01

98 6 0
                                        

GEGENDANG telinga Jibril Khair seakan mahu pecah.Stadium Rajadamnern bukan sekadar gelanggang,ia adalah sebuah koloseum moden yang dahagakan darah dan keringat.Bau minyak urut Namman Muay yang beraroma herba tajam menusuk ke hidung dan bercampur dengan bau hancing peluh yang melekat di kanvas.

Namun bagi Jibril,dunia seakan terhenti.Segala bunyi itu hanyalah latar belakang yang kabur.Fokusnya hanya satu sahaja iaitu lelaki di hadapnnya yang sedang tercunggap-cunggap mencari sisa oksigen.Lawannya seorang jaguh tempatan yang liat tetapi kini kelihatan rapuh.

Jibril menggerakkan kakinya untuk melakukan footwork yang kemas.Peluh jantan yang mengalir masuk ke celah mata hingga memedihkan pandangan tidak sedikit pun dihiraukan.Dia melihat satu bukaan kecil pada pertahanan lawan yang keletihan.

"Sekarang." Bisiknya hatinya.

Tanpa amaran,Jibril memusingkan pinggulnya dengan kuasa sentrifugal yang maksimum.Satu tendangan padu dilepaskan dan melayang tepat ke arah ulu hati pihak lawan.

PRAK!

Bunyi impak itu kedengaran ngeri di celah keriuhan stadium,persis dahan pokok tua yang patah dipukul ribut.Lawannya tersungkur dengan wajahnya menyeringai menahan senak yang amat sakit seolah-olah seluruh organ dalamnya berhenti berfungsi seketika.

Namun,sebagai seorang petinju profesional, lelaki itu masih cuba bertahan.Dia merangkak dan menggunakan sisa kekuatan untuk bangkit.

Jibril tidak memberi ruang.Dia maju setapak dan merapatkan jarak hingga dia dapat menghidu bau darah dari hidung lawannya.

Jab! Cross! Hook!

Tumbukan kiri dan kanan singgah bertubi-tubi di rahang serta pipi pihak lawan.Setiap kali kulit bertemu kulit,percikan darah dan peluh tersembur ke udara lalu berkilauan di bawah lampu limpah stadium yang terang benderang.

Pihak lawan sudah tidak mampu membalas.Dia hanya mampu melindungi kepala dengan tangan yang semakin lemah sebelum tubuhnya itu longlai sepenuhnya.Rebah ke lantai gelanggang seperti nangka busuk.

Pengadil melompat masuk dan menarik lengan Jibril dengan kasar untuk menjauhkan diri daripada terus membelasah mangsa yang sudah tidak berdaya.Nafsu amarah Jibril masih bersisa dengan nafasanya yang turun naik.

Wajah lawan Jibril hancur.Hidungnya senget,mungkin patah.Matanya bengkak kebiruan dan cecair merah pekat mula membasahi kanvas putih yang kini dicemari parut peperangan.

"One...two...three..." Pengadil memulakan countdown.

Jibril berdiri di sudut neutral dengan membelakangi lawannya.Dia memandang ke arah lautan manusia di tempat duduk penonton.Di sana,dia melihat wajah-wajah yang menjeritkan namanya dengan penuh pemujaan.

"Out!"

Wisel ditiup.Suasana stadium meledak dan sorakan itu begitu kuat sehingga mampu menggegarkan struktur bangunan bersejarah itu.

"And the winner by way of knockout...Jibril Khair!" Suara pengacara bergema melalui corong pembesar suara.

Lengan kiri Jibril diangkat tinggi.Tali pinggang kejuaraan Elite Fighting Championship yang bertahtakan logam berkilauan dibawa masuk oleh seorang gadis litar.

Ketua Pengawai Eksekutif Elite Fighting Championship yang lama mendekatu Jibril.Dia menepuk bahu sado pemuda itu,mengiktiraf kekuatan luar biasa yang baru sahaja disaksikan dunia sebelum menyampirkan tali pinggang berat itu ke pinggang Jibril.

"Jibril!"

Satu suara garau yang sangat dikenalinya menerobos hiruk-piruk.Isaac,ayahnya berlari kencang.Lelaki tua itu tidak mempedulikan protokol atau pengawal keselamatan.Dia terus memanjat celah tali gelanggang dan menyambar tubuh anaknya ke dalam pelukan erat.

Shattered Destiny Where stories live. Discover now