Darni merenung tajam ke arah seorang lelaki berkepala botak yang tergantung di tengah ruang.
Kedua-dua belah tangannya dirantai pada besi di atas kepala, membuatkan tubuhnya langsung tidak mampu melawan.
Wajahnya sudah dipenuhi darah. Darni baru sahaja melepaskan tumbukan tanpa belas kasihan.
Darni melangkah menghampiri. Anak matanya dipenuhi kemarahan yang sukar dibendung.
Tanpa sepatah kata, penumbuknya kembali singgah tepat ke wajah lelaki itu.
Buk!
Kepala lelaki itu terhayun ke tepi akibat hentaman kuat.
"Kau bunuh keluarga aku..." suara Darni bergetar menahan amarah.
Tangan mula mencengkam leher baju lelaki itu.
"Kau bunuh semua orang yang aku sayang!" Setiap patah perkataan dilontarkan dengan penuh kebencian, seolah-olah bertahun-tahun dendam yang dipendam akhirnya meledak.
Lelaki itu ketawa sinis. Walaupun wajahnya sudah dipenuhi darah, senyuman mengejek masih terukir di bibirnya.
"Puas?" sindirnya perlahan.
Kemudian...
Ptuih!
Dia meludah tepat ke wajah Darni.
Darni langsung tidak berganjak. Perlahan-lahan tangan kekarnya mengesat ludah itu dengan belakang tangan.
Rahangnya mula mengeras. Tanpa amaran, penumbuknya melayang deras.
Buk!
Satu tumbukan padu singgah tepat di muka lelaki itu sehingga kepalanya terhentak ke belakang.
Namun Darni masih belum puas. Leher baju lelaki itu ditarik sebelum menghadiahkan satu lagi tumbukan tanpa belas kasihan.
"Kenapa kau?! Kenapa kau?!" jerkah Darni dengan suara yang serak menahan amarah.
Tangannya kembali mencengkam leher baju lelaki itu sehingga tubuh mereka hampir bertemu.
Namun lelaki itu hanya ketawa. Ketawanya perlahan, tetapi cukup sinis.
Sedikit pun dia tidak gentar dengan apa yang bakal menimpanya.
Baginya, semua itu sudah tidak penting.
Yang penting...
Dia puas.
Sangat puas melihat Darni hancur di depan matanya.
Melihat lelaki yang selama ini kelihatan kuat akhirnya tewas dengan kesakitan yang tidak mampu dibendung.
Pintu bilik Bella ditolak kasar.
Puan Dina meluru masuk tanpa memberi salam. Belum sempat Bella memahami apa yang berlaku, rambutnya direntap kuat.
"Aduh!"
Bella yang sedang leka membaca novel di atas katil terus tersentak.
Buku di tangannya terjatuh ke lantai.
Kulit kepalanya terasa seperti hendak tercabut akibat tarikan yang begitu kuat.
"Ibu... sakit..." Bella merayu sambil memegang pergelangan tangan Puan Dina, berharap wanita itu melepaskan cengkamannya namun sedikit pun Puan Dina tidak menunjukkan belas kasihan.
Tanpa sebarang amaran, Puan Dina menghayunkan tangan.
Pang!
Satu tamparan kuat singgah tepat di pipi Bella.
Bella terus terkaku. Kepalanya sedikit terhuyung ke tepi akibat hentaman itu.
Perlahan-lahan dia mengangkat tangan, mengusap pipinya yang mula terasa pedih.
Matanya berkaca, namun hanya mampu menundukkan kepala tanpa berani membalas.
"Aku nak kau kahwin dengan lelaki itu, Bella! Apa yang kau degil sangat ni?!" herdik Puan Dina.
Bella menggeleng berkali-kali. Air matanya mula mengalir tanpa mampu ditahan. Langsung tidak sanggup menerima keputusan itu.
Lelaki yang mahu dijodohkan dengannya sudah berusia 67 tahun.
"Bella tak nak, ibu Bella tak nak..." bantahnya dalam esakan namun bantahan itu langsung tidak melembutkan hati Puan Dina.
Dengan wajah yang dipenuhi kemarahan, Puan Dina mencapai sehelai kain di belakang seluarnya lalu menekupnya pada mulut dan hidung Bella.
Bella terus meronta. Tangannya cuba menolak tubuh ibunya, namun kudratnya semakin lemah.
Nafasnya menjadi sesak. Pandangannya mula berpinar.
Beberapa saat kemudian, tubuhnya longlai sebelum rebah tidak sedarkan diri.
Puan Dina memandang tubuh Bella yang sudah tidak sedarkan diri dengan senyuman sinis.
"Jangan salahkan ibu..." Suaranya cukup dingin.
Tangan tua itu mula mengemas rambut Bella yang berselerak sebelum mengikat kedua-dua pergelangan tangan gadis itu menggunakan tali.
Kemudian, dia membuka pintu bilik.
"Masuk."
Beberapa lelaki melangkah masuk tanpa banyak bicara.
"Malam ini, bawa dia kepada lelaki itu." Arahan Puan Dina ringkas.
Tubuh Bella yang longlai segera diangkat keluar dari bilik, langsung tidak menyedari hidupnya bakal berubah dalam sekelip mata.
Puan Dina hanya memandang dari belakang sedikit pun tiada rasa bersalah pada wajahnya.
Please don’t be a silent reader. 🥹❤️
Leave a vote and a comment to unlock the new chapter! Your support means so much to me. 🫶✨
ANDA SEDANG MEMBACA
SECRET HUSBAND
RomanceDarni adalah seorang lelaki yang sukar difahami. Sikapnya keras, dingin dan tegas membuatkan ramai memilih untuk menjauh, namun di sebalik sifatnya yang menakutkan, ada sisi lain yang tidak semua orang tahu. Bella pula seorang gadis yang kelihatan p...
