MCNBE: 1

5 0 0
                                        

    Suasana bilik mesyuarat di Markas TUDM Butterworth kian kalut. Pegawai keluar masuk dengan wajah tegang, fail bertukar tangan, telefon bimbit berdering tanpa henti. Ketika pintu utama terbuka, beberapa pegawai kanan berdiri, memberi tabik hormat.

  “selamat pagi Tuan

Kapten Zayden Khalif segera menyahut tabik bersama yang lain. Sejurus Brigadier Jeneral masuk, semua kembali ke posisi masing-masing.

Duduk.” Suaranya berat, dingin.

Zayden melabuhkan duduknya. Matanya tertumpu pada skrin besar di hujung bilik yang sedang menayangkan peta sempadan Malaysia–Thailand.

Laporan segera,” arah Brigadier Jeneral Hisyam.

Seorang pegawai risikan berdiri, membuka fail.

Pada jam 0900 semalam, pesawat persendirian jenis Cessna 208B Caravan, yang dikendalikan juruterbang wanita Kapten Elana Inara, terputus hubungan dengan menara kawalan sebaik memasuki ruang udara berhampiran Betong. Pesawat membawa muatan ringan, dilaporkan dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Hat Yai.”

Imej satelit dipaparkan di layar. Hijau pekat hutan sempadan terpampang, hanya disulami sungai berliku.

Tiada isyarat SOS dikesan. Namun, sebelum komunikasi terputus, juruterbang sempat melaporkan masalah enjin. Selepas itu… senyap.
Bilik itu jadi sunyi seketika.

Adakah kita pasti ini kecemasan, bukan sabotaj?”  soal seorang Kolonel dengan nada mencurigakan.

Kemungkinan masih terbuka, tuan,” jawab pegawai risikan.

Tambahan pula kawasan tersebut memang dikenal pasti sebagai laluan aktiviti penyeludupan senjata. Jika pesawat itu mendarat kecemasan, besar kemungkinan ia jatuh ke tangan pihak militan.”

Zayden menggenggam pen di tangannya hingga bergetar.

  Nama Elana Inara bergaung dalam fikirannya. Dia pernah mendengar tentang juruterbang wanita itu — berani, berdikari, dan cukup mahir mengemudi pesawat ringan.

Brigadier Jeneral menatap sekeliling. “Kita tak boleh biarkan ini berlarutan. Kita perlu pasukan khas.”

Mata pegawai-pegawai beralih kepada Zayden. Nalurinya sudah tahu apa yang akan datang.

Kapten Zayden Khalif,” suara Brigadier Jeneral bergema,
anda akan mengetuai Operasi Black Eagle. Misi anda: cari dan selamatkan Kapten Elana Inara sebelum pihak musuh menemuinya.”
 
Zayden menegakkan tubuh. “Baik, tuan!”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11, 2025 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY CODE NAME : BLACK EAGLEWhere stories live. Discover now