MISI PERTAMA BERJAYA

6.3K 296 3
                                    

Keesokan harinya,

"Assalamualaikum" Wawa memberi salam kepada mak cik nya yang tinggal di Kuala Lumpur lalu bersalaman dengan mak cik nya..

"Waalaikumussalam.. Kenapa nak?" soal mak cik nya..

Wawa menanyakan mak cik nya mengenai kambing hitam.. Setelah Wawa menceritakan mengenai sahabatnya kepada mak cik nya, akhirnya dia bersetuju untuk memberikan bantuan kepada Wawa dengan meminta darah kambing yang berwarna hitam dan meletakkan diatas 7 buah dulang yang besar..

"Terima kasih banyak-banyak mak cik.. Wawa tak tahu macam mana nak balas jasa mak cik.. Terima kasih sangat-sangat" kata Wawa yang terharu dengan pertolongan yang diberikan oleh mak cik nya..

"Sama-sama kasih.. Tak apa.. Lain kali hati-hati.. Jangan main buka sahaja buku yang kelihatan sudah usang ya?.. Kalau kamu perlukan bantuan mak cik.. Datang sahaja kesini.. Pasti mak cik akan bantu kamu"

"Baik lah mak cik... Wawa akan ikut kata mak cik.. Maaflah menyusahkan mak cik sahaja" kata Wawa

"Tidak mengapa.. Kamu hati-hati ya.. Jangan pergi ke tempat lain pula.. Terus pulang ke rumah.. Kamu tu bawa darah.. Nanti ada yang mengikut kan susah" jawab mak cik kepada Wawa

"Baiklah mak cik.. Wawa pulang dulu.. Assalamualaikum.." kata Wawa

"Waalaikumussalam.." jawab mak cik nya

"YES! MY FIRST MISSION ARE COMPLETE!!" Jerit hati kecil Wawa

Diari LamaWhere stories live. Discover now