Aydric Zane || Elisya Hayana
Aydric Zane - seorang pelumba Formula 1 yang dikenali dengan sifatnya yang tegas, kompetitif dan sukar mengalah. Di atas litar, Aydric sentiasa mengejar kemenangan dan tidak pernah gentar dengan persaingan. Di luar litar...
Pendingin hawa di dalam bilik mesyuarat pengawas langsung tidak mampu menyejukkan atmosfera yang sudah membara sejak sepuluh minit yang lalu.
"AKU KATA TAK NAK, TAK NAKLAH!" Dentuman kuat telapak tangan Aydric menghentam permukaan meja mesyuarat panjang itu mengejutkan seisi bilik. Beberapa orang pengawas junior di hujung meja terhinjut bahu, manakala fail-fail di atas meja bergegar akibat amarah sang ketua pengawas.
Di sebelah kanannya, Elisya tidak sedikit pun gentar. Dia bangkit berdiri, merenung tajam anak mata biru lembut milik lelaki itu tanpa mengerlip.
"KAU RILEK BOLEH TAK, AYDRIC ZANE?!" Elisya membalas, suaranya separuh pekik, menyaingi nada tinggi lelaki itu. "Jangan nak jadi DRAMATIK sangat dekat sini!"
"Aku dramatik? Kau yang gila, Elisya Hayana!" Aydric meraup rambutnya yang terurus ke belakang, tanda hilang sabar.
"Tiba-tiba nak adakan perkhemahan kepimpinan hujung minggu ni? Kau sedar tak ni dah hujung tahun? Budak-budak Tingkatan Lima nak SPM! Diorang nak ulang kaji, bukan nak tidur dalam khemah layan nyamuk!"
"Sebab ni hujung tahunlah kita kena buat! Ini aktiviti wajib tahunan, Aydric! Kalau kita tak buat, cikgu cop kita pengawas poyo yang tak reti jalankan tugas!" Elisya menekan setiap patah perkataannya, jari telunjuknya sudah hampir menusuk dada lelaki itu.
"Biar cikgu nak cop apa pun, aku peduli apa!" Aydric turut bangkit, merapatkan wajahnya pada Elisya. Perbezaan ketinggian mereka membuatkan Elisya terpaksa mendongak sedikit, namun lagaknya langsung tidak merendah diri.
"Yang nak lekat kat hutan tu nanti aku! Yang nak kena angkut kayu api, yang nak kena buktikan kat pengetua kalau ada budak sesat dalam gua. Itu kerja aku, bukan kerja kau!" Tempik Aydric. Dadanya turun naik dengan pantas.
"Aku boleh tolong!" Marah Elisya.
"Tolong konon! Tolong acah je lebih! Last-last, bila malam program, kau lari masuk khemah perempuan sebab takut hantu, tinggalkan aku sorang-sorang hadap junior pengsan!" Satu bilik mesyuarat mendadak senyap. Sunyi sepi.
Muka Elisya berubah merah menyala. Bukan kerana takut, tetapi kerana amarah yang sudah sampai ke puncak ubun-ubun. Rahangnya berketap kuat. Kisah hitam dia takut hantu semasa perkhemahan tahun lepas sengaja diungkit di hadapan semua orang!
"Oh..." Elisya mengukir senyuman sinis, matanya menyepet tajam. "Jadi kau masih dendam pasal tahun lepas? Sebab aku lari?"
"Bukan dendam, Elisya. Itu fakta!" Aydric menyilangkan tangan ke dada, membalas pandangan itu dengan dagu terangkat. "Penakut tapi sibuk nak cadang program survival kat hutan. Otak letak kat mana? Kat tapak kasut?"
"KAU MEMANG NAK CARI PASAL DENGAN AKU HARI NI, KAN?!" Elisya sudah hilang akal. Tanpa berfikir panjang, sebuah fail tebal di depannya dicapai lalu dihempas kuat tepat ke dada Aydric.
PAP
Aydric langsung tidak mengelak. Fail itu jatuh meluncur ke lantai, tetapi matanya tidak lepas daripada merenung tajam wajah Elisya yang berombak kencang dadanya.
"Enough!"
Seorang pengawas senior, Darren, akhirnya bersuara malas sambil menggelengkan kepala di hujung meja, jelas sudah biasa dengan perang dingin bercampur letupan nuklear antara dua makhluk itu.
"Korang berdua ni kalau tak bertekak sehari, memang tak sah hidup, kan? Macam anjing dengan kucing. Aku dah agak dah, lantik korang berdua pegang jawatan ni adalah satu kesilapan sejarah sekolah." Ujar Darren, dia melipatkan bajunya hingga ke siku.
"Diamlah, Darren!" serentak Aydric dan Elisya, membuatkan lelaki itu segera mengangkat tangan tanda menyerah kalah.
Aydric kembali menoleh memandang Elisya. Jarak wajah mereka kini sangat dekat,terlalu dekat sehingga deruan nafas masing-masing terbias di kulit. Ada amarah yang membakar, tetapi di sebalik jelingan maut itu, wujud satu ketegangan aneh yang membuatkan pengawas-pengawas lain di sekeliling menelan air liur.
"Kertas kerja perkhemahan ni," bisik Aydric perlahan, suaranya berubah rendah, mengancam dan sarat dengan ketegasan mutlak. "Aku reject, Titik. Tak ada perbincangan lagi."
Elisya merenung tajam anak mata lelaki itu. Dadanya bergetar hebat bukan kerana takut, tetapi kerana ego yang membara di dalam diri
"Kau tolak hari ni..." Elisya membalas perlahan, bibirnya mengukir senyuman sinis yang menantang. "...esok aku letak atas meja pengetua. Tengok siapa yang menang, Ketua Pengawas."
Aydric tidak membalas. Dia sekadar menjeling tajam, menyambar blazer sekolahnya dari kerusi sebelum melangkah keluar dengan hempasan pintu yang hampir mencabut bingkainya.
Bum!
Elisya menghentak kaki geram ke lantai. "Argh! Dia memang sengaja nak cari maut dengan aku!" jeritnya kecil di dalam hati, membiarkan sisa amarahnya terus bergelora di ruang bilik mesyuarat yang kembali sunyi.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.