"Adik! Lamanya mandi. Abang Es nak mandi pulak"
Eskandar yang sedang menunggu di depan pintu bilik air sambil mencekak pinggang. Letih menunggu maklumlah dalam rumah ni ada 2 je bilik air. 1 dalam bilik ibu ayah,1 lagi dekat dapur jadi siapa cepat dia dapat.
"Sabarlah Abang Es, Lia baru je siap gosok gigi ni!"
Jelas Emilia yang masih berada dalam bilik air. Buat apa lah lama sangat tengah baiki tandas ke dik oii?
"Yelah, Abang Es tunggu dekat ruang tamu. CEPAT TAU!"
Eskandar membalas kembali sambil berjalan menuju ke ruang tamu masa tengah jalan sempat lagi ambik makanan snek yang ada dekat dapur tadi untuk menjadi peneman menunggu dirinya di ruang tamu. Lebih kurang setengah jam juga Eskandar menunggu dekat ruang tamu hingga terlena atas sofa berbentuk L.
"Abang Es! Ohh Abang Es, mana Abang Es ni?"
Emilia yang baru selesai mandi dan keluar dari bilik air dengan berpakaian T-shirt Navy blue dan berseluar track hitam. Dia terus menuju ke ruang tamu untuk mencari gerangan abangnya.
"MUHAMMAD ARIFF ESKANDAR! MANA KAU PERGI LAH MANDI DAH DAH NAK PUKUL 7!"
Jerit Emilia sambil mencari abang nya
"Ibu, mana Abang Es?" Dia mengarah ke dapur untuk bertanya kepada Puan Erin iaitu ibu Emilia, di mana gerangan seorang lelaki yang masih berbaju tidur.
"Apa bising-bising ni Lia dari dapur dengar kamu duk jerit-jerit. Apa hal ni?"
Puan Erin berkata sambil menarik telinga Emilia yang baru selesai mandi.
"Aduh..duh sakitlah ibu, janganlah tarik telinga Lia"
Balas Emilia yang sedang kesakitan di tarik oleh ibunya, Puan Erin.
"Ibu mana Abang Es?Dia kata nak pergi mandi lepas Lia" tanya Emilia
"Oh.. Eskandar. Tu dia tidur sudah" jawab Puan Erin selamba dan melepaskan tangannya dari menarik telinga anak perempuannya itu.
"Ooo.. tidur rupanya" terlihat Eskandar yang tertidur nyenyak kepalanya tersandar di atas bahu sofa sambil memegang remote tv. Apabila Emilia mendekat terdapat peta dunia di atas bahu sofa. Emilia seperti tahu siapa pemilik peta dunia tersebut.
"Eww.. nak muntah aku tengok peta dunia ni" Emilia melihat Eskandar dan wajah yang sangat menjijikkan.
"Weh Abang Es! Bangun lah kata nk mandi lepas Lia" Emilia menggoncang bahu Eskandar...tidak sahutan, sunyi. Emilia hanya boleh mengeluh. Tiba-tiba otaknya berfungsi dengan ligatnya..BINGO! Kena la kau nanti Eskandar..muhaha.
"Sebelum kita memulakan majlis, mari kita mulakan bacaan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. MUHAMMAD ARIFF ESKANDAR BANGUN WOIII!!" Apabila mendengar jerkahan Emilia memanggil nama penuhnya dengan pantas Eskandar terbangun dari tidurnya dan dengan muka cuak. Emilia terkejut melihat Eskandar yang sedang bangun dengan pantas kelihatan muka cuak Eskandar pecah tawa Emilia melihat telatah abangnya itu.
"Eh,kau ni kacau je aku tengah tidur" sempat lagi Eskandar mengesat air liur basinya.
"Eww.. pengotor betullah abang Es ni"
Emilia melihat muka Eskandar dengan jijik.
"Pergi mandi sana, tadi kata nak mandi lepas Lia.Cepat la bangun nanti ibu marah" Menarik tangan Eskandar untuk bangun dari sofa dan menolak ke bilik air.
"Weh, jangan la tarik tangan abang Lia dah la tangan awak tu basah dah la bye"
Eskandar bangun dari sofa dan berlari ke bilik air sepantas boleh kalah Usain Bolt.
Emilia melihat tangannya yang basah macam berpeluh padahal dia bukan lari marathon pun tiba-tiba tangan shaking tanpa. Emilia tidak menghiraukan keadaan tangannya itu.
"Cepat tau abang Es dah nak pukul 7 nanti lambat pula pergi kerja!" Jerit Emilia dari luar kepada Eskandar sambil berjalan masuk ke biliknya.
VOCÊ ESTÁ LENDO
Dua Hati, Satu Pilihan
Ficção AdolescenteEmilia merupakan seorang gadis yang baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah universiti di Sepanyol dan sekarang dia sudah pulang ke negara asalnya iaitu Malaysia. Sempat pula bila tengah joging di teman boleh pula terlanggar dengan lelaki. Rasa h...
