Prolog

290 10 4
                                        

Natrah Hanna tak pernah mendekati apatah lagi didekati. Mungkin kerana imejnya yang cukup selekeh dan selamba. Mana-mana lelaki tidak pernah memandangnya sebagai wanita. Hanya sebagai kuli. Seorang yang boleh dijadikan sebagai hamba abdi!

"Nah!! Kerja rumah untuk kau hari ni.." dibuang satu buku bertulis sederhana tebalnya ke atas meja kayu. Natrah angkat kepala. Wajah bengis seorang wanita itu dibuat bodoh sahaja. Asyik muka ini aje kalau mahu menghadapap aku. Muka orang tengah tahan period berbulan-bulan lamanya.

"Kenapa kau bagi aku?" Sari tersenyum sinis. Dompetnya dikeluarkan sebelum beberapa keping not dikeluarkan.

"Orang miskin tak akan mampu tolak duit.." dua keping not sepuluh ringgit diterbangkan ke arah Natrah. Cukup terasa seperti dirinya dihina! Tak guna!

Tapi..Natrah diam. Malah duit itu dia kutip balik.

Atas alasan mahu cari wang untuk meneruskan hidupnya, Natrah memilih dengan cara ini. Tak ada apa-apa yang mampu dia buat. Dia miskin dan buat masa sekarang dia tak mampu untuk mengubah hidupnya. Inilah namanya kehidupan.

Dia tak rasa hidup ini tak adil cuma dia rasa dunia ini agak lambat untuknya berputar. Roda yang dia pakai lembap agaknya. Lambat sekali untuknya rasa mahu naik. Asyik di bawah sahaja. Dia tak salahkan takdir tapi dia menunggu supaya takdir yang indah itu datang menjenguk dirinya.

"Pastikan siap. Sepuluh muka surat hari ni."

"Tak cukup.." bulat mata Sari. Perempuan mata duitan!

Kemudian, dikeluarkan beberapa keping duit lima puluh ringgit lalu dilayangkan ke wajah Natrah. Wajah itu tersenyum sinis bila melihat Natrah yang terkocoh-kocoh berlari mendapatkan wang yang berterbangan ketika itu.

Huh! Miskin tetap miskin!

"Jumpa kau kat rumah, anak orang gaji!" Natrah buat muka. Sudah tentunya gadis itu mahu bersiap-siap untuk pulang ke rumah memandangkan hari ini adalah hari di mana para pelajar dibenarkan untuk pulang bermalam. Namun, tidak baginya. Dia tak cukup duit untuk cari tambang untuk pulang. Nak harapkan Sari mahu tumpangkan dia tunggu panda bertelur dulu!

Jangan harap, apatah lagi bila si anak dan si ibu sama kepala. Untung saja, Uncle Faris tak macam tu. Tapi, Uncle Faris manakan pernah mahu ambil si Sari. Kalau lelaki itu datang menjemput anaknya, tentu sahaja akan dibawanya sekali.

Tapi, sekarang keadaannya tak sama. Maka, terima ajelah.

"Sekali lagi kau hina aku dengan panggilan anak orang gaji, aku tak teragak-agak nak report benda ni kat mama dan papa kau. Biar dia tahu betapa tak gunanya anak dia. Duduk aje kat MRSM, tapi gaya macam budak sekolah dalam reban ayam. Kepala otak kalah lembu!" Sari kancing gigi. Bertubi-tubi hinaan itu masuk ke dalam telinganya. Tak guna!

"Apa kau cakap? Kau nak mati?" ditarik rambut Natrah sekuat hatinya.

"Kau ni..dasar orang miskin tak sedar diri. Kalau dah miskin, mengemis tu buat cara mengemis. Ada bapak tak boleh diharap. Sakit, cacat dan bodoh!!" Natrah tak duduk diam. Hinaan terhadap arwah ayahnya memang tak boleh dia terima. Dia yang sedang menunduk akibat menahan rasa perit dari tarikan pada akar rambutnya segera gengam kuat tangan Sari.

Sari menjerit kesakitan. Gengaman tangannya semakin lemah terhadap Natrah. Peluang itu, Natrah gunakan sebaiknya. Dipulas lengan itu lalu ditendang punggung gadis itu.

"Jangan kau berani hina ayah aku. Kalau kau rasa nak hidup lagi lah."

"Kau..."

"Apa? Nak report kat mama kau? Pergilah kalau kau rasa kau tak mahu hidup lagi. Sari Maria semua rahsia kau dalam dalam kepala otak aku! Sekali aku bukak mulut, semua akan pandang kau buruk. Jangan ingat aku takut dengan kau!!" Sari pantas larikan diri. Rasa sakit di kepalanya digosok-gosok halus.

Perit sungguh!

Tak guna anak setan!

Natrah dengar ada suara-suara gerutu dari gadis itu. Lantas, batu-batu kecil di atas rumput dia ambil lalu dilempar tepat mengenai ke arah kepala gadis itu.

Sari menjerit. Rasa nak menangis. Dia pandang Natrah dengan rasa dendam yang membara dalam diri.

"Aku akan siapkan kerja rumah kau. Sebab kau bayar aku. Nak buat macam mana? Orang bodoh memang perlukan orang bijak!"

Sial!!

Sari balik ke asrama lekas-lekas. Dia nak rancangkan sesuatu untuk musnahkan hidup gadis itu. Kau akan ingat, Natrah. Dunia tak selalunya akan berpihak pada kau. Kau memang ditempatkan di neraka, jadi orang macam kau memang patut sengsara di dunia dan juga di akhirat.

Baru berbaloi!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dalam PelukankuWhere stories live. Discover now