Aku pernah terfikir cinta akan datang seperti dalam novel.
Yang perlahan-lahan.
Indah.
Dan membuat seseorang berasa dipilih...
Aku juga pernah percaya bahawa jika kita cukup ikhlas mencintai seseorang, maka orang itu akan tinggal selamanya bersama. Bahawa kesetiaan akan dibalas dengan kesetiaan juga. Dan bahawa usaha yang tidak pernah putus akan dihargai.
Ternyata...
aku silap.
Ada orang yang datang bukan untuk tinggal. Ada orang yang datang hanya untuk mengajar kita bagaimana rasanya kehilangan diri sendiri dan jauh dari kehidupan sebenar.
Lima tahun.
Lima tahun bukanlah masa yang singkat.
Lima tahun itu cukup untuk membuat seseorang yang tulus seharusnya menjadi sebahagian daripada hidup kita.
Yang sebenarnya cukup untuk menjadikan suaranya sebagai ketenangan.
Cukup untuk menjadikan namanya sebagai doa.
Tapi sebenarnya itu cukup untuk menghancurkan seseorang apabila semua itu berakhir.
Jika ada yang bertanya apa perkara paling menyakitkan dalam sebuah hubungan, mungkin ramai akan menjawab pengkhianatan atau perselingkuhan.
Tetapi bagiku, perkara yang paling menyakitkan bukanlah ketika dia memilih orang lain.
Sebaliknya, ketika aku mula sedar bahawa aku sedang berjuang seorang diri dalam hubungan yang sepatutnya dipertahankan oleh dua orang.
Aku pernah menangis sehingga tertidur. Pernah menunggu mesej yang tidak kunjung tiba.
Pernah memujuk diri sendiri bahawa semuanya akan baik-baik sahaja walaupun jauh di sudut hati aku tahu ia tidak akan pernah menjadi lebih baik.
Dan yang paling menyedihkan...
Aku pernah percaya bahawa semua itu normal kerana aku tidak mengenal apa sebenarnya erti cinta yang selama itu aku cuma dengar dari mulut ke mulut dan video tiktok yang kadang lalu di FYP aku.
Novel ini bukan tentang siapa yang betul atau siapa yang salah.
Bukan juga tentang membenci seseorang yang pernah bersamaku.
Ini hanyalah kisah seorang perempuan yang terlalu lama bertahan sehingga lupa bagaimana cara melepaskan.
Kisah tentang luka yang tidak terlihat. Tentang harapan yang perlahan-lahan mati. Tentang seseorang yang kehilangan dirinya sendiri ketika berusaha menjadi segala-galanya untuk orang lain.
Dan di antara semua luka itu...
Aku belajar bahawa tidak semua yang hilang perlu dicari semula. Kerana kadangkala, Tuhan membiarkan sesuatu pergi agar kita akhirnya menemukan jalan pulang kepada diri sendiri.
Ini bukan kisah cinta yang sempurna. Ini adalah kisah tentang bagaimana aku pernah hancur.
Dan bagaimana aku akhirnya belajar untuk bangun semula.
DU LIEST GERADE
Di Antara Luka Dan Doa
RomantikSelepas membaca novel Broken String karya Aurelia Moeremans, akhirnya saya memberanikan diri untuk menulis dan berkongsi kisah yang selama ini saya simpan sendiri. Di Antara Luka dan Tuhan bukan sekadar sebuah kisah cinta. Ia adalah perjalanan tenta...
