Prolog - unreal beginnings

16 2 0
                                        

Malam itu terasa sunyi. Semua kata-kata jelik, hinaan, dan pandangan hina yang pernah dia terima bermain dalam fikirannya sekali gus, menolak lelaki itu ke jurang. Tangan lelaki itu memegang erat botol ubat yang bakal beri ketenangan yang kekal.

Dari malam yang lain, malam itu terasa lebih sunyi dan perih. Malam di mana lelaki itu ingin mengambil nyawanya sendiri setelah lama bertahan. Dia tak mampu lagi.

Botol ubat diletak di sisi katil lalu sebuah buku dan sebatang pen dicapai. Dia suka menulis, menumpahkan segalanya pada sehelai kertas. Tapi, saat ini... tangan yang memegang pen itu terasa berat untuk digerakkan. Mungkin kerana kali ini, dia tidak lagi menulis tentang hari-harinya. Tapi, menulis sebuah nota menandakan dia membuat keputusan untuk membunuh diri.

Setelah lelaki itu lama menatap kertas kosong itu, fikirannya berubah. Dia tak menulis nota bunuh diri, tapi sebuah adegan ringkas.

"A boy stands on a bridge, and no one notices him.
The world bellow waits like an open mouth.
But as he falls-
The sky splits open.
Time pauses.
And the world begins to obey him."

Tatkala dia selesai, beberapa biji pil itu ditelan lalu dia menutup matanya tatkala kesan dari pil itu mula terasa. Malam itu, pil-pil itu mengambil nyawanya.

----

Lelaki itu mengerutkan kening tatkala dia sedar dari lenanya, siling biliknya ditatap bagai hendak tembus. Ini... tak mungkin terjadi, bukan? Dia tidak tersalah makan vitamin semalam, kan? Dengan pantas dia bangkit dari katil, memandang ke sekeliling biliknya dengan hairan. Baju yang dia pakai sama seperti semalam...

Lelaki itu meraup kasar wajahnya dan saat itulah dia sedar tangannya basah. Basah dengan dakwat pen. Dia bergegas ke bilik air lalu membersihkannya, fikiran pula kacau. Tangannya disental kasar beberapa kali.

Seingat dia, pil-pil itu boleh membawa kematian jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Masih terasa kesan saat pil itu mula memberi kesan semalam. Dia sudah ambil dengan kuantiti yang banyak!

Tapi, hari ini? Adakah ini mimpi? Atau dia sudah berada di neraka?

Lelaki itu pantas berlari keluar, melihat ke luar jendela. Masih sama, rumah flat yang selalu menyapa kesedihannya. Rumahnya masih di tingkat 5, ketinggian yang selalu memprovok dirinya untuk terjun.

"Lucien, fokus!" Lelaki itu mengetuk kepalanya berkali-kali.

"Mysterious Crack in the sky appears over city bridge!" Suara dari televisyen itu menarik perhatian lelaki itu, suara pembaca berita.

"Trafic Suspended, time-lapse camera shows one missing frame."

Lelaki itu mendekat ke arah televisyen miliknya, dahi berkerut seribu. Semuanya... tidak asing dengan apa yang dia tulis semalam! Apakah ini? Adakah dia benar-benar di neraka? atau syurga?

"Like time paused!" Salah seorang saksi pula bercakap, meyakinkan lelaki itu lagi tentang tanggapannya.

"Aku... aku tulis semua tu. Aku tulis!" satu senyuman mula menghiasi wajah lelaki itu sambil dia ketawa sehabisnya.

Notes on a Dead World Where stories live. Discover now