Prolog

142 6 0
                                        

Suasana di pejabat petang itu agak tenang. Bunyi papan kekunci yang diketuk pekerja lain bergema halus bercampur dengan deringan telefon yang sesekali memecah sunyi.

Lampu putih yang memancar dari siling membuatkan ruang pejabat nampak kemas dan teratur, namun bagi Layla, fokusnya hanya tertumpu pada skrin komputer di hadapan. Jari jemarinya lincah menaip laporan yang perlu dihantar sebelum jam lima.

Sesekali dia menghela nafas panjang. Tekanan kerja hari itu agak berat, ditambah pula dengan sikapnya yang memang suka menyiapkan tugasan tanpa bertangguh. Layla memang jenis yang kalau dah mula kerja, dia tak suka diganggu.

Namun, rutin yang tenang itu tiba-tiba berubah apabila satu tin minuman diletakkan di atas mejanya dengan bunyi "tuk" yang agak jelas.

Layla spontan mengangkat wajah. Dan, seperti yang dia agak, Harith sedang berdiri di sisi mejanya dengan senyuman nakal terukir di bibir.

Lelaki itu tampak begitu santai, tangan berlipat di dada sambil matanya tajam memerhati reaksi Layla.

"Untuk apa ni?" tanya Layla, nada suaranya mendatar tapi matanya sudah jelas menyimpan tanda soal.

Harith mengangkat kening tinggi, sambil menjawab selamba.

"Untuk minum lah, wahai Cik Layla. Takkanlah untuk buat mask muka pulak?"

Layla terus mencebik. Dia menarik nafas sambil memandang lelaki itu dengan jelingan yang cukup tajam.

"Mulut tu... kalau tak perli orang sehari, memang tak boleh ke?" Layla membalas, cuba menahan geram.

"Boleh je." Harith menjawab, kali ini dengan senyuman yang lebih melebar.

"Asalkan setiap kali saya datang, Layla senyum je. Senyum tu dah cukup buat hari saya jadi baik."

Layla mengalihkan pandangan.

"Tak kuasa saya."

"Alaa... jangan membenci sangat. Takut nanti terjatuh hati pulak." balas Harith lagi, nada suaranya penuh gurauan tapi matanya seakan mencabar.

Layla sudah mula rasa darahnya naik. Dia mengetap bibir sebelum berkata,

"Boleh tak pergi? Nak buat kerja pun tak senang kalau ada orang asyik kacau."

Harith menepuk dada pura-pura terasa.

"Auchh... kasarnya perkataan yang kamu ucapkan ni. Hati abang yang fragile ni boleh pecah tau."

Layla hampir tergelak kecil tapi dia cepat-cepat menahan. Matanya melirik ke arah bekas pen di atas meja, terasa mahu membalingnya ke arah lelaki itu.

Seolah dapat membaca fikiran Layla, Harith terus ketawa kecil.

"Sabar, sabar... anak dara kena elok-elok sikit perangai. Kalau selalu marah-marah, nanti jodoh lari jauh."

"Biarlah jodoh tak datang pun," balas Layla tegas.

"saya bukan nak orang datang dekat saya pun."

Harith mendekat sedikit, suaranya merendah.

"Tapi saya nak."

Kali ini Layla terus berpaling, merenung tepat ke arah wajah lelaki itu. Ada secalit marah serta terkejut yang jelas terpancar dari riak wajahnya.

"Encik Harith, pergi buat kerja boleh tak? Janganlah asyik nak kacau orang," katanya dengan nada tegas.

Harith ketawa kecil lagi, tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slack yang kemas terletak.

"Ishh, garang sungguh anak dara orang ni. Tapi tahu tak, garang tu kadang-kadang comel juga."

"Saya garang sebab nak jaga diri. Tak macam encik Harith..." balas Layla, matanya penuh sindiran.

Kening Harith sedikit terangkat.

"Kenapa dengan saya?"

Layla tidak teragak-agak lagi. Dengan selamba dia menembak.

"Encik Harith ni dahlah teruna, dah nak tua, tak laku pulak tu."

Mata Harith terbeliak sedikit, jelas terkejut. Mulutnya terlopong seketika.

"Perghh... apa ke pedas sangat ayat ni. Menusuk terus sampai ke hati.

Layla hanya tersenyum puas sambil berkata,

"Padan muka."

Selepas itu dia kembali fokus pada komputernya, jari-jemari kembali menekan papan kekunci. Harith hanya mampu tersenyum, menggeleng perlahan seakan tidak percaya dengan kepetahan mulut gadis itu.

"Sambunglah kerja tu," katanya akhirnya.

"Saya pun nak naik pejabat saya balik, sambung kerja."

"Pergilah. Bukan ada siapa suruh tunggu sini pun," Layla membalas tanpa menoleh.

Harith tertawa kecil sekali lagi, kemudian melangkah pergi. Namun senyuman di wajahnya langsung tidak pudar, malah semakin melebar seolah-olah puas dapat melihat reaksi Layla.

Akan Kau Jadi Kepunyaanku [ON GOING]Stories to obsess over. Discover now