Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

Prolog

8 1 0
                                        

Ahmad Yussof baru sahaja melangkah keluar dari Dewan Ali bin Abi Thalib. Dia menarik daun pintu kayu yang besar itu sebelum menguncinya dengan kemas. Seminar Sejarah yang dikendalikan oleh Cikgu Ayuni telah tamat kira-kira sepuluh minit yang lalu, dan semua pelajar Tingkatan Lima sudah pun bersurai.

Disebabkan Cikgu Ayuni mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan, guru itu meminta bantuan Yussof untuk memastikan semua suis lampu dan kipas dewan ditutup sebelum mengunci pintu dan menghantar kuncinya ke pejabat sekolah.

Yussof menerima tugasan itu tanpa banyak soal. Lagipun, dia tahu uminya masih belum sampai untuk mengambilnya pulang.

Selepas menghantar kunci ke pejabat, Yussof berjalan menuju ke kantin sekolah. Kawasan itu agak lengang kerana kebanyakan pelajar sudah pulang. Hanya beberapa orang yang masih menunggu ibu bapa mereka di bangku-bangku sekitar kantin.

Dia memilih sebuah meja di sudut lalu meletakkan beg galas hitamnya di atas kerusi sebelah. Telefon bimbit dikeluarkan seketika sebelum disimpan semula. Entah kenapa, dia tidak berminat untuk bermain telefon petang itu.

Angin yang bertiup perlahan membuatkan suasana terasa nyaman.

Tiba-tiba, sebuah kerusi ditarik. Yussof mengangkat kepala. Seorang gadis bertudung sedang duduk di hadapannya.

Dahinya berkerut sedikit. Dia pernah melihat wajah itu. Budak baru kelas Perniagaan yang berpindah masuk awal tahun ini.

Cuma, dia tidak pernah berpeluang berkenalan dengannya. Malah, nama pada tag nama gadis itu terlindung di sebalik lipatan tudung.

"Kau—"

"Wait!" Gadis itu segera mencelah sebelum Yussof sempat menghabiskan ayatnya.

Yussof terus diam. Gadis itu menundukkan wajah. Jelas sekali dia sedang mengumpul keberanian.

"Jangan cakap apa-apa dulu. Saya ada benda nak beritahu awak." Nada suaranya kedengaran sedikit bergetar.

Yussof bersandar perlahan pada kerusi. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku, tetapi dia memilih untuk mendengar.

Beberapa saat berlalu. Gadis itu menarik nafas dalam-dalam.

"I've been keeping something in for quite some time, and I just wanted to be honest." Jari-jemarinya saling menggenggam sesama sendiri. "Saya kagum dengan cara awak bawa diri... akhlak awak, and how you treat people around you."

Yussof terkedu. Dia tidak menyangka perbualan itu akan menuju ke arah tersebut.

Gadis itu meneruskan kata-katanya walaupun wajahnya semakin merah. "I'm not expecting anything in return, and I understand if you don't feel the same way." Dia berhenti seketika.

Seolah-olah sedang mencari kekuatan untuk menghabiskan apa yang terbuku di hati.

"Saya cuma rasa lebih baik saya luahkan daripada terus simpan diam-diam." Mata gadis itu masih tertumpu pada meja.

"Whatever it is, I pray that Allah guides both of us and writes what's best for our future, even if it's not with each other." Senyuman kecil terukir pada bibirnya, walaupun jelas kelihatan gugup.

"Sorry sebab ganggu awak." Dia bangun dari kerusi.

"Assalamualaikum." Sebaik sahaja kata-kata itu keluar, gadis tersebut berpaling dan mula melangkah pergi dengan pantas.

Yussof hanya mampu memandang. Dia dapat melihat telinga dan pipi gadis itu yang sudah bertukar kemerahan.

Malu.

Mungkin juga sedang menyesali tindakannya. Atau mungkin sedang cuba melarikan diri daripada rasa segan yang semakin menebal.

"Nanti!" Tanpa sedar, Yussof bangun dari tempat duduknya.

Langkah gadis itu terhenti. Namun dia tidak terus berpaling.

Yussof menghela nafas perlahan. Dia sendiri tidak pasti bagaimana hendak menjawab.

Ini kali pertama seorang perempuan meluahkan perasaan kepadanya secara berdepan.

"For now, I think bukan masa dia." Gadis itu masih membelakanginya.

"And this is not the right time untuk fikir pasal benda macam ni." Yussof menggenggam tali begnya.

"I'm amazed you finally tell the truth." Dia tersenyum kecil.

"Tapi saya tak ready lagi untuk benda-benda macam ni." Angin petang bertiup perlahan di antara mereka.

"Saya doakan awak terus berjaya dalam apa sahaja yang awak buat." Nada suaranya lembut.

"And maybe kalau ada rezeki yang lagi baik untuk awak." Dia berhenti seketika sebelum menyambung.

"Insya-Allah, Allah akan mudahkan segala urusan awak."

Suasana kembali sunyi. Beberapa saat berlalu sebelum gadis itu akhirnya menoleh ke belakang. Buat pertama kali sejak duduk di hadapannya tadi, mereka bertentang mata.

Yussof dapat melihat kelegaan pada wajah gadis itu. Tiada air mata. Tiada kekecewaan yang berlebihan. Hanya ketenangan.

Gadis itu menghadiahkan sebuah senyuman "Terima kasih atas jawapan yang awak berikan." Senyuman itu kekal walaupun matanya sedikit berkaca.

"Saya hargai cara awak jaga hati saya."

Yussof hanya mengangguk perlahan.

"Inshaallah saya akan cuba untuk letakkan rasa ni pada tempat yang betul." Gadis itu mengemas hujung tudungnya yang ditiup angin.

"Semoga Allah permudahkan urusan awak."Dia tersenyum sekali lagi.

"Terima kasih sekali lagi."

Kemudian, dengan nada yang lebih lembut, dia berkata. "Jaga diri elok-elok ya."

Selepas itu, gadis tersebut berpaling dan berjalan meninggalkan kawasan kantin. Yussof memerhatikannya sehingga kelibat itu hilang melepasi pagar sekolah. Barangkali keluarganya sudah sampai. Atau mungkin dia cuma mahu segera keluar dari situ sebelum rasa malunya datang semula.

Yussof menghembuskan nafas panjang. Entah kenapa, dadanya terasa sedikit sesak. Satu perasaan aneh hadir tanpa diundang. Tangannya perlahan-lahan menyentuh dada. Degupan jantungnya terasa lebih laju daripada biasa. Dia mengerutkan dahi.

Kenapa?

Dia bukannya mempunyai perasaan terhadap gadis itu. Mereka bahkan tidak saling mengenali. Namun, ada sesuatu yang sukar dijelaskan sedang berlegar-legar dalam hatinya.

Something unfamiliar. Something he couldn't understand.

Pon!

Bunyi hon kereta mengejutkannya daripada lamunan. Yussof segera menoleh ke arah pintu pagar sekolah. Sebuah kereta berwarna putih berhenti di tepi jalan. Uminya sudah sampai.

Dia mencapai beg galas hitam yang berada di atas kerusi lalu menyarungkannya ke bahu.
Tanpa sedar, fikirannya kembali teringat kepada gadis tadi. Namun hanya untuk sesaat.
Selepas itu, dia menggeleng perlahan.

Tidak. Ini bukan masanya. SPM sudah semakin dekat.

Dia mempunyai impian yang lebih penting untuk dikejar sekarang. Dengan langkah yang lebih ringan, Yussof bergerak menuju ke kereta. Peristiwa yang berlaku sebentar tadi perlahan-lahan tenggelam daripada fikirannya. Buat masa ini, hanya satu perkara yang menjadi fokusnya.

Straight A's.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SolaceStories to obsess over. Discover now