Aku turun dari kereta sebaik tiba di hospital. Berlari menuju lift tanpa pedulikan suara yang memanggil di belakang. Pandangan aku mula kabur dengan air mata. Fikiran aku penuh dengan segala kemungkinan yang menakutkan.
"Ibu..."
Aku langsung jatuh dalam pelukan Ibu apabila melihat sosaknya di hujung koridor. Wajahnya pucat lesi. Namun dia tetap gagahkan diri menjawab telefon dan berharap kalau itu bukan panggilan terakhir dari hospital.
"Ed dah sedar. Sofia masuklah teman dia. Papa dan Ibu nak ke rumah Ed ambil barang, nanti petang kami datang semula." ujar Papa di samping ibu. Senyum paksa timbul di bibir mereka.
Aku angguk perlahan. Memujuk jantung sendiri yang berdegup lebih cepat dari biasa. Tangan gementar saat pintu bilik di tolak. Adha angkat kepala dari laptop. Senyum menghiasi wajahnya.
"I dah cakap dekat Ibu tak payah bagi tahu you. I sakit kepala sikit je..."
Aku memerhatikan semua wayar yang terikat pada tubuhnya. Sakit kepala sikit sampai pingsan? Budak lelaki yang satu ketika dulu sihat ceria, kini terpaksa menanggung penyakit yang diam-diam memakan dia dari dalam.
"Hari tu you kata you ok. Baru berapa minggu I pergi, you dah masuk hospital semula?" Tangan aku naik untuk menolak rambut dari wajahnya.
"Nasib baik Nana jumpa I. Dia ada kat luar ke?"
Sepasang mata yang bersinar itu terkadang buat aku sakit hati bila ia muncul bersama nama Farhana. Hubungan dan persahabatan yang kami bina selama bertahun-tahun pun terdengar seperti kisah dongeng selepas wanita itu datang.
"You tengok ni," Skrin laptop ditala arahku, "Due date Nana dah dekat. I ingat nak hadiahkan stroller ni, ok tak?"
Adha dengan girang bercerita tentang kejutan yang dia rancang buat Farhana selepas dia melahirkan. Ingatan kelam dari masa lalu tiba-tiba terlintas di kepala buat aku diam membisu.
"Lima belas ribu untuk stroller? I think she would bebel, cakap you membazir."
Aku toleh ke belakang. Terkejut melihat Nadhir yang entah dari mana cuba melihat skrin laptop dan berkongdi pendapat. Tapi dia yang baru kenal Farhana pun tahu sikap wanita itu, apatah lagi Adha yang membesar bersamanya. Hadiah begini tak kan buat dia gembira.
"I thought so, tapi apa salahnya? Firstborn must be celebrated." balas Adha sebelum dia sempat tekan butang pesan, pintu bilik di kuak. Farhana tiba bersama suaminya.
Lelaki itu dan Nadhir bertukar pelukan. Sejak bila mereka jadi rapat? Aku pula hanya membalas senyum Farhana sebelum mata kembali pada Adha. Dia menatapnya.
"You saved me, again." suara Adha perlahan. Hanya mereka berdua dalam perbualan ini.
"You happend to called me at the right time. Kalau I tak angkat, rasa-rasa apa jadi dekat you?" Farhana masih sama. Gadis peramah yang mesra dengan orang lain, tapi tidak dengan Adha.
Mungkin itu yang menarik Adha ke arah dia seperti megnet.
"I tahu you akan datang. That's why I called you, walaupun tinggal nyawa-nyawa ikan." Adha ketawa. Farhana hanya mampu geleng kepala.
Di sisi satu sama lain mereka nampak seperti sebuah keluarga bahagia. Jadi, kenapa dia tak bersama Adha?
"Or you could call me," bisikku tanpa sedar.
"You're on your honeymoon, Sofi. I sempat mati sebelum you sampai Malaysia." Walaupun bergurau, riak wajah Adha keruh. Mungkin suara aku keluar dengan nada yang tak sepatutnya.
"She's just worried for you, bro. Next time, call an ambulance. Luck only strikes once, right?" Nadhir menyampuk. Senyum sinisnya jelas menyindir nasib Adha.
Ruang itu jadi sunyi serta-merta. Aku angkat kaki ke luar. Nadhir mengikut rapat.
