Na-update namin ang aming Mga Alituntunin sa Nilalaman.
Suriin ang pinakabagong mga alituntunin para patuloy na makapagbahagi ng mga kuwento nang ligtas.

Bab 1

4 1 0
                                        

Bangunan tinggi megah di hadapan membuatkan Walia sedikit tergaman. Hati kecilnya mengeluh kecil; betapa dia tidak menyukai kehidupan dewasa yang menuntutnya mencari rezeki.

Pintu pejabat didorong perlahan, membuahkan rasa termangu seketika. Dia datang awal sangat ke sampai langsung tiada orang? Jam tangan dilirik—sudah pukul 8:30 pagi, sedangkan surat tawaran (offer letter) menetapkan pukul 9:00 pagi.

"How do I get upstairs?" bisik Walia, buntu sendirian.

Matanya kemudian menangkap kelibat seorang jejaka yang melangkah masuk dan terus menuju ke arah lif eksklusif berona keemasan. Tanpa berfikir panjang, cepat-cepat Walia berlari kecil dan menyelit masuk ke dalam lif itu, berdiri tepat di sebelah lelaki tersebut.

Fuh, nasib baik sempat nampak dia tadi, bisik hatinya lega. Luqman melirik sekilas ke arah perempuan di sebelah. Gila ke perempuan ni nak naik lif ni? bisiknya dalam hati. Apabila pandangan mata mereka bersatu, Luqman mengangkat sebelah keningnya tinggi.

"My first day here. How do I go upstairs?" tanya Walia polos. Luqman menoleh ke kiri dan ke kanan, membuatkan Walia terikut-ikut memandang ke arah yang sama dengan perasaan bingung.

"Kenapa ya, encik?" soal Walia, keliru.

"Did I look like a receptionist?" balas Luqman dengan nada mendatar.

"No, no, no... Encik tak nampak macam tu, tapi saya—" Jawap Walia teragak - agak.

"Masalah aku ke tu?" cantas Luqman dingin.

"Walia!"

Sebaik sahaja namanya dipanggil, Walia lekas-lekas berpusing.

"Sorry, Tuan Luqman. She's new, she doesn't know anything yet," ujar Suzy cemas.

"You better teach her better," balas Luqman pendek sebelum pandangannya kembali lurus ke hadapan.

Suzy lekas-lekas menarik tangan Walia ke belakang sambil membongkokkan badan memohon maaf kepada lelaki itu.

"Tak sesiapapun yang berani cakap dengan Tuan Luqman tau, you jangan pandai-pandai nak tegur dia lagi lepas ni," bisik Suzy amaran.

Barulah Walia tersedar patutlah lif yang dinaiki Tuan Luqman itu sahaja yang berona lain. Khusus untuk VVIP rupanya.

"Sorry, I betul-betul tak tahu. Tapi tunggu dulu, macam mana you tahu nama I?" tanya Walia, berkerut dahi.

Suzy ketawa kecil.

"Satu department kita dah kecoh sebab ada newcomer. I teka je tadi nama you Walia, lagipun takkan ada orang berani nak tegur Tuan Luqman tu kalau bukan pekerja lama," seloroh Suzy.

"Sorry, I betul-betul tak sengaja." Kepala Walia tunduk sedikit, malu dengan tingkahnya sebentar tadi.

"Its okay la." Suzy tersenyum kecil.

Ting! Pintu lif terbuka.

"Jom, I bawa you pergi pejabat HR dulu, lepas tu baru ke department kita," ajak Suzy ramah.

Walia mengukir senyuman lebar. Sekurang-kurangnya, dia sudah mempunyai tempat bergantung dan seorang kawan pada hari pertamanya di tempat kerja.

 Sekurang-kurangnya, dia sudah mempunyai tempat bergantung dan seorang kawan pada hari pertamanya di tempat kerja

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling na-update: Aug 01 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

Maybe Mga kuwentong kahuhumalingan mo. Tumuklas ngayon