1: Cinta Pandang Pertama

727 6 7
                                        

Tiada satu pun yang mampu buat sesiapa pun terpikat kepada sesiapa. Sama jugalah kepada seorang insan bernama Bella Alfatihah. Sepanjang hidup diperkenalkan oleh pelbagai jenis jantan yang dari kualiti dan kasta berbeza-beza. Bella dari awal dah kata tak berminat dengan pondan, terutamanya yang berbikini ketat. Dia tak suka penampakan lipatan itu. Tak sopan.

Cinta tak dinilai melalui saiz longkang di depan rumah anda. Tatkala pungkoq tersentuh lobang jamban kerana laki anda pakai kontraktor murahan yang pasang tandas cetek, isteri akan tetap bersabar kerana apa? Cinta itu buta. Cinta itu lebih dalam dari jarak perjalanan rumah bang Nor ke kawasan pelacuran di Rotterdam.

Namun seperti yang bang Nor selalu katakan. "Sudah lah tu bang Moazzam." Setelah habisnya selesai sesi bercucuk tanam mereka pergi mandi wajib berdua. Kemudiannya solat berdua.

"Sampai bila kita nak berzina lagu ni ha" Bella muncungkan mulut.

Pernah sekali bang Nor muncul dengan imej ayu berkebaya kerana tahu yang Bella tak suka melihat pondan yang lebih montoks darinya. Bella menolak ajakan itu dengan sopan. "Taknak lah.." Bella berkata. Dia tak pernah merasa syiok bersama pondan. Cita-cita dan impian Bella sama saja seperti orang lain. Nak jadi penyanyi dan pelakon. Nak promosi produk kecantikan sambil berjoget. Nak dapat cinta yang adabi.

Moazzam cepat-cepat mengepit mulut Bella dengan jarinya sambil berkata, "Shohhh diam lah." Nanti ada orang dengar kantoi kita bah.

"Ala.." kata Bella. "Jom lah selfie dulu"

Lepas selfie mereka cepat-cepat bersiap untuk menghadapi dunia yang sungguh kejam ini. Mana-mana pergi pun penuh dengan skandal dan curang. Kenapa lah semua lelaki melayu yang hensem akan curang juga pengakhirnya.

Pagi ni Bella pakai makeup nipis saja sebab nanti kalau hujan huduh. Nak naik bas sebab nak merasa jadi orang awam sekali sekala. Masa duduk dalam bas tu scrolling kat phone terbaca benda-benda sampah yang viral kat Malaysia tu. Rata-rata kisah jantan yang main kayu tiga.

Bella mendengus marah. Geram tau. Suami kita sendiri pun sedang dok mengangkang dengan betina lain. Sudah lah. Malas nak pikir panjang. Lagipun kita pentingkan anak-anak dulu lah.

Terus Bella texting Moazzam yang baru saja bersiap tapi belum keluar rumah lagi sebab dia tengah melayan siri apa ntah kat Astro. Mereka pun bertexting manja lah sehingga tibanya Bella di tempat kerja.

Ketika nak masuk ke bilik meeting, Bella terpandang dirinya dari dalam cermin kat dinding tu. Dia tersenyum. Lawa lah aku ni.. ada iras toktik masa muda. Namun toktik tak pernah bercinta dengan pondan.

"Sekurangnya aku tak bercinta dengan laki orang lah!" Tiba-tiba terpekik kepada dirinya sendiri di dalam cermin itu. Makcik cleaner yang baru saja sampai kat situ terkejut. "Kenapa bengis ya Bella pagi ni?"tanya makcik itu.

Bella terdiam. Kalau nak bagi jawapan, macam macam jawapan. Contohnya. Kenapa kalau lupa password bila dah reset dia tak bagi kita letak password yang lama? Lagi satu, kenapa Portugal masih nak pakai si tua CR7 yang dah kerepot kecut tu? Moazzam kan ada? Moazzam bukan setakat muda, masih bertenaga lagi.

Bella tarik nafas panjang. "Takdak apa lah. Saya terjebak dengan kisah curang kat social media."

Terus saja makcik cleaner tadi bersembang pasai suami dia sendiri yang dia syak curang jugak cuma takdak bukti saja. Pelik lah jugak.. curang dengan siapa? Panjang lah ceritanya dari awal kahwin sampai dan beranak pinak ni. Bella mendengar saja angguk-angguk konon paham tapi sebenarnya dalam palotak Bella sedang memikirkan cara untuk menjahanamkan hidup suaminya yang sudah kantoi berkali-kali tu.

