Syafiqah baru saja melangkah ke alam sekolah menengah, membawa impian dan harapan baru. Dia kini berada di sekolah asrama yang telah menjadi pilihannya. Kehidupan di asrama sangat berbeza berbanding di sekolah rendah. Setiap hari, dia menjalani rutin yang padat – belajar, makan, bersukan, dan bergaul dengan rakan-rakan baru. Untuk makluman, Syafiqah bersekolah dia sekolah agama yang tiada sekali pergaulan antara lain jantina. Kelas dan juga apa sahaja program yang dijalankan tidak akan bercampur.
Selepas berbulan Syafiqah bersekolah di situ...
Pada suatu hari, Syafiqah menjalani kehidupan seharian di asrama seperti biasa. Tiba-tiba dia dapat berita bahawa sekolahnya akan mengadakan pemilihan kepimpinan yang baharu untuk tahun hadapan. Setiap murid perlu mengundi pelajar tingkatan empat perempuan yang akan menjadi ketua pelajar pada tahun hadapan. Syafiqah berasa teruja apabila mendengar berita itu.
Hari untuk mengumumkan keputusan itu telah tiba. Syafiqah bersama rakan-rakannya duduk di dalam dewan untuk menunggu keputusan itu. Guru akan mengumumkan Ketua Pelajar bagi lelaki dahulu. Syafiqah hanya beriak biasa tanpa ada rasa apapun.
"Ketua Pelajar pada tahun hadapan akan disandang oleh... Muhammad Nasrul!" umum guru dan diraikan dengan tepukan dari pelajar lelaki.
Apabila mendengar nama itu hati Syafiqah rasa sesuatu. Sesuatu perasaan yang dia tidak mahu ia hadir di alam menengah ini.
Selesai sahaja program itu, pelajar diarah untuk masuk ke kelas dan melakukan sesi pembelajaran seperti biasa. Tetapi nama itu masih terngiang-ngiang di dalam fikiran Syafiqah.
YOU ARE READING
The Silent Crush
Teen FictionCerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Syafiqah yang menyukai seseorang di dalam diam tanpa sengaja. Kisah ini hanya sekadar untuk meluah perasaan yang terbuku di dalam hati.
