Prolog

5 1 0
                                        

     Kereta diberhentikan di tepi jalan. Kepalanya cukup serabut. Setiap hari tak lekang dari mulut orang menyoal dirinya.

     "Bila nak ada anak, Rani? Tengok si Qaisya tu. Dah ada 3 orang anak dah. Ini pun tengah mengandung anak ke 4. Ke kauorang ni tak bahagia? Kenapa kau tak bagi dia kahwin lagi je, Rani?" Soal Cik Dina. Namun, Ranisha hanya mampu tersenyum kelat. Mereka berdua pun ingin ada anak.

     Ayat itu berkeliaran di fikirannya. Tanpa dia sedar air matanya sudah gugur. Dia rehat seketika di dalam kereta yang berada di pinggir jalan. Dia tidak mahu suaminya tahu yang dia bersedih kerana tiada anak.

     Kini Ranisha sudah berasa tenang dan menyambungkan perjalanannya untuk pulang ke rumah.

     Sesampai Ranisha di rumah, dia terlambat kerana Ishaq sudah pulang terlebih dahulu. Konsep Ranisha hanya mudah. Jika dia pulang lewat tanpa memberitahu Ishaq, dia pasti akan kene marah. Jika dia pulang lebih awal daripada Ishaq, Ranisha akan menyediakan makan malam dan akan menanti kepulangan Ishaq.

     Pintu rumah di buka. Ranisha memandang wajah garang suaminya. Ranisha berjalan perlahan menghampiri Ishaq. Tanpa menunggu lama, Ranisha memeluk Ishaq.

     "Sayang, are you okay?" Soal Ishaq. Ishaq membalas pelukan itu. Ranisha yang berada di pelukan Ishaq itu mengangguk.

     Kepalanya terasa pening. Dia melepaskan pelukan. Ishaq memandang pelik ke arah Ranisha.

     Tubuhnya rebah tetapi Ishaq sempat menyambut tubuh kecil itu. Ishaq meletakkan tubuh kecil itu di sofa.

     Tubuh Ranisha terasa panas. Matanya yang sembab itu di tengung lama.

     "Siapa yang sakitkan hati awak ni, sayang? Abang ke yang buat sayang sakit hati?" Soal Ishaq sambil mengusap lembut kepala isterinya. Pin dan peniti di lepas dari tudung. Tudung dan anak tudung juga di lepaskan untuk membiarkan kepala Ranisha terkena angin.

     "ARGH!" Jerit Ranisha yang terjaga dari lenanya. Dia terus duduk. Tubuhnya berpeluh. Tangannya menggigil.

     Tangisan di lepaskan dengan perlahan. Dia tak mahu suaminya terjaga kerana dia.

     Ranisha berjalan menghampiri biliknya ataupun Ishaq lebih memanggil dengan 'bilik bacaan'. Isterinya itu suka membaca dan melakukan hal sendiri.

     Ranisha baring di sofa itu. Bantal yang dia bawa dari biliknya itu di peluk erat. Air matanya mengalir laju.

     "S-sayang minta maaf.. sayang tak mampu beri abang zuriat.." Bisik Ranisha perlahan. Air matanya diseka.

     Ranisha bimbang dengan keadaan mereka sekarang. Mereka sudah hampir 3 tahun bernikah tetapi tidak dikurniakan seorang zuriat.

     Tangannya tidak berhenti menggigil. Ranisha keluar dari biliknya dan berjalan menuruni tangga untuk ke dapur.

      Ranisha ingin mengambil gelas dan mengisi air. Gelas yang sudah di isi air itu di letakkan di atas kabinet dapur.

     Ubatnya di ambil. Ubat itu juga di letakkan di kabinet dapur. Ranisha ingin mengambil gelas yang berisi air itu tetapi tidak kesampaian. Gelas itu jatuh kerana tangannya sedang menggigil hebat.

     Ishaq terus turun ke bawah untuk melihat keadaan di dapur. Ishaq melihat serpihan kaca dan air di lantai. Ranisha memandang Ishaq.

     Ishaq melihat tangan Ranisha yang tidak berhenti menggigil itu terus di peluk.

     Ranisha cuba untuk lepas dari pelukan itu tetapi dia kalah. Ishaq memeluk Ranisha dengan erat. Serpihan kaca di lantai itu dibiarkan.

     Kini tangan Ranisha sudah berhenti menggigil. Dia terasa badannya lemah.

     Ishaq mendukung Ranisha dan diletakkan tubuh kecil itu di atas sofa ruang tamu yang tidak jauh daripada dapur.

     Ishaq berjalan ke dapur dan mengemas serpihan kaca di lantai. Tidak lupa juga untuk mengemop lantai yang sedang basah itu.

Andai Ini Semua Hanya Mimpi (On going)Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora