Prolog

82 6 2
                                        

Khaleesya Sofea mengetuk dahinya dengan pen berulang kali. Kepalanya ditundukkan sedikit sambil matanya terpejam rapat. Sesekali dia melepaskan keluhan.

Banyak pula kerja yang bersusun dalam senarai 'to-do'. Semuanya urgent pula tu! Serabut betul!

"Tulah kau.. Aku suruh kahwin kau tak nak kahwin-" Dahi Khaleesya berkerut. Matanya terus mencerlung kearah datangnya suara sumbang tadi.

Akmal, meja sebelah hanya senyum hambar. Tahu yang dia tersilap timing untuk cakap mengenai topik itu.

"Hehe.. Sorry.. Sorry" kata Akmal, sambil sengih macam kerang busuk. Risau ada yang mengamuk pula nanti!

"Mana kau tau yang kahwin tu akan selesaikan masalah aku? Kalau aku ada banyak kerja yang kena buat dekat ofis ni bukannya suami aku boleh tolong pun. Sama je kal-"

"Tapi dia boleh tolong dari segi menafkahi kau dan convert kau jadi housewife" balas Akmal sambil angkat kening. Tak beri peluang untuk Khaleesya habiskan bicaranya tadi.

"Ah.. Tak berminatlah aku. Itu kalau dapat lelaki kaya.. Kalau dapat yang miskin-"

"Sorry kacau you guys" satu suara asing itu memotong perbualan mereka.

"Do you guys want latte? We happen to have extra from the previous meeting." Ujar suara itu lagi.  Serentak, Khaleesya dan Akmal memandang ke arah si pemilik suara yang sedang berdiri diantara cubicle dia dan Akmal.

Khaleesya sempat menilik lelaki itu seketika. Lengkap dengan pakaian formal dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Siap bertali leher lagi. Seingat dia sepanjang enam bulan dia di ofis, macam tak pernah lagi dia nampak lelaki ini disini.

Tersedar yang dia telah 'usha' lelaki itu berlebihan, terus dia berdehem kecil. Betulkan suara.

"Er, thanks.. But I'm good" Khaleesya menjawab sambil cuba untuk kembali fokus pada kerja.

"Aku nak satu" kata Akmal sambil menyambut huluran lelaki itu.

"I'm Ian, by the way. From the department upstairs. Strategic Partnership" Khaleesya hanya membalas dengan anggukan kecil.

"Akmal. Kau panggil aku Mal je. Aku jaga bahagian Talent Development, under HR" Akmal menghulur tangan, dan huluran itu disambut baik oleh Ian.

"Nice to meet you Akmal.. So kalau aku nak ambil intern, aku perlu liase dengan siapa ya? Team aku perlukan intern agak urgent sekarang sebab deparment kami tengah short handed. Ada project yang nak go live by quarter 2 ni.. So perlukan bantuan tambahan untuk tolong apa yang patut" terang Ian dan dengan pantas, jari telunjuk Akmal ditunding ke arah Khaleesya yang setia mendengar perbualan mereka tadi.

"Currently kita tak ada executive yang manage intern matters. Untuk sementara waktu, you can liase with Khaleesya. Dia akan cover this task sementara tunggu executive baru masuk. Kalau ada apa-apa nak tanya tentang intern, boleh directly tanya pada dia"

Seakan baru tersedar yang Khaleesya juga wujud disitu, terus Ian ketawa kecil.

"Oh, sorry.. I tak bagi you peluang untuk introduce nama tadi. Khaleesya... nice to meet you,"

Khaleesya cuma membalas dengan senyum hambar, agak kekok. Kekok bukan sebab kagum atau terpikat—tetapi lebih kepada situasi yang tiba-tiba berubah jadi sesi formal tanpa persediaan. Dia cepat-cepat alihkan matanya semula ke skrin komputer

"Nice to meet you too," balasnya sepatah. Tangannya terus ligat kembali menaip, walau otaknya sedikit terganggu dengan perubahan suasana itu.

"Kalau begitu, Khaleesya, mungkin I boleh contact you through email untuk proses ambil intern tu?" soal Ian dengan nada yang tenang. Tidak terlalu mesra, tapi juga tidak kasar.

Khaleesya mengangguk tanpa menoleh. "Ya. Boleh email saya terus. Saya akan reply dengan form dan senarai calon available. Just share with me the requirements and the job description. Nanti saya buat screening berdasarkan kriteria yang team awak perlukan" terang Khaleesya panjang lebar. "Kalau ada soalan atau perlukan pencerahan boleh ping je saya di Teams"

"Alright. Thank you." Ian angguk sedikit, seperti gesture yang sudah biasa dia lakukan dalam dunia profesional. Tanpa menunggu lama, dia terus berlalu pergi.

Khaleesya perhatikan jejaknya seketika sebelum kembali kepada skrinnya. Tak lama, dia mengeluh kecil. Ini bakal menambah satu lagi item dalam senarai kerja dia yang sedia banyak tadi!

Akmal menjeling dari sisi. "Okay... yang tu nampak macam jenis strict. Macam tak suka small talk sangat. Nak borak lebih-lebih takut dia tak layan.." Dia jeda seketika. "Tapi helok noks" suaranya bertukar seperti Sajat pula. Khaleesya juih bibir.

"Baguslah jenis yang macamtu.. Lepastu terus straight to the point dia nak apa dari kita. Tak ada berbasa basi segala.. Tak payah aku serabut kepala nak fikir lebih-lebih."

Akmal ketawa kecil, "Khaleesya.. Tak nak try dia ke? Bukan ke kau kata kau nak tamatkan zaman bujang kau dalam tahun ni? Tu ha calon dah ada"

Khaleesya tidak menjawab. Dia cuma buat muka jijik, cukup jelas menjawab soalan Akmal tadi. Baginya, selagi tiada siapa yang peduli atau benar-benar mahu kenal dia lebih dari sekadar tugas—baik dia kekalkan semuanya dalam ruang profesional.

Dan Ian... hanyalah satu nama baharu dalam senarai kerja. Itu saja.

Ping!

Notifikasi dari Microsoft Teams Khaleesya berbunyi, menandakan ada mesej baru diterima.

Ian Hakimi – Strategic Partnership
Hi. As spoken earlier, I need two interns for my team – preferably with strong communication & data analytics skills. Can you prepare me a list by end of the day?

Dia pandang skrin tanpa berkelip. Kemudian memandang jam di skrin telefon bimbit.

6.15 petang.

"Dia ni biar betul? Sekarang dah pukul 6 kot? Kalau nak list tu by harini juga, habis aku nak balik rumah pukul berapa? Nak aku tidur dekat ofis ni ke semata-mata nak siapkan kerja dia?" gumamnya perlahan.

Khaleesya Sofea – HR
Noted. I'll check the pool of shortlisted candidates and get back to you by today.

"Aku kena stayback lah Mal.. Dia nak listing tu harini juga" Akmal yang tadinya sudah mulai mengemas barang-barang itu terus memandang kearahnya.

"Alamak beb aku tak dapat nak teman kau.. Mak aku dah on the way datang sini dari Kedah.. Aku kena pickup dia dari TBS kejap lagi"

Lampu di aras itu sudah padam semua tatkala jam tepat menunjukkan pukul 6.30 petang. Hanya lampu meja dan cahaya skrin laptop menjadi peneman Khaleesya ketika itu.

Fokusnya terganggu tatkala telinganya menangkap bunyi beep halus— kad akses discan, diikuti bunyi pintu utama ditolak dari luar. Langkah seseorang memasuki ruang pejabat yang sudah mula sunyi itu kedengaran. Dia yakin hanya dia seorang saja yang ada di aras ini pada waktu begini. Siapa pula yang masuk tadi pada pukul 7.45 malam?

Peluh tipis mulai muncul. Dia mulai rasa seram sejuk. Jantungnya laju berdegup. Tak pasti apa yang dia patut lakukan sekarang.