Tahun: 1989
Lokasi: Pangkalan Rahsia NSA, Alps Selatan
Operasi: PHANTOM GATE
Salji menutupi lereng gunung Alps, tebal dan membisu.
Dari luar, tiada siapa menjangka bahawa di bawah lapisan ais dan batu, tersorok sebuah pangkalan rahsia markas paling sulit milik NSA (National Shadow Agency.)
Di ruang kawalan utama yang diterangi oleh skrin holografik, tiga lelaki berdiri di hadapan terminal utama.
Wajah mereka tegang, tubuh mereka dibalut uniform taktikal gelap yang sudah lekat dengan peluh dan debu misi terdahulu.
“Pengesahan tahap alpha. Sistem Phantom Gate bersedia untuk diaktifkan.”
“Perhatian semua unit: eksperimen interdimensi akan dimulakan dalam masa 10 minit.”
Rafael Montavero, ketua pasukan seorang lelaki Itali dengan mata dingin dan suara berat memandang dua rakannya.
Wajahnya keras seperti granit, tapi jauh di mata dia tahu... apa yang akan mereka lakukan malam ini bukan sekadar misi. Ia sempadan antara kemanusiaan dan bencana.
Rezal Ilhan, penyiasat elit NSA yang penuh misteri. Sering bertindak solo, tapi malam ini dia di sini atas kehendaknya sendiri.
Sesuatu dalam gerbang itu... memanggilnya.
Seakan suara dari masa lalu yang dia tak pernah faham, tapi tak mampu abaikan.
Dan Rayven Alester, teknikal pakar sistem dan taktikal.
Termuda dalam trio ini, tapi ketangkasan dan nalurinya menjadikan dia antara yang terbaik.
Kalau Rafael ialah otak pasukan, dan Rezal ialah senjata, maka Rayven adalah jantungnya penghubung mereka.
“Kenapa kita masih teruskan projek ni?”
Rayven bersuara perlahan, melihat pintu besar yang bergetar perlahan di hadapan mereka seperti sedang menahan sesuatu dari dunia lain.
“Gerbang ni bukan untuk manusia. Apa yang ada di seberang sana... kita tak tahu.”
Rafael menjawab tanpa menoleh,
“Sebab kita dah melangkah terlalu jauh. Kalau kita berhenti sekarang, semua korban takkan bermakna.”
“Lagipun, misi kita bukan untuk tahu… tapi untuk kawal.”
Skrin berkelip. Kod keselamatan dimasukkan. Bunyi ‘click’ mekanikal kedengaran dari pintu gerbang.
Cahaya ungu gelap mula merebak di sekelilingnya.
Phantom Gate kini hidup.
“Pasukan Alpha, anda ada 30 minit. Sistem akan tutup secara automatik selepas itu. Jika terperangkap… tiada bantuan akan datang.”
Rezal pandang ke dalam pusaran cahaya. Nafasnya berat, tapi langkahnya tetap.
“Apa pun yang ada di sana… kita akan hadap sama-sama.”
Mereka bertiga melangkah masuk serentak.
Dan semuanya berubah.
Di sebalik gerbang, mereka tiba di satu ruang asing seperti runtuhan zaman purba bercampur teknologi tinggi.
Udara berdesir, dipenuhi gema suara yang bukan dari makhluk hidup. Struktur tergantung di udara, simbol-simbol bercahaya pada dinding yang menukar bentuk setiap kali dipandang.
Rayven pegang alat pengimbas.
“Rafael… medan tenaga di sini tak stabil. Macam-”
Tiba-tiba tanah bergetar. Lantai retak. Simbol-simbol bersinar terang.
YOU ARE READING
Veiled in Shadows
Mystery / ThrillerVeiled in Shadows Kadangkala, cinta itu datang dalam bentuk perlindungan yang tak pernah kita duga. Evelyn Lunara tidak pernah menyangka bahawa perkahwinannya yang diatur keluarga itu akan menjadi titik tolak kepada hidup yang penuh rahsia dan teka...
