~Bab 1

4 0 0
                                        

Bangunan Fakulti Undang-Undang Universiti Al-Azhar tempatan itu sentiasa sibuk. Pelajar keluar masuk, bersaing dengan bunyi tumit, bunyi ketikan keyboard dan suara kuliah.

Nazril Rayyan, tahun akhir, pelajar yang jarang senyum, penuh prinsip dan tak suka membuang masa. Dia bukan jenis yang akan pandang orang lama, apatah lagi nak senyum mesra.

Dia jalan laju, buku tebal di tangan, earbuds tersumbat di telinga. Fokus.

Sampailah dia terdengar suara.

Bukan suara lantang. Tapi suara yang berhenti sekejap masa dia lalu.

"Assalamualaikum, bang. Tersilap jalan ke bilik tutorial ke?"

Nazril angkat kening. Perlahan-lahan dia toleh.

Seorang gadis berdiri tak jauh. Tudungnya labuh, baju longgar. Muka tak mekap langsung. Tapi mata dia... tenang.

Insyirah Haneem. Pelajar tahun dua. Baru je habis bentang pasal kes undang-undang sivil. Tak ramai yang perasan dia. Tapi Nazril pernah duduk satu baris belakang masa dia present. Tak tahu kenapa... dia ingat suara gadis tu.

Nazril tarik earbud keluar satu.

"Saya nampak abang masuk ke bilik 2. Tu bilik tahun dua. Bilik abang dekat hujung sana."

Nazril diam. Matanya renung gadis tu tajam. Tapi dia perasan satu benda gadis tu tak tunduk, tak gelabah. Dia cakap macam dia tolong orang biasa.

"Nama awak?" tanya Nazril tiba-tiba.

"Insyirah," jawabnya. Pendek. Lembut. Tapi tak goyah.

Nazril angguk sedikit, tanpa balas. Dia terus jalan, tak ucap terima kasih. Tapi masa dia sampai ke bilik sebenar... dia pandang balik ke arah lorong tadi.

Kosong.

Cuma... nama tu masih bergema dalam fikiran dia.

Insyirah.

Kenapa kau boleh buat aku pandang balik, sedangkan aku tak pernah peduli sebelum ni?

🤍🤍🤍

Pukul 8:00 pagi. Bilik kuliah C302 dah mula penuh. Hari ni kelas tutorial untuk subjek Legal Research and Methodology subjek yang semua orang benci tapi tak boleh lari.

Nazril duduk di tempat biasa baris belakang, tepi tingkap. Dia bukan jenis yang suka perhatian. Tapi peliknya, orang tetap perasan dia. Aura dia, tenang tapi tekan.

Earbud di telinga, mata fokus pada skrin laptop.

Sampailah pintu terbuka. Langkah kecil masuk dengan beg silang dan fail biru.

Insyirah.

Nazril sempat pandang sekejap. Dia tak tahu kenapa tapi mata dia automatik cari gadis tu sekarang. Macam magnet.

Gadis tu pilih tempat depan jauh dari Nazril. Tapi cukup untuk dia tengok belakang bila pensyarah masuk nanti.

"Alright, group project pairing is up. I don't care siapa suka siapa, siapa tak. You will work in pairs."
"Nazril Rayyan... and..."
Pensyarah renung senarai.
"Insyirah Haneem."

KRINGGGG

Nazril pandang ke depan. Insyirah dah toleh, mata mereka bertembung.

Nazril hela nafas. Perlahan dia cabut earbud.
Insyirah bangun, ambil tempat sebelah dia.

"Assalamualaikum." Lembut. Sopan.
"Waalaikumussalam," Nazril jawab... tapi tanpa tengok.

"Saya dah buat rangka kasar. Awak boleh semak," kata Insyirah, hulur kertas.
Nazril ambil, baca sekejap. Tapi dia tak kata apa-apa.

"Kalau awak rasa ada silap, saya okay je nak betulkan."

"Saya tak panggil awak buat silap pun," jawab Nazril, mata masih di skrin.
"Saya tengok je cara awak fikir. Lain dari biasa."

"Maksudnya?"
"Tak tahu. Awak bukan macam orang yang saya pernah group sebelum ni."

Mereka bincang. Tapi tak lama. Satu jam yang macam sepuluh minit.

Nazril tak banyak cakap. Tapi Insyirah tak kisah. Dia tahu lelaki tu jenis tenang, bukan bisu. Dia tahu beza.

Lepas kelas, hujan mula turun. Insyirah berdiri depan bangunan, tengok langit.

Nazril dah jalan keluar dulu. Tapi dia sempat toleh belakang.
Insyirah masih berdiri di situ, payung dalam beg tapi tak buka.

Dia teragak. Kemudian...

Nazril patah balik.

"Kenapa tak keluar?"
"Nak tunggu hujan reda sikit."
"Kalau awak tunggu, awak lambat."
"Saya tak kisah."

Nazril diam. Dia tengok hujan, kemudian buka payung dia sendiri.

"Jalan."
"Saya ada payung..."
"Saya tahu. Tapi saya jalan sebelah awak sekarang."

Mereka jalan. Dua orang, satu payung, tapi satu dunia yang perlahan-lahan berubah.

"Jangan senyum macam tu. Aku benci bila aku tak boleh marah." – Nazril (dalam hati)

Dear Mr. NazrilWhere stories live. Discover now