Prologue

11 2 0
                                        

Langit petang di Kuala Lumpur selalu punya cerita. Ada orang sibuk kejar masa, ada yang kejar impian, ada juga yang sekadar menunggu hari berlalu.

Bagi Melati Zahra, setiap detik bukan sekadar waktu, tapi ruang untuk mengukir sesuatu dalam hidup. Dia berdiri di hadapan cermin besar butik miliknya, MZ COLLECTIVE, membetulkan shawl satin lembut berwarna nude yang membalut wajahnya. Minimalis, kemas dan elegan. Itu trademark dia.

“Okay… not bad,” gumamnya kecil. Dia jarang bercakap dengan orang, tapi selalu bercakap dengan dirinya sendiri.

Butik itu tak besar, tapi cukup selesa. Rak baju tersusun rapi mengikut koleksi, lampu kuning lembut memantulkan suasana cozy. Bau lilin wangi lavender bercampur dengan haruman kain baru merupakan gabungan yang selalu buat pelanggan rasa selesa.

Melati, 28 tahun, seorang gadis introvert yang jarang sekali keluar dari zon selesanya. Dia bukan jenis suka crowded places, bukan kaki shopping mall, apatah lagi orang yang aktif bergaul. Tapi peliknya, dunia bisnes jadi tempat dia menonjol.

“Ironic kan? Orang introvert tapi boleh run business,” dia pernah dengar staffnya ketawa kecil.
Dia hanya senyum nipis.

Kerana bagi Melati, butik ini bukan sekadar bisnes. Ia adalah benteng. Benteng dari kesepian, dari soalan-soalan orang luar kepadanya. “Bila nak kahwin, Melati? Tak sunyi ke hidup sorang-sorang?”

Soalan yang baginya, semakin lama semakin berat untuk dijawab.

Di sisi lain kota, di tengah hiruk-pikuk tapak projek pembinaan, seorang lelaki mengelap peluh di dahi dengan lengan kemejanya. Muhammad Thaqif Rayyan, 31 tahun, seorang jurutera oil & gas.

Hidupnya bising dengan bunyi mesin, bunyi pekerja menjerit arahan, bunyi telefon tak pernah berhenti berdering. Tapi hatinya… diam.

Dia pandang sekeliling tapak projek, tersenyum nipis melihat pekerjanya tekun. Dalam diam, dia letih. Bukan letih kerja semata-mata, tapi letih menjawab soalan yang sama, hari demi hari.

“Rayyan, bila nak kahwin?”
“Takkan nak bujang sampai tua?”
“Kawan kau semua dah ada anak, kau bila lagi?”

Dia hanya gelak kecil setiap kali soalan itu keluar. Tapi jauh dalam hati, dia tahu dan dia juga mahukan sesuatu yang lebih. Seseorang untuk dia balik ke rumah, seseorang yang akan tenangkan hari-hari penatnya.

Malamnya, dia duduk sendirian di ruang tamu apartmentnya. TV terpasang tapi kosong tanpa perhatian. Dalam cahaya samar, dia menadah tangan.

“Ya Allah, kalau ada rezeki, temukan aku dengan seseorang yang baik… yang boleh aku jaga, yang boleh jaga aku. Kalau belum masanya, kuatkan aku untuk sabar.”

Dua hati. Dua dunia. Belum pernah bertemu.

Tapi takdir Allah selalu punya cara.

Petang itu, butik MZ COLLECTIVE agak sibuk. Seorang pelanggan lelaki masuk dengan wajah sedikit kelam-kabut. Kemeja birunya sedikit kusut, tangan bawa paper bag entah apa.

“Assalamualaikum.” Suaranya rendah, maskulin.

Melati yang sedang melipat kain di kaunter mengangkat kepala. “Waalaikumussalam. Boleh saya bantu encik cari apa?”

Lelaki itu tersenyum sedikit awkward. “Err… saya nak cari hadiah. Untuk kakak saya. Birthday dia minggu depan. Honestly… saya memang zero bab baju perempuan.”

Melati angkat kening sedikit, tapi cepat-cepat control expression. Dalam hati, customer macam ni selalu ada. Blur tapi ikhlas.

“Okay… kakak encik umur berapa?”

“Thirty-five. Dia suka simple. Not too flashy. Tapi classy kalau boleh.”

Melati terus bergerak ke rak, menarik sehelai dress longgar warna olive green dengan potongan minimalis. Dia tunjuk pada lelaki itu.

“This one. Fabric dia lightweight, senang pakai. Warna pun evergreen, sesuai dengan umur dia.”

Lelaki itu pandang dress, kemudian pandang Melati. Ada sesuatu pada cara gadis itu bercakap. Tenang, yakin, tapi lembut. Dia angguk.

“Nice… I think she’ll like it. Okay, I’ll take this one.”

Melati bawa dress itu ke kaunter, mula lipat dengan teliti. Lelaki itu diam seketika, sebelum bersuara.

“Awak selalu layan customer macam ni je ke? Straight to the point, no extra?”

Melati berhenti sebentar, pandang dia dengan sedikit hairan. “Kenapa? Cara saya salah ke?”

Dia ketawa kecil. “No lah… cuma macam serious sangat. Orang kata senyum tu kan sedekah.”

Melati telan liur, cuba tahan senyum. “Saya jual baju, bukan jual senyum, encik.”

Lelaki itu ketawa kuat sedikit kali ini. “Touché.”

Momen kecil itu seolah berhenti di udara. Tiada siapa tahu, itulah kali pertama Thaqif Rayyan memandang seorang wanita dengan rasa berbeza. Dan itulah kali pertama Melati Zahra merasakan seseorang cuba pecahkan temboknya.

Masing-masing tak tahu, pertemuan itu hanyalah permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rencana.

Saat Hatiku Tak Pernah Direncana Stories to obsess over. Discover now