"I memang tak nak masuk campur urusan you dengan dia, tapi melampau sangat kalau I biar dia biadab macam tu. Maaf cakap, sikap tak sama dengan peribadi."
"Just let him be, Nadhir. I don't mind it and why should you? I tak nak bertekak dengan dia..." Aku luruh. Kaki berhenti melangkah apabila Nadhir menarik aku ke tepi koridor.
"Look at me," pintanya.
Aku dengan berat angkat kepala, menatap sepasang mata itu.
"Selama I dengan you, I tak kan biarkan sesiapa pun bercakap macam tu dengan you. And he's not going to die, Sofia-"
"Don't say that!" Air mataku kembali bertakung. Terbayangkan kemungkinan itu pun dah buat aku tak tentu arah.
Nadhir kemam bibir menahan senyuman. Aku rentap tanganku dari genggamannya dan membuang pandangan keluar tingkap hospital.
"Rich family macam you dan Adha tak perlu risau pasal sparepart. Bila-bila rosak boleh tukar, janji ada duit nak bagi sebagai reward. That's how she came to your life, right?" Nadhir selit rambut aku ke belakang telinga. Dia seakan terkejut melihat subang yang aku kenakan.
Aku bungkam. Darah turun dari muka. Tangan mula sejuk. Macam mana dia tahu tentang kejadian itu? Aku tak pernah bercerita soalnya mengingatkan perkara itu boleh heret keluarga aku ke muka pengadilan.
"Jangan risau, I suami you. I akan pastikan cerita dah lepas aman supaya you tak terheret sekali. By the way, it looks lovely on you." Nadhir kenyit mata sebelum pergi mengangkat telefonnya yang berdering.
Aku masih terpaku di tempat ketika ditegur oleh Farhana. Intonasinya penuh harapan mengajak aku ke kafe untuk makan tengahari bersama. Berapa bulan lepas perutnya hampir tak kelihatan, tapi sekarang dia membusung perut yang lebih besar dari tubuhnya ke sana ke mari.
Teringat aku pada masa-masa itu.
"Macam mana kehidupan selepas kawin? Seronok tak?" Farhana mulakan perbualan sebaik saja kami duduk di meja makan. Aku mengangguk kosong.
"I tengok Nadhir baik sangat dengan you. He's cute. You guys are a cute couple." Dia ketawa seperti waktu muda kami yang penuh dengan warna-warni.
Dulu Aku dan Farhana bercakap tentang budak-budak lelaki dan kedudukan sosial setiap pelajar di sekolah. Di tempat itu kami bina hubungan dengan keluarga politikus, businessman dan tokoh-tokoh ternama. Farhana satu-satunya pelajar yang datang dari keluarga susah, tapi dia ditanggung sepenuhnya oleh keluarga Adha yang merupakan keluarga politikus ketika itu.
Pada mulanya persahabatan kami sangat erat. Aku menghargai Farhana kerana dia penyebab Adha dapat hidup normal seperti sediakala. Tetapi berapa bulan selepas dia dan Adha mula rapat, aku yang menjauh pergi tinggalkan Malaysia.
"What happend?" soalku.
Farhana berhenti bercakap. Hanya menatap aku, seolah-olah buntu.
"What happend between you dengan Ed? You guys rapat sangat sebelum I ke US and bila I balik sini you dah nak kawin dengan someone else, bukan dengan Ed?" jelas aku lebih menekan dari sebelumnya. Bila dia masih berdiam diri, aku hela nafas panjang memaksa diri untuk lepaskan.
"You know what? Never mind. Tak payah bagi tahu I-"
"You yang sepatutnya kawin dengan Ed. So why don't you, Sofi?" riak wajahnya tegas saat tangan turun menyentuh perut.
"You calon yang paling sesuai untuk jadi isteri bakal menteri, Jadi, kenapa you lari ke US?"
YOU ARE READING
Peluang Untuk Sempurna
RomanceSeperti manusia tanpa oksigen, Iris Sofia tak mampu hidup tanpa Adha Rizqal. Dari teman bermain di tadika sehinggalah remaja, mereka berdua tak terpisahkan. Namun apabila Adha mula menyelami perasaannya terhadap wanita, Sofia tak ubah seperti adik p...
