prologue

7 0 0
                                        


Hujan turun renyai-renyai petang itu.
Langit kelabu... sama seperti hati yang masih belum sembuh sepenuhnya.

Nielle berdiri di hadapan pagar sekolah lama mereka-tempat semuanya bermula... dan berakhir. Tangannya menggenggam erat sepucuk surat yang sudah berkali-kali dibaca, tapi tetap terasa baru setiap kali.

Nama itu masih sama.
Thea naomi.

Senyuman kecil terukir di bibir Nielle, tapi matanya berkaca.

"Kenapa kau selalu pilih jalan yang susah..." bisiknya perlahan.

Angin bertiup lembut, seolah-olah membawa kembali kenangan-ketawa mereka, janji mereka, dan juga... pengkhianatan yang tak pernah benar-benar dia fahami sepenuhnya.

Hyunjin sudah lama pergi dari hidupnya. Bukan kerana benci... tapi kerana mereka tahu, ada garis yang tak patut dilanggar walaupun hati masih sayang. Mereka memilih untuk menjadi orang asing... demi kebenaran yang terlalu menyakitkan.

Dan Theanaomi...
hilang tanpa jejak.

Tiada siapa tahu ke mana dia pergi.
Tiada siapa tahu sama ada dia masih hidup... atau tidak.

Kecuali satu perkara-
dia tinggalkan Nielle dengan kebenaran... dan luka.

Nielle membuka surat itu sekali lagi.

"Kalau suatu hari nanti kau baca ni, maknanya aku dah pergi jauh. Jangan cari aku."

Air mata jatuh, membasahi kertas yang sudah lusuh.

"Aku tahu kau akan benci aku. Itu lebih mudah daripada kau tahu kebenaran sebenar."

Nielle menggeleng perlahan.

"Bodoh..." dia ketawa kecil dalam tangisan. "Aku tak pernah benci kau pun..."

Di tempat lain-
sebuah bandar yang jauh dari segalanya.

Seorang gadis berambut perak berdiri di tepi bangunan tinggi, memandang lampu-lampu kota yang berkelip seperti bintang yang jatuh ke bumi.

Matanya kosong... tapi tenang.

Di belakangnya, satu suara lelaki kedengaran.

"Kau masih fikir pasal dia?"

Thea naomi tidak menoleh.

"Dia satu-satunya perkara yang aku tak pernah menyesal."

Lelaki itu-Hou Minghao-hanya diam, memahami.

"Kalau kau jumpa dia semula nanti?" dia bertanya perlahan.

Theanaomi akhirnya tersenyum... senyuman yang hampir hilang sebelum ini.

"Harap dia tak kenal aku lagi."

Kembali pada Nielle.

Dia melipat surat itu dengan hati-hati, lalu memasukkannya ke dalam beg.

Langkahnya perlahan meninggalkan sekolah itu... tapi kali ini, tanpa berpaling ke belakang.

Kerana dia tahu-
ada orang yang ditakdirkan untuk hadir dalam hidup kita...
bukan untuk kekal,
tapi untuk mengubah kita selamanya.

Dan kisah mereka...
belum benar-benar tamat.

Shadow Between UsDonde viven las historias. Descúbrelo ahora