"What?! mommy dan along nak jodohkan I dengan mamat tu? Are you kidding me?" Angelina masih tidak percaya dengan apa yang dia dengari dari mereka berdua.
"Kita orang tak bergurau pun. Mommy yang beria-ria nak jodohkan kau, Along ikut je," tenang sahaja abangnya berkata-kata.
"Haah, mommy yang nak. Lagipun dia helok je...rupa pun ada, hensem. Kaya pulak tu. Siapa je tak nak kan?" kata mommynya dengan selamba.
Angelina tercengang. Biar betul mommynya ini? "Mommy....I tak nak lah kahwin dengan mamat tu! He is not my taste! lantak lah dia hensem ke tak, It still no," bantah Angelina dengan wajah masam.
Mommy menjeling tajam. "Nak tak nak kamu kena kahwin jugak, sebab mommy dah bagitahu family dia," ujar Puan Hayati membuatkan Angelina terkejut.
"What?! apa ni mommy...Why didn't you ask me first? You really like controlling my life." Angelina sudah penat dengan mommynya. Boleh pulak pergi jumpa dengan family mamat tu tanpa tanya aku dulu? "Sebab kamu tu perempuan. Mommy ada hak untuk control hidup kau. Umur macam ni elok lah kamu kahwin," datar sahaja suara ibunya.
Angelina menggeleng laju. "Tak nak! kenapa mommy tak suruh je Along kahwin? lagipun dia dah 30, I baru 21." Angelina masih tidak putus asa untuk bantah.
Puan Hayati berdecit perlahan. "Kamu ikut je lah! Along kamu tu nak spend time masa mud-"
"Muda? mommy! along tu dah tua tahu tak?! along yang sepatutnya kahwin dulu bukannya I. Mommy takde hak nak control hidup I. I also want to spend time with my younger self. Not just my brother,"
"Kamu jangan kurang ajar eh!"
"Angelina! jaga kata-kata kau dengan mommy," kata abangnya dengan nada tegas.
"Ergh! korang semua langsung tak faham perasaan I!" Angelina terus bangun dan berlari masuk bilik.
BAM!
"Ha! buat lah macam tu! mommy pecahkan pintu tu baru tahu! kahwin je pun."
Daniel menggelengkan kepala. Pening dengan sikap adiknya. Apa kurangnya Danish sampaikan adiknya tak mahu? "Sabar lah mommy...nanti adik setuju lah tu, mungkin dia terkejut?"
Puan Hayati menggeleng perlahan. "Terkejut lah sangat. Dengan kurang ajarnya, mommy bukan apa...mommy nak yang terbaik untuk dia. Apa yang kurang pada Daniel tu? hensem, kaya...semua ada pada dia, kenapa dia masih tak nak?"
Daniel menghela nafas kecil. "Takpe lah mommy...nanti Along cuba cakap dengan dia okay?" pujuk Danish sambil mengusap lembut tangan ibunya.
Puan Hayati malas mahu melayan jadi dia mengangguk sahaja.
Tanpa mereka sedar Angelina mendengar semuanya dari biliknya. Tergamak mereka buat aku macam tu..."Aku ni ada perasaan tahu tak? aku pun nak bahagia..." Angelina berjalan perlahan ke katilnya. Dia melihat ke luar tingkap, Daniel tiada kurang pada matanya tetapi satu sahaja. Kaki perempuan.
Ya. Dia hensem, kaya tapi macam mana dia nak setuju kalau Daniel tu kaki perempuan? depan ibunya bukan kemain alim tapi di belakang...
"Argh! benci!"
YOU ARE READING
IN EDITED | Cinta Semestinya WUJUD S1
RomanceRaviel Aziel x Angelina Adreanna Semua yang berlaku secara tiba-tiba membuatkan Angelina menjadi buntu. Dia enggan menerima penjodohan keluarganya tersebut jadi pilihannya hanya satu. Melarikan diri. Semasa melarikan diri, pertemuan tanpa sengaja a...
