prolog

24 1 1
                                    

"Sayang,lepas spm nanti,sayang nak sambung belajar kat mana?"

"Sayang nak sambung kat luar negara,kalau boleh sayang nak pergi indonesia"

"Serius la sayang,kenapa nak sambung jauh2,kat malaysia ni kan banyak lagi ipta ngan ipts yang ade"

"Baby,dengar ni,sayang nak kejar impian sayang untuk jadi engineer yang berjaya"

"Ape ni sayang,kat sini berlambak universiti yang boleh jadikan sayang engineer yang excellent,xperlulah pergi jauh sangat,sayang x sayangkan baby kew...ataupun sayang nak lari jauh dari baby,nak tinggalkan baby,macam tu?"

Aqif menarik bahu Rania agar menghadapnya,"look baby,pandang mata sayang...sayang pergi untuk ilmu,bukan saja2 nak pergi bercuti cari awek baru"

Rania menampar lengan aqif yang xberapa nak ade muscle,haha "ish,sayang ni,lagi sekali sayang sebut pasal awek baru,tapak kasut ni melekat dekat pipi sayang yang xberape nak hensem ni,paham?"

Air mata ni dah macam perigi buta,hati sebak setiap kali character tu terimbas dalam memori.Tapi seakan-akan aku dah xde ape2 perasaan,semuanya kosong.Minda aku xmampu berfungsi dengan baik.

Aku terus melangkahkan kaki ini tanpa tahu arah tujuan.kadang pandanganku menunduk semacam nak masuk dalam tanah dah,kadang pandanganku mendongak,melihat langit biru yang dihiasi awan yang berarak,seakan awan itu mampu melakarkan senyuman dan mengembalikan pelangi yang telah lama hilang.

Sampai satu saat,kaki ini terhenti di bangku kayu.aku melabuhkan diri di situ,hasrat hati ingin mencari ketenangan yang telah lama hilang.mata ini seakan tertarik  dengan keletah anak kecil yang berpipi gebu dan sangat comel dimataku itu,dengan manjanya bertanya tentang objek yang ade disekelilingnya.mungkin itu habit  kanak2 seusianya.

Fikiranku melayang lagi.aku cuba mengingat,tapi aku seperti tiada data dalam minda ini tentang kenangan bersama ayahku.hati ini dah banyak kali menangis bila melihat orang lain meluangkan masa dengan ayah masing2,bercerita betapa caring dan ptotective nya ayah mereka.aku hanya mampu tersenyum pahit,membayangkan betapa bahaginya aku jika berada di tempat mereka.diri seolah meronta-ronta inginkan pelukan dan belaian kasih seorang yang bernama ayah.

Adakah aku tidak berhak untuk merasa bahagia? ayat ini sering kali bermain2 di minda bagaikan kaset yang berkali2 diputarkan di radio.sehinggakan aku pernah terfikir untuk membunuh diri,tapi aku tahu aku tidak seberani itu.aku terlalu ego mengatakan masih ade orang yang menyayangiku,menghargai aku sebagai seorang anak,adik,sahabat.hakikatnya memang zero,xde orang sayang dan hargai aku selama ni.

Tit,tit,tit
Aku tersedar dari lamunan panjang tadi.rupanya awan sedang mengalirkan air matanya...hujan mula membasahi bumi ini.punggungku masih melekat di bangku,aku ingin menikmati titisan air hujan buat seketika.

Aku memejamkan mata,mendepakan tangan dan menghirup udara hujan dan sememangnya aku sangat suka bau tanah yang dibahasi permata awan ini.

Seakan waktu berhenti berputar buat seketika.indahnya kalau aku selalu berada dalam keadaan sebegini,tanpa perlu memikirkan masalah yang membelenggu diri ini.

Pappp
"Oh,mak kau",terkejut harimau aku dibuatnya bila terasa ada tangan yang menepuk bahuku.seraya itu aku berpaling "iya mak cik,ade ape yerr?" Tanyaku kebingungan.

"Maafla menganggu kamu,tapi hujan ni semakin lebat,mak cik cuma risaukan kamu aje,tak pasal2 nanti dapat penyakit berbahaya sebap sekarangkan musim jerebu,air hujan bercampur asap jerebu,bahaya nak..." kata mak cik itu seraya tersenyum ikhlas.

'Eh,mak cik ni sibuk aje...aku baru nak feel macam citer hindustan...berguling-guling atas rumput waktu hujan mencurah-curah'
Maklumla,aku ni bukan reti sangat bermesra dengan orang,kureng sosial sikit'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 09, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahagia itu milikkuWhere stories live. Discover now