PROLOG

3 1 0
                                        

"Saya akan kahwini awak... Tapi dengan satu syarat."
Sarah Khaera tidak tahu kenapa lelaki asing iu memandangnya seperti dia adalah suatu permainan yang perlu dimiliki. Wajah lelaki itu kosong—tanpa senyuman,tanpa amarah. Tetapi nadanya dingin, menusuk... seperti bilah pisau yang licik menghiris kulit tanpa darah.
"Awak siapa?" Suara Sarah sedikit terketar.
"Suami awak. Tak lama lagi." Jawab lelaki tu dengan penuh keyakinan.
Hatinya bergetar. Bukan kerana cinta, tapi kerana rasa takut yang membungkus seluruh tubuhnya. Dia tidak mengenali jejaka bernama Khalis Yazid itu, pemilik empayar syarikat terbesar di Malaysia—lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya ketika dia paling lemah, paling terluka dan paling terdesak.

Tetapi jejaka itu tahu terlalu banyak tentang dirinya.
Nama penuh, tarikh lahir dan rahsia yang dia ingin lupakan selamanya, rahsia yang dia kuburkan selama ini— yang hanya dia dan seseorang lagi pernah tahu...sebelum maut meragut segalanya.
Kenapa sekarang?
Apa sebenarnya yang dia inginkan?

Dan kenapa... setiap kali mata mereka bertemu, jiwanya seakan-akan diragut ke dalam dendam yang bukan miliknya?

_______________________________________________________
Kerana cinta itu tidak pernah indah apabila ia lahir daripada dusta, dibesarkan oleh dendam dan dipeluk oleh obsesi.
Dan mungkin, tanpa disedari, Sarah sedang jatuh cinta kepada lelaki yang hadir untuk memusnahkannya.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Jan 23 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Hidden in your shadowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang