Bunyi beep monitor denyutan jantung bergema memenuhi ruang bilik Operating Theatre (OT) nombor tiga.
Lampu pembedahan yang terang menyinari wajah Dr. Cinta Qaisara, membiaskan peluh halus di dahinya. Dengan cermat, tangan bersarung sterilnya memegang forceps, menumpukan perhatian penuh pada serpihan logam yang tersangkut kemas di sternum pesakit.
"Now, Dr. Cinta?" suara lembut Jururawat Hana memecah keheningan, menghulurkan benang jahit.
"Belum lagi, Hana. Ada satu serpihan lagi ni. Kecil tapi..." Cinta menggigit bibir, matanya mengecil. Ini kes kemalangan jalan raya, tapi serpihan ini nampak pelik, seperti sebahagian dari peluru. Hatinya terdetik, pesakit ni mungkin bukan orang biasa.
Tiba-tiba, monitor ECG mula berbunyi nyaring, grafnya melonjak ganas.
"BP drop! Nadi tak stabil, doktor!" Suara panik Hana memenuhi ruang.
"Adrenaline, sekarang! Persiapkan defibrillator! Cepat!" Arahan Cinta kedengaran tegas, nadanya berubah 180 darjah dari kelembutan biasa.
Dalam situasi genting begini, tiada ruang untuk naif. Dia seorang doktor pakar trauma, setiap saat adalah nyawa.
Di luar bilik OT, Kapten Ustaz Mikael Hazri mundar-mandir tidak keruan. Uniform hijau celorengnya kemas di badan, namun wajahnya jelas menunjukkan kerisauan.
Ini bukan kali pertama dia berhadapan situasi genting, tetapi melihat rakan seperjuangannya, Sarjan Mejar Haris, terbaring antara hidup dan mati di dalam sana, hatinya digigit rasa bersalah.
Haris terlibat dalam satu latihan di padang tembak, dan ada insiden peluru sesat. Mikael ada di lokasi kejadian.
"Sabarlah, Alpha One. Doa banyak-banyak," tegur Bravo (Leftenan Nazmi), salah seorang dari geng "Little Monkeys"nya.
Nazmi yang bersandar di dinding, menguap sambil menggosok perut. "Perut saya dah affirmative lapar ni, Ustaz. Patut kita cari sarapan dulu ke?"
Mikael menjeling tajam. "Sarjan Haris sedang bertarung nyawa, kau boleh fikir pasal nasi lemak?"
Delta (Koperal Zikri), yang sentiasa dengan senyuman playboynya, mencelah.
"Ala, Ustaz. Rezeki jangan ditolak. Lagipun Doktor Cinta tu... uhm, cun eh? Patut la steady je dari tadi."
Mikael mendengus. "Fokus pada Haris. Recon maklumat dari jururawat jaga kalau perlu. Jangan menggatal."
Di dalam OT, Cinta menarik nafas lega.
"Dah stabil. Mujur tak melarat." Dia mengambil benang jahit, memulakan proses menjahit luka dengan teliti. Operasi berjalan lancar sehingga tamat.
"Alhamdulillah," bisik Cinta. Dia menanggalkan sarung tangan, rasa lega menyelubungi.
"Okay, boleh kemaskan. Pesakit akan dipindahkan ke ICU."
Sebaik sahaja pintu OT terbuka, Mikael segera menghampiri. Matanya yang tajam menyorot pada wajah Cinta yang masih berpeluh.
"Doktor... bagaimana keadaan Sarjan Haris?" Suara Mikael kedengaran dalam, penuh kuasa. Ada sedikit nada mendesak yang membuatkan Cinta terkesima seketika.
Dia belum pernah bertemu tentera yang sebegini berkarisma, dan... ya, menyeramkan sedikit.
Cinta tersenyum nipis, cuba menenangkan debaran di dada.
"Alhamdulillah, Kapten. Pembedahan berjalan lancar. Serpihan sudah dikeluarkan. Dia stabil dan akan dipindahkan ke ICU untuk pemantauan lanjut."
Mikael mengangguk perlahan, namun pandangannya masih tidak lepas dari wajah Cinta. "Terima kasih, Doktor."
Nada suaranya mendadak lembut, kontras dengan ketegasan tadi. Ini membuatkan Cinta sedikit terpana. Ada sesuatu di sebalik mata tajam Kapten ini. Sesuatu yang... kelam.
"Sama-sama, Kapten. Itu tugas saya," jawab Cinta, cuba berlagak biasa.
Tiba-tiba, Echo (Prebet Ali), yang paling muda dalam geng Mikael, muncul di belakang Mikael. "Ustaz, affirmative laporan Sarjan Haris dah stabil. Sekarang, request nak chow breakfast boleh?"
Mikael menjeling Ali. "Tak ada chow breakfast! Standby untuk laporan penuh nanti!" Dia menoleh kembali pada Cinta.
"Err... Dr. Cinta, minta diri dulu. Ada hal yang perlu saya handle."
Cinta hanya mengangguk, sedikit geli hati dengan gelagat Kapten dan "little monkeys"nya. Dia memandang kelibat Mikael yang berlalu pergi, rasa ingin tahu memuncak. Kapten Ustaz Mikael Hazri. Ada sesuatu yang menarik tentang lelaki berseragam KAGAT ini.
YOU ARE READING
Imamku KAGAT
RomanceKapten Ustaz Mikael Hazri, seorang grey flag dari KAGAT, bergelut dengan rahsia masa lalu dan iman yang diuji di medan seragam. Dr. Cinta Qaisara pula pakar bedah trauma berhati naif, mudah terbuai dan rapuh di sebalik profesionalismenya. Pertemuan...
