Cinta Tiada Senyuman Bahagia

153 9 0
                                    


Cinta Tiada Senyuman Bahagia.

Tegar mengulum senyum duka.
Wajah dihiasi pawana merah menyala.
Hati sembunyi ke tepi, sorokkan kesan cedera.
Oleh dia yang kau laungkan penuh rasa cinta.

Bahagia.
Kau belum pernah temui erti suka.
Tidak, kau pernah jumpa tapi sudah terlepas dari genggaman, sirna.
Muka lebih dipalit warna duka.

Kau mendesah, penat.
Kau menjerit, hidup ini palat.
Kau kata cinta penuh muslihat.
Sayangnya, kau sudah terikat.
Tangan kau tersimpul cermat.
Langkah kau tersekat.
Sebab kau terlalu lambat.

Dia yang kau kata cinta, ketawa berdekah.
Dia tahu dia berkuasa atas tubuh yang sedia untuk diratah.
Dipalit satu hinaan, tidak akan menitiskan darah merah.
Apalah beza satu molekul dengan satu zarah?
Nasihat berkuping, telinganya langsung tidak mahu menjamah.
Kausnya hati, hilang tunas rasa lidah.

Dia itu manusia beku.
Kalah aku yang beku tapi masih mampu menghitung waktu.
Saat dia kata mahu istirehat, dia bermain dengan insan lain, mengira bulu.
Ketika dia menitip pesan mahu lena, dia bertukar-tukar kata dengan manusia negara penuh salju.
Kau lihat sendiri, tapi kau pujuk hati, tutup tetingkap Mukabuku.
Telefon genggam kau capai dan hubungi aku.
Melepaskan perasaan dan teresak sendu.
Tangisan itu mengundang rasa pilu.
Dalam hati aku yang berjalur biru.

Itu yang kau kata cinta.
Yang memukul serta menghina.
Sejak aku kenal, kau asyik berdrama.
Kau kata, kami bahagia.
Kau kata, hidup kami ceria.
Tapi bila terbongkar, mengapa kau mahu sembunyi muka?
Biar aku temani, agar kau mampu senyum semula.

Bangun teman.
Jaga dan lihat dunia, luaskan pandangan.
Hilangnya dia bukan bermakna tirai akan kau labuhkan.
Puing rasa yang membunuh itu patut kau tinggalkan.
Darah merah yang pernah memercik itu, biarkan tinggal kesan.
Agar kau mengingati, berpaling ke sana kau menemui syaitan.
Azalinya manusia tapi nafsu menopengkan ceritera yang sangat kasihan.

Hitungan waktu semakin kelam.
Bayangan mata semakin jauh ke dalam.
Siang tidak pernah jemu menanti malam.
Apa kau mahu tunggu sehingga nyawa kau padam?
Diam.

Ayuh, aku hanya dambakan seulas senyuman.
Tentu itu mampu kau tunaikan.
Kerana kau seorang insan.

Shafaza Zara Syed
Kasur ranjang merah.
3.55 petang - 17 April 2010

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 09, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Tiada Senyuman BahagiaWhere stories live. Discover now