ranting atau ranting

3 0 0
                                        

ranting ada dua maksud

1. /ran.ting./ — bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati;

2. /ræntɪŋ/ — to speak or complain about something in a loud and/or angry way

jadi aku ranting yang mana?

mungkin ranting yang pertama

rapuh, lemah, sering dipijak dan dipatah-patahkan, dibiarkan kering sendirian

tapi aku juga selalu buat yang kedua

meluah perasaan, berekspresi, atau bahasa ringkasnya; merentan

yang penting aku bukan dahan — aku tak sentiasa mampu bertahan
aku juga sudah tentu bukan kayan — aku tak kaya

kenapa aku menulis di sini?

mungkin sebab aku rasa rakan rakan dah muak tengok aku yang masalah tak habis habis

'dah gila agaknya perempuan ni' 'bila la perempuan ni nak hidup tenang'

oh tiada hidup yang tenang, sayang

tapi kerana nak hidup tenang lah aku meluah di sini, di mana tiada sesiapa yang membaca, di mana aku boleh berkata tanpa noktah

ini ruang aku. ruang untuk aku bernafas, untuk berkata, untuk berhenti memendam

ya, aku memang generasi moden yang tak reti nak menulis atas kertas. entah, kurang feel rasanya (mungkin aku cuma malas)

tapi aku akan meneruskan dengan entri harian aku (kalau aku rajin, mungkin)

walaupun tiada yang membaca kecuali diri sendiri (aku tau aku akan geli bila aku baca balik tapi takpe, itu masalah untuk diri aku di masa depan)

sekian lah intro untuk memulakan entri jurnal seterusnya

ranting, dahan & kayanStories to obsess over. Discover now