Jam menunjukkan angka 9 pagi,pada ketika itu kedengaran bunyi ekzos motor dari rumah bernombor 88...
"Vroom...vroom...vroom...tit...tit...tit..."
Terdengar bunyi motor super berkuasa 650 sisi di sekitar taman perumahan di Taman Cahaya Bulan,di bandaraya Kuantan itu.
"Kenapa pulak dengan motor tu Harlina,rosak apa..."?-Hairil Mustafa.
Terlihat seorang gadis berusia 26 tahun dengan berseluar uniform TUDM dan baju t-shirt leher-v sedang memeriksa keadaan motor Yamaha R6 miliknya.
"Entahlah bang,semalam balik dari ride Genting ok je.Tiba-tiba hari ni jem pulak.Start...start...Tak leh hidup...Huhuhu...Entah bala apa lagi lah..."jawab Harlina Ardila sambil mengemas kembali barang-barang tool kits miliknya.
"Ke habis minyak...?"soal si Hairul yang memakai kain pelikat beserta sehelai compression berlengan panjang sambil mendekati gadis itu yang berada di anjung luar rumah.
"Eh minyak ada lagi lah,tapi saya tak tahu lah apa masalah ni.Dah lah lagi setengah jam je nak masuk kerja..."Jawab si Harlina yang merupakan salah seorang anggota tentera yang berkhidmat di Pangkalan Udara Diraja di Kem Utama.
"Bang,tolong hantar saya boleh tak...,nanti Tuan Fad bising pulak sebab saya lambat..."pinta si gadis 26 tahun itu.
"Jap-jap...Abang ambil motor...."jawab si lelaki itu sambil berlalu pergi ke rumahnya.Sebelah-menyebelah je...
*Vroom...vroom...
Terlihat seorang jejaka berusia 30 tahun itu hadir dengan motor moped RS-X miliknya.
"Jomlah Lina...karang kau kena marah pulak..."jawab lelaki itu yang sempat menukar kain pelikatnya kepada seluar track.
Motor dihidupkan,dengan kecepatan maksima yang mampu ditunggang iaitu sekitar 120 km/j.Dengan aksi 'cilok-mencilok' akhirnya wanita itu sampai ke tempat kerjanya.
"Thanks bang...nasib baik lambat 5 minit je...Bai.."-jawab si Harlina sambil bergegas masuk ke pos kawalan untuk melaporkan diri kepada pihak komandannya.
~~~~~∆~~~~~
"Good morning dunia... Alhamdulillah hidup lagi aku hari ni... Syukur.Huaahhh...Ehh,mana Kak Ayu.Dia tak balik lagi ke?Kak Lina dah pergi kerja ke...?"soal gadis itu sendiri sambil menguap dan menggeliat menuju ke bahagian dapur di rumah teres setingkat separa mewah itu.Tanpa membasuh muka,segelas air masak diambil melalui penapis air yang dipasang oleh pemilik rumah Puan Cahaya.Yang mana,sebiji rumah itu disewakan kepada 4 orang wanita yang tinggal serumah dan merupakan jiran kepada Hairul Mustafa.
"So, seperti biasa sebelum aku masuk kelas, aku kena ambil vitamin 'H'..."-Batrisya
Ahh sudah dari mana datangnya vitamin 'H' ni... Biasanya vitamin A,C,dan D sahaja kan... Hehehe
Tirai tingkap depan diselak perlahan... seperti biasa matanya meliar melilau mencari vitamin 'H' itu.
Tiba-tiba,terlihat sebutir motor Honda RS-X berwarna merah baru sahaja pulang setelah menghantar jirannya masuk kerja itu.Sambil memberhentikan motor,air paip dipasang jejaka itu.Sabun pencuci motor dikeluarkan.Sambil memandang kiri dan kanan,baju compressionnya dibuka.Terlihay indah tubuh si bujang itu menjadi 'rezeki' matanya.
"I say men, abang aku ni main buka baju pulak...Bergetar ari-ari aku...So hot...Grrr..."terdengar halus bisikan nakal gadis berusia 22 tahun itu yang mana pada tahun itu merupakan tahun terakhir dia menyambung pelajarannya di bandaraya Kuantan dalam bidang farmasi dan kedoktoran.
Namun,sedang asyik dia mengintai jejaka bujang itu, kedengaran bunyi pintu dibuka.