Tapi nak balas dendam ni kena berhati-hati supaya tak low class. Nanti penganut Bella selama ni dok jilat bersih terus jadi haters yang hari-hari mengata Bella online tu. Semua tak kena lah. Baju seksi. Bila nak pakai tudung. Hidung pesek. Gigi? Gigi?????

Bella mengeluh. Terkenang zaman dulu ketika kawan-kawan sedang sibuk nak buat Lasik. Tuding jari ke gigi Bella. "Hang ni nak Lasik patut pi repair gigi tu dulu lah"

Tepat ke hati Bella. Berlinangan ayaq mata mengenangkan nasib bergigi yang terjuloq ke depan sampai mamu parpu yang dok kat Gurney tu eksiden moto lah sampai patah kaki gara-gara distraction tu. Disebabkan itu lah Bella terpaksa bayaq ganti rugi. Dan duit balance tu depa dah pakai untuk kenduri kahwin anak jantan yang baru graduate jadi doktor tu.

Kahwin.. ada apa dengan kahwin? Best ka kahwin tu kalau suami hangpa dok berzina ngan ntah sapa lah, hinggakan kita pun terpaksa berzina jugak. Inilah suratan takdir yang Bella kena terima. Walaupun kawan-kawan ketawakan gigi Bella, dia tetap dengan pendiriannya yang perbuatan mengubah ciptaan auloh itu adalah haram. Orang yang berpelajaran seperti Bella mana buleh buat benda-benda haram ni, tak elok.

"Acik senyap sat buleh dak?" Bella berkata kepada makcik cleaner tadi. Makcik tu pun tergamam takpa lah acik pun banyak kerja ni. Cukur.. dah lama Bella rasa nak tenyeh mulut orang tua ni dari tadi. Bella belek dalam phonebook untuk cari nama Cikgu Suraya yang pernah ajar kelas agama dulu tapi bukan ustazah lah, dia cikgu ganti saja sebab ustazah kena 'cuti' kejap pasai ada budak report yang ustazah ni rotan kuat sangat sampai trauma lah budak tu terkencin dan ponteng sekolah.

Apa pun Cikgu Suraya ni matang orangnya. Banyak dah nasihat dia yang boleh dipakai terutamanya dalam masalah rumahtangga ni. Disebabkan itu lah Bella masih belum bercerai lagi.

Cikgu Suraya setuju untuk catch up dengan Bella hujung minggu nanti sebab weekdays susah lah sikit tambah-tambah pulak musim hujan ni ramai student datang melawat. Tak menang tangan. Ni banyak baju nak basuh dan kena keringkan. Leceh lah.

Bella terduduk seketika. Teringat kepada kekasih lama yang pernah dicintai sepenuh hati sebelum kekasihnya itu bertukar jantina dan memilih untuk pindah ke Australia. Memang sebelum tu dia dah berulang alik ke Australia tu untuk kutip buah, demi masa depan mereka. Namun dia telah terjatuh hati dengan tokey ladang buah tersebut yang gagah dan berbulu. Apa pun Bella redha. Bella tak mampu mengawal perasaan sesiapa pun.

Tiba-tiba Bella terpandang satu susuk badan jejaka yang sedang konpius mencari jamban tapi termasuk ke dalam bilik orang lain. Hensem rupanya. Lebih hensem bila dia bersihkan spek pakai hujung t-shirt dia tu. Rabun, sama macam Bella.

Apakah ini jodoh? Jarang betoi lah nak jumpa lelaki yang sama-sama kena pakai spek ni. Bukan apa.. Bella cuma trauma. Kalau pakai contact lens nanti Bella tertidoq sekali ngan contact lens tu nanti sapa nak tanggung kalau mata Bella rosak selamanya? Nak harapkan anak-anak pun kecik lagi.

"Hai, sori.." tegur lelaki tadi sambil tersengih. "Saya cari jamban lah, makcik tu tadi cakap jamban ada kat sini."

Kihkihkih Bella tersentil malu. "Aihhh jamban belah sana lah, acik tu mengarut saja kacau awak ni encik.. encik apa ya?"

Lelaki tadi pun turut tersentil sama. "Oo saya ni cikgu tarian. Nama saya Sadaqaulohulazimm.."

Bella AlfatihahStories to obsess over. Discover now