2026-07-09 TAWAKAL DEMI SESUAP NASI

26 3 0
                                        

Sudah sebulan lebih aku berbelit dengan kabel dan wayar. Kerja yang bukan kepakaran aku. Tetapi terpaksa aku buat demi sesuap nasi. Kawan aku ajak tolong dia buat wiring, cabling dan setting sistem keselamatan untuk sebuah bangunan GLC. Aku ni tolong tarik kabel, hulur test pen, potong paip PVC putih tu boleh la. Nak terminate kabel, yang mana biru yang mana merah tu aku surrender la. Kang tak pasal-pasal kena panggil Bomba hahaha.

5 hari terakhir paling terseksa. Dari 4 orang yang bekerja termasuk kawan aku, aku la yang terlebih sikit pandai bab komputer dan network. Jadi, part setting dan configure ni kawan aku serah kat aku. Walhal ini first time aku hadap benda-benda alah ni! End-up, hanya separuh dari sistem up and running. Separuh lagi down. Separuh CCTV tak boleh view, separuh pintu nak akses pakai kad tak boleh. Tunggang terbalik habis sistem keselamatan bangunan tu hahaha.

Kawan aku nak panggil Technician supplier dari KL turun, banyak pulak kena bayarnya. Tiket flight, hotel, makan, elaun kerja luar huhuhu. Dia pulak masuk tender harga cukup-cukup makan ajer. Ding dong ding dong, supplier dia OK la nak bantu pakai remote access TeamViewer. 2 hari. Last sekali dia pun pening kepala dan give-up! (Ker dia saja buat-buat tak reti ek?). So, kita abandoned site tu 4 hari untuk stand down, tenangkan kepala otak, cari solution. Kawan aku bagi alasan tunggu replacement device yang problem.

Malam tadi aku masuk tidur pukul 12 malam selepas buat kajian dan penelitian konfigurasi di tapak dan kemungkinan setting yang tersilap atau terlepas pandang. Entah pukul berapa aku hanyut selepas terkebil-kebil menunggu processor dalam kepala otak aku shut down.

Pagi tadi aku decide nak pergi ke site. Sendirian. Sebelum bergerak ke tapak, aku solat sunat Dhuha dan Hajat. Aku doa, "Permudahkanlah Ya Allah, janganlah dipersulitkan dan berilah aku kejayaan. Aku serahkan segalanya kepadaMu Ya Allah".

Tiba di site, daftar di Guard House, ambik kad pelawat. Masuk Bilik Server. Godek-godek, ubah setting sana-sini. 15 minit. Tadaaa!!! Sistem up and running. Masya Allah, Subhanallah, Tabarokallah. Check CCTV, semua kamera boleh view. Test pintu Bilik Server, Bilik Admin, semua dah boleh buka pakai Access Card. Alhamdullilah. Lusa hand over, Insya Allah.

Keluar Bilik Server, terserempak dengan Syira, budak Receptionist tu. Masya Allah cantik sangat. Tersenyum manis, gelak-gelak kecil yang menggoda bila aku buat kelakar. Padahal 5 hari lepas yang penuh sengsara tu, aku tengok muka dia pun serabut. Rasa nak terajang pun ada bila dia duk tanya kenapa itu tak jadi, ini tak jadi hahaha. Tetek dia yang menjojol tu aku suspek dia letak kuali kat dalam. Bontot dia yang bergolek dan bergegar bila berjalan tu aku nampak macam bola sepak Adidas saiz 5 yang pancit! Hahaha nasib kau la Syira...

** Usaha, doa dan berserah kepada Allah. Insya Allah jadi. Walau pun nampak mustahil di mata manusia. Tidak ada sesuatu yang mustahil pada Allah **

TRAVELOG KEHIDUPANStories to obsess over. Discover now