PROLOG

4 0 0
                                        

Tahun 2017

"Pelakon terkenal, Nyla Aurelia, cedera akibat ditikam oleh pengurus peribadinya pada Jumaat kira-kira jam 3.20 petang. Serangan tersebut dipercayai bermotifkan dendam selepas mangsa membuat laporan polis berhubung penyelewengan wang milik Nyla yang didakwa dilakukan suspek sejak awal pembabitannya dalam industri hiburan pada usianya 13 tahun.

Menurut pasukan perubatan, keadaan Nyla dilaporkan stabil, namun masih dipantau rapi di wad rawatan kecemasan. Pihak polis menahan suspek tidak lama selepas kejadian.

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat dan netizen yang terkejut dengan keadaan dan keselamatan artis tempatan. Ada yang menyuarakan rasa simpati dan ada yang mengugut suspek dan keluarga suspek. Segelintir masyarakat menuntut pengurusan industri memberi perlindungan lebih ketat kepada artis di bawah umur."

Berita itu berulang kali bermain di skrin telefon gadis itu. Sudah dua minggu sejak insiden terjadi dan gadis itu juga sudah pulang ke rumah.

Sejak kepulangannya daripada hospital, dia langsung tidak menjejakkan kaki keluar daripada rumah, bahkan terperap di dalam bilik sahaja.

Kedua tangan menutup rapat kedua belah telinga, mencuba untuk menutup suara-suara yang bergema di dalam kepala.

"Tipu je ni. Alaa, untuk movie baru dia lah tu."

"Baguslah pun, dari dulu lagi aku tak suka si budak Nyla ni."

"Akhirnya, apa yang aku doa jadi juga dekat budak ni."

"Diam! Diam! Diam!" jerit gadis itu.

Barang berdekatannya di baling dan di lempar.

"Arghhhhh!" dia terduduk dan menangis sekuatnya.

Ibu gadis itu yang mendengar jeritan terus berlari masuk ke dalam bilik. Memeluk erat tubuhnya, berusaha untuk menenangkan anak gadisnya itu.

"Apa salah Nyla, Ma? Kenapa semua benci Nyla? Kenapa semua nak fitnah Nyla sedangkan mereka tak tahu apa yang jadi?" gadis 15 tahun itu terus meronta, menjerit dan menangis seperti tiada penghujung.

"Sabar, sayang." pinta ibunya.

Selepas beberapa minit, tatapannya menjadi kosong, jeritannya hilang dan dia dipeluk erat oleh ibunya.

Dunia sekarang, orang terus menghukum tanpa pernah mengenal. Mereka percaya apa yang mereka mahu percaya dan berkata bukan-bukan apa yang hanya mahu dikata kerana membenci dan menghujat lebih mudah daripada memahami isi hati seseorang. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NYLA AURELIA (coming soon)Where stories live. Discover now