HILANG

0 0 0
                                        

"Tak pernah aku sedar dan aku sangka, aku mampu segila ini" - MUHAMMAD AMRAN TAHRIN

"Am, jomlah. Kita balik. Dah nak maghrib ni", Hussin tepuk bahu Amran perlahan.

Memujuk rakan baiknya itu dari terus menerus duduk dihadapan sebuah pusara yang tanahnya masih lagi memerah dan basah tanda jenazah baru sahaja dikebumikan. Namun Amran masih diam membisu seribu bahasa walaupun sudah hampir 15 minit berlalu selepas bahunya ditepuk oleh Hussin. Mata Amran masih lagi menatap pusara dihadapan mereka berdua. Tangan dan pakaian yang kotor akibat membantu pengebumian seseorang yang penting buat mereka berdua, tidak diendahkan.

Hussin menarik nafas panjang melihat rakannya itu masih lagi membeku ditempat duduk. Hussin kembali duduk bersila disisi kawan baiknya itu. Belakang Amran diusap perlahan, menyalurkan sedikit kekuatan buat rakan baiknya itu.

"Am, aku tahu kau kuat. Dan aku juga tahu yang... Ria tak suka kau macam ni", pujuk Hussin.Amran masih lagi kaku tidak bergerak walau seinci. 

"Apa yang aku nak buat sekarang Hussin? Hidup aku, jiwa aku, nyawa aku, hati aku, semuanya ada pada dia. Pada seorang wanita yang bernama Daria Narwisha Binti Ruhaizin. Semuanya Hussin. Semua?! And now she's... she...".

Air mata yang sudah kering tadi kembali mengalir diwajah tampan Amran.

Hussin sekali lagi menarik nafas panjang, menahan diri dari terikut emosi rakan baiknya dari kecil itu.

"I know Am. Tapi Allah lebih sayangkan Ria, Am. Ria dah tak sakit lagi. Kita semua tak nak dia menderita kan?", utar Hussin perlahan. Namun suara dia juga sudah bergetar.

Hussin ingat lagi bagaimana keadaan Ria sewaktu mereka tiba untuk melihat Ria dihospital. Satu badan penuh dengan wayar dan balutan dari kepala hingga ke kaki. Muka Ria ditutup dengan balutan dan tidak lagi dapat mereka lihat. Mesin penuh mengelilingi katil. Mengeluarkan bunyi yang cukup ngeri bagi mereka berdua. Mereka mendapat tahu Ria cedera sewaktu Ria melakukan tugas diluar negara. Ria berada dekat dengan kawasan pengeboman sewaktu bom buatan sendiri itu meletus. Kadar terbakar dibadan hampir 65% terutama sekali dibahagian belakang badan kerana Ria menggunakan badannya sendiri untuk menyelamatkan dua orang kanak-kanak warga tempatan yang kebetulan berada dikawasan ancaman. Mata Ria tidak lagi dapat diselamatkan kerana kecederaan teruk. Mata Ria terpaksa dibedah dan di buang demi menyelamatkan nyawa wanita itu. Peratusan untuk hidup cuma 30%. Mengikut kata doktor, meskipun Ria tidak berada dalam jarak yang sangat dekat pada bom secara sahnya, racun dan chemical yang dicampurkan pada bom buatan sendiri itu membakar Ria dari dalam. Kulit yang terbakar, akan terus terbakar hingga ke tulang. Doktor sudah lakukan sehabis baik namun tiada daya mereka untuk melawan takdir.

Andai diizinkan Tuhan Ria sembuh, Ria mungkin tidak lagi boleh kembali menjadi manusia normal seperti yang lain. Ria berkemungkinan besar akan lumpuh sepenuhnya kerana kecederaan pada tulang belakangnya. Tangan dan kaki Ria mungkin, terpaksa dipotong kerana cell-cell pada kaki dan tangan Ria sudah perlahan-lahan mati dan ada juga yang sudah mula mereput. Ria juga berkemungkinan besar tidak lagi boleh bercakap ataupun mendengar. Dan Ria mungkin tidak boleh berfungsi seperti biasa kerana rasa atau sensasi terbakar itu akan menghantui Ria selamanya. Proses penyembuhan dan ditambah pula dengan trauma yang bakal Ria hadapi, akan mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Amran tersentak sewaktu mendengar penjelasan doktor. Amran dan Hussin terus terbang keluar negara sebaik sahaja mendapat tahu akan keadaan Ria disana bersama rakan seperjuangan yang lain.

"I'm sorry but... her brain got damaged badly and... this morning...", doktor terhenti. Tidak mampu menghabiskan kata-kata.

Hussin hanya mampu mengusap belakang Amran perlahan. Bahu Amran terhinjut-hinjut, menangis. Hussin lap air mata yang mulai mahu mengalir.

Selepas seminggu Ria berada di CCU, doktor sahkan yang Ria brain dead. Doktor minta kebenaran dari Amran dan Hussin untuk matikan mesin sistem pernafasan yang dipasang pada Ria bagi membantu wanita itu bernafas. Amran terduduk diatas lantai dek menerima kejutan yang sangat tidak dijangka. Hussin turut tergamam namun dia kaku ditempat dia berdiri.Ibu bapa Ria diterbangkan khas oleh pihak ATM untuk melihat anak mereka buat kali yang terakhir. Selepas seminggu, akhirnya mesin dimatikan atas saranan dan juga keizinan ibu bapa Ria. Amran setia berada disisi Ria sehingga Ria menghembuskan nafasnya yang terakhirnya. bunyi esak tangis memenuhi ruangan kamar CCU yang tidak sebesar mana. Tangan Ria yang dibalut itu digenggam kuat oleh Amran. Mengigil tangannya memegang tangan seorang wanita yang memiliki dunia, jiwa dan nyawanya itu menghembuskan nafas buat kali yang terakhir.

Ria diterbangkan terus ke Malaysia menaiki kapal terbang milik ATM bersama rakan-rakan kumpulan wanita itu sebaik sahaja selesai urusan hospital dan lainnya. Ria diuruskan disini dan terus dikebumikan selepas perjalanan yang mengambil masa 26 jam lamanya. Begitu mudah segala urusan untuk membawa jiwanya itu pulang ke tanan air dan mudah juga urusan untuk memandikan, menguruskan dan pengebumian. Hati Amran rasa tenang namun apabila semuanya sudah selesai, sakit kehilangan itu kembali menghantui jiwa.

"Aku tau Hussin. Aku pun tak nak dia sakit tapi...", serak suara Amran yang keluar dari mulut.

"Macam mana aku nak teruskan hidup aku tanpa dia Hussin? Aku rasa macam nak mati?!", jerit Amran sambil menepuk dadanya kuat berkali-kali. Air mata semakin kuat mengalir.

Hussin terus memeluk Amran kuat. Tidak mahu rakannya itu terus menyakiti diri sendiri kerana kekecewaan yang dialami. Air mata yang mengalir tidak dapat Hussin halang.

"Kau tak boleh macam ni Am. Ingat Allah Am?!", marah Hussin dalam tangis.

Amran terus menangis dan meratap dibawah langit senja. Kerana terlalu peritnya kehilangan seseorang yang sangat penting dalam hidup. Seseorang yang menerima diri dia seadanya. Seseorang yang menjadi tulang belakangnya. Seseorang yang menjadi penguat semangatnya. Seseorang yang menjadi jiwa dan nyawanya dalam dunia yang menyakitkan ini.

"Dia selamatkan aku waktu aku nak mati, Hussin. Dia penyelamat aku. Aku hidup selama ni untuk dia. But now?", rintih Amran lagi.

"Astaghfirullalazim, Am. Kau tak boleh cakap macam tu. Mengucap Am?!", marah Hussin lagi dalam esak tangis.

"Sakit Hussin. Sakit sangat...", rintih Am sambil menepuk dadanya lagi. Raungan Am memenuhi tanah perkuburan yang semakin gelap ditelan langit senja.

Hussin gapai tangan Amran dan menolak tangan lelaki itu ketepi.

"Aku tahu Am. Aku faham perasaan kau. Aku ada dengan kau. Kita sama-sama doakan Ria okay? Aku tak nak kau terus begini", pujuk Hussin.

Amran terus menangis tanpa menjawab soalan dari Hussin. Hatinya hancur luluh.


Setahun kemudian...

Hussin mengetuk pintu rumah sambil memberi salam. Seorang wanita lewat 60-an menjawab salam dari dalam rumah.

"Walaikumsalam", jawab yang di dalam rumah.
"Mak, Am ada?", tanya Hussin. Ibu kepada Amran yang dipanggil dengan gelaran Mak muncul dipintu rumah. Mak mengangguk.

"Kamu baru balik dari misi ke?", tanya Mak Amran. Sudah dua minggu tidak lihat anak angkatnya itu. Hussin mengangguk.

"Ada kerja sikit mak. Am kat mana?", tanya Hussin sambil membuka kasut dan stokin. Sebaik sahaja diberi pelepasan balik, terus sahaja dia meninggalkan kem.

Mak mengeluh perlahan.

"Ada dikubur Ria sejak pagi tadi. Harini kan genap setahun kepergian Ria", jawab Mak lelah.Hussin tersentak. Terhenti tangannya dari membuka sebelah lagi kasut.

"Dah genap setahun huh?", utar Hussin perlahan. Sungguh Hussin tidak sangka sudah genap setahun kepergian rakan baik mereka itu. Begitu pantas masa berlalu tanpa dia sedari.

"Mak tak dengar. Kamu cakap apa Hussin?", tanya si emak. Hussin tersentak. Kepala mengeleng perlahan.

"Tak ada apa mak. Hussin naik dulu. Nak bersihkan diri dulu", Hussin meminta diri. Mak mengangguk perlahan.

"Mak tengah masak. Kejap lagi mak panggil bila dah siap", utar Mak.

"Baik mak. Terima kasih mak". Hussin angkat begnya dan segera berlalu untuk membersihkan diri. Dia sudah lewat untuk solat zohor.

Lalu dihadapan bilik Amran, Hussin terhenti. Ria juga merupakan anak angkat emak Amran. Ria diambil oleh ibu bapa Amran untuk dijaga kerana kerana keadaan ekonomi ibu bapa Ria pada waktu itu sangat susah. Ria merupakan anak ketujuh dari lapan adik beradik. Ibu bapa Ria adalah rakan baik pada ayah Amran. 

Dahulu bilik itu bilik Amran. Namun apabila Ria berpindah masuk sewaktu umur mereka 7 tahun, bilik itu Amran berikan pada Ria kerana bilik itu adalah bilik yang kedua besar didalam rumah selepas bilik mak dan ayah. Amran mahu Ria lebih selesa selepas mengikut keluarga mereka berpindah kerana desakan tugas si ayah pada waktu itu. Dan juga selepas Ria terpaksa meninggalkan keluarga wanita itu di kampung halaman selepas dirinya dijadikan anak angkat oleh ibu bapa Amran.

Dan bila Hussin pula muncul dalam kehidupan keluarga itu pada umur mereka 11 tahun akibat kemalangan jiwa ibu bapanya, Amran dengan senang hatinya berkongsi bilik dengan Hussin. Dari situlah hubungan mereka bertiga semakin erat. Mak sentiasa kemas bilik mereka sewaktu mereka bertiga dapat memasuki tentera pada usia yang begitu muda. Dan apabila Ria pergi meninggalkan mereka buat selamanya, bilik itu kembali menjadi milik Amran atas permintaan lelaki itu sendiri.

Hussin tatap lama pintu bilik itu. Nama Ria masih lagi tergantung pada pintu bilik meskipun tuan empunya sudah bertukar milik. Bilik yang sudah genap setahun tidak dia kunjungi. Ya, dia tidak serapat Amran pada Ria namun kehilangan Ria sebagai teman rapat juga sedikit sebanyak mengusik hati. Mereka bertiga membesar bersama-sama. Namun Amran lebih terpukul dengan kehilangan wanita itu.

Hussin tarik nafas perlahan.

Pintu biliknya dibuka dan begnya yang besar itu disandarkan pada dinding bilik. Baju seragam dibuka, meninggalkan baju t-shirt bewarna coklat. Usai itu Hussin tutup pintu bilik dan buka pintu bilik Ria yang bertentangan dengan pintu bilik dia. Perlahan tombol pintu dipusingkan dan pintu ditolak perlahan. Hussin masih ingat lagi kedudukan barang didalam bilik itu. Ria seorang yang boleh dikatakan OCD. Jadi wanita itu sangat partikular dengan barang-barang miliknya. Hanya Amran sahaja yang tahu bagaimana Ria menyusun barangnya.

Nampaknya Amran tidak mengalihkan walau satu barang-barang Ria pada Hussin. Masih lagi barang-barang tersebut disusun kemas mengikut memori Hussin. Baju-baju, tudung, seragam kerja, kasut dan sebagainya masih ada tersusun kemas didalam almari seperti mana Ria selalu susun sebelum ini. Tiga buah almari buku-buku novel milik Ria yang tinggi mencecah siling itu kemas tidak berhabuk walaupun sedikit tanda dikemas selalu.

Mata Hussin tertancap pada sebuah gambar yang dibingkai cantik terletak diatas meja belajar didalam bilik itu. Hussin gapai dan tatap lembut. Gambar sewaktu mereka bertiga tamat latihan dahulu. Tersenyum lebar memandang kearah kamera yang dipegang oleh ayah Amran yang juga ayah angkat pada dia dan Ria. Sambil massing-masing memegang kuntuman bunga besar yang dibuat sendiri oleh si emak. Air mata Hussin mula bergenang apabila teringat semula memori itu. Bingkai gambar tadi diletakkan semula perlahan ditempat asalnya.

Hussin lihat diari Ria tersusun kemas diatas meja. Tidak sampai hatinya mahu membaca diari wanita itu meskipun dahulunya dia gemar melakukan itu sehingga dimarahi oleh Ria.

"Stop reading my diary?!", marah Ria. Lengan Hussin dicubit-cubit oleh Ria.

Hussin tersengih-sengih sambil menepis-nepis cubitan Ria. "Sorry. I'm sorry?!", jawab Hussin.

"Mp3 Ria".

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CORETAN PENDEKStories to obsess over. Discover now