TARIK, TAHAN, LEPAS
Tiupan angin pagi menusuk perlahan ke tulang, namun Eshaal Naviera hanya berdiri tegak, busur di tangan berdenyut dalam nadinya.
Dihadapannya, bulatan sasaran berdiri diam. Seolah-olah mencabar dia untuk cuba sekali lagi.
Tarik nafas.
Tahan.
Lepas.
Anak panah meluncur senyap, terus ke tepat sasaran.
Sempurna.
Tiada tepukan. Tiada sorakan.
Dan dia lebih selesa begitu.
Kerana kesunyian itu sudah lama jadi ruang selamatnya.
Sudah dua tahun berlalu sejak semuanya berubah. Dua tahun sejak dia memilih diam kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu bercerita.
Tentang kesilapan yang tak pernah selesai.
Orang liat dia sebagai pemanah yang berdisiplin. Fokus. Konsisten.
Tapi mereka tidak tahu bahawa dia bertahan bukan kerana kekuatan, tetapi kerana dia tahu jika dia goyah walaupun sekejap, dia mungkin tidak akan mampu bangkit semula.
"Lima minit lagi," suara marshal memecah sunyi
Eshaal hanya mengangguk, tanpa berpaling. Dia melangkah ke bangku kayu di tepi padang, duduk dan menyapu peluh yang tidak ada.
Bukan kerana panas, tetapi kerana tegang.
Angin bertiup lagi.
Kali ini, rasa yang hadir bukan hanya pada kulit. Ia masuk terus ke dadanya, seperti petanda yang tidak tahu datang dari mana.
Seolah-olah sesuatu akan berubah.
Atau mungkin... seseorang akan hadir.
Namun, dia menolak rasa itu sejauh mungkin.
Baginya, ruang untuk cinta sudah lama tertutup.
YOU ARE READING
Bounded
RomanceEshaal Naviera hidup dengan prinsip dan senjata di tangan. Panahnya tajam, tapi hatinya pernah patah. Dia tak cari cinta. Dia cuma mahu tenang. Namun pertemuan di satu pertandingan memanah mengubah segalanya. Caelum Virellius... lelaki yang hadir de...
