhkan keputusan. Tak apa, aku masih bersabar. Duit tabungan masih cukup nak bagi makan mak lauk sedap-sedap lagi.

Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)Where stories live. Discover now