Bab 2

16.4K 333 2
                                    

"Awak tahu apa kesalahan awak?"

Aku diam. Sudah tentulah aku tahu.

"Awak menipu saya..."

"Dengan tidak sengaja..."

"Sengaja atau tidak, kalau namanya menipu dan menceroboh..."

"Potong lidah, kaki dan tangan... buat sup!"

Mata Tuan Anas terbeliak memandang aku yang selamba menyambung kata-katanya. Dia memandang aku, tak puas hati.

"Saya tak kesah tuan nak buat apa dekat saya, tapi tolonglah jangan berhentikan mak saya."

"Betul ni boleh buat apa saja?"

"Asai tak melanggar hukum syariah... saya terima hukuman. Memang saya salah pun sebab tak mengikut peraturan. Masalahnya, rumah ni banyak pula tangganya. Saya assume tangga depanlah. Mana tau tuan ikut back door."

Besar mata Tuan Anas. Macam nak makan orang. Aku pun nak juga bagi alasan dan tak mahu mengalah!

"Maaflah saya, tuan. Saya tak tahu. Saya bantu mak saya yang sedang demam. Insya-Allah kalau dia okey esok, tuan tak nampak saya dah kerja kat sini."

"Cik Su demam?"

"Ya, tuan..."

"Awak ni tak bekerja ke?"

"Tengah cari kerja, tuan."

"Hemmm..."

Lama...

Lama aku tunggu Tuan Anas Mikael menjatuhkan hukuman ke atas aku. Dekat lima minit juga dia ke hulu ke hilir dengan pinggang menyenget. Sakit sungguh kut!

"Boleh masak?"

"Bolehlah."

"Boleh mengemas?"

"Boleh juga."

Dahi aku berkerut. Apa hal tanya soalan macam ni?

"Oleh kerana awak nak sangat saya ambil awak bekerja, sampai sanggup menipu... Jadi, saya ambil keputusan untuk ambil awak bekerja."

"Mak saya, tuan?"

"Cik Su boleh pencen. Duit pencen nanti saya minta Kay uruskan. Kalau esok awak tak datang kerja, Cik Su akan saya berhentikan. Keputusan di tangan awak."

Hah?

Jadi tukang cuci? Erk!

"Ya Allah, subhanallah... Astaghfirullahaladzim, Ayu Maisarah!"

"Sorry... Sorry, mak! Orang tak sengaja! Lagipun, bukan orang punya salah. Mak yang tak beritahu dekat orang, tangga yang mana satu."

Giliran mak pula yang ke hulu ke hilir di depan aku sambil mengucap panjang. Sudahlah belum baik peningnya, tambah lagi pening kepalanya sejak aku beritahu tentang kejadian Tuan Anas Mikael jatuh tangga. Jatuh tangga saja pun... Itu pun nak kecoh! Bukannya tak ada duit nak pergi urut. Aku pun boleh bayarlah kalau nak urut setakat pinggang kerengga tu!

"Kalau kamu tak terima kerja Tuan Anas tu?"

"Mak kena berhenti kerja."

"Kita nak makan apa?"

"Mak jangan risaulah. Nanti orang dapat kerja, mak nak makan kat Plan B hari-hari pun tak apa!"

"Sembanggg gebanggg!!! Mana nak dapat duit nak pi makan Plan B kalau kerjanya tak memandang?"

"Sabarlah. Belum ada rezeki!"

"Esok pergi juga kerja dengan Tuan Anas."

"Hah?"

"Pergi!"

"Mak suruh orang belajar tinggi-tinggi supaya tak jadi tukang cuci. Sekarang ni, mak pula suruh orang jadi tukang cuci dekat rumah Tuan Anas tu. Apa ni, mak?"

"Selagi kamu tak dapat kerja, selagi itulah... terus kerja dengan Tuan Anas tu."

"Masalahnya mak..."

"Apa lagi masalahnya?"

"Tuan tu kata, kalau mula kerja dengan dia, tak boleh berhenti."

Mak terdiam.

Aku pun terdiam tadi sewaktu Tuan Anas tu memberikan kata putus kepada aku. Gara-gara aku cuba putuskan pinggang dia, dia putuskan rezeki aku pula. Siot betul mamat tu. Silap tangga saja kut. Bukannya silap besar gila sampai dia kerugian berjuta-juta ringgit. Lelaki yang ikut peraturan sangat ni pun kadang-kadang hilang tamadun juga! Hilang akal aku dibuatnya!

"Kamu yang cari pasal... kamulah yang bertanggungjawab dengan apa saja tindakan yang kamu buat selepas ni, Ayu. Itulah, mak dah pesan, tak payah... kamu yang degil!"

Mak.

Tak menyokong!

Langsung tak!

Aku pun tak tahulah nak fikir apa. Kalau aku tak buat, mak akan diberhentikan kerja dan tak dapat pencen. Kami akan hilang mata pencarian. Tapi, kalau aku bekerja dengan Tuan Anas, mak akan dapat pencen, aku akan dapat gaji. Cuma, aku kena kerja selamanya dengan Tuan Anas. Jadi tukang cuci.

Huh!

Apa jalan yang perlu aku pilih? Perlukah aku ikut ego aku ni atau pun aku ikut ego Tuan Anas Mikael tu?

Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)Where stories live. Discover now