"Dah kenapa pulak dengan kau ni dik...?Nakal mata tu usha anak jantan orang.Hari ni kelas kul berapa dah dekat pukul 10.30 ni..."ujar seorang wanita berstatus janda yang merupakan pemilik perusahaan bernama 'Syarikat Mutiara Utama",salah satu kedai emas dan permata yang terletak disekitar bandaraya.Yang mana,kedai itu juga berdekatan dengan syarikat tempat Hairi Mustafa bekerja di salah satu bangunan di Jalan Mahkota di sekitar bandaraya Kuantan.
"Eh,Akak...bila balik dari KL...?"akibat terkejut dengan teguran sinis Muneerah Idayu itu,tirai ditutup lalu dengan pantas dia membasuh muka di sinki bilik air yang terletak beberapa kaki sahaja dari ruang utama.
Setelah selesai membasuh muka dan menggosok giginya, beserta segelas Milo hangat.Dia duduk di sofa L yang terletak di ruang tamu itu.
"Hari ni kelas start petang,dalam pukul 2,sebab lecturer saya kena hantar mak dia ke klinik pagi ni..."jawab si Batrisya.
"Oh,nanti kau pergi naik apa?Naik grab ke...?"-soal Idayu
"Kenapa Akak...?"soal Batrisya kembali.
"Sebab Akak ingat lepas tidur sekejap Akak nak keluar juga petang ni.Akak tolong hantar kau je lah dik..."jawab si Safeerah Idayu sambil menyemak kembali senarai barang dapur yang perlu dibeli melalui kiriman pesanan ringkas what's app dari Harlina.
Tiba-tiba,
*Ting...
Tertera nilai RM50 yang dikirim melalui kaedah pembayaran electronic banking yang dikirim langsung dari Batrisya.
"Kau ada duit belanja tak...awal sangat send qr kat Akak..."-soal Idayu sambil menyemak jumlah bayaran yang diterima.
"Actually Akak,saya ada RM300 je lagi balance belanja dari duit biasiswa.Mujur ayah top-up semalam RM 200.Sorry Akak,saya tak boleh bagi banyak.Tapi kalau tak cukup Akak bagi tahulah.Sebab barang saya punya barang dua je.Pantyliner dengan biskut je."jawab si Batrisya sambil buat muka seposennya.
"Nanti saya bagi lagi RM50 buat tambah duit bil api,dengan bil air ye.Hehehe..."tambahnya lagi sambil menghirup minuman Milo hangar itu.
Biasalah,dah nama pun rakan serumah.Sudah pasti segala keperluan dibahagi 3.Cuma kebiasaannya, Batrisya memang tak pernah bagi cukup.Pakai I-phone mampu pulak.Lol...
Namun,jangan salah faham,kerana dengan keadaan pembelajarannya membuatkan dia terpaksa menggunakan telefon bimbit berjenama mahal itu bagi memudahkan urusannya menyimpan data dan mencari maklumat tentang ubat-ubatan yang dipelajari selama 4 tahun itu.
"Tadi Akak tengok kau bukan main nakal mata tu...Nanti Akak report kat dia baru tahu."usik si Idayu sambil mengenangkan kembali peristiwa yang berlaku beberapa minit yang lalu.Di mana,pada ketika itu dia telah pun sampai lebih awal.Namun, setelah dia parking keretanya di dalam porch rumah itu.Matanya juga nakal.Usha si Hairi Mustafa yang tidak berbaju sewaktu mencuci motornya.
"Janganlah kak,malu saya nanti.Dah lah saya baru setahun-dua tinggal kat sini.Itu je vitamin 'H' yang mampu bagi semangat buat saya..."jawab si Batrisya sambil menahan kemerahan wajah kerana malu.Al-maklum lah, walaupun dia agak tomboyish.Namun sebagai perempuan sudah fitrah manusia,dia juga menyimpan minat terhadap kaum lawan sejenis.
Dan vitamin 'H' yang dimaksudkan itu adalah Vitamin 'Hairi'...
YOU ARE READING
HOUSE 'MATE'...
HumorDalam dunia ini,setiap pertemuan pasti akan berlaku... Tak kiralah...siapa,mengapa,dimana dan bagaimana pertemuan yang berlaku menjadi roda kehidupan setiap insan di atas muka bumi ini... *Bukkk... "Aduh mak..."-Batrisya(gadis JB) "Kau ni siapa...?K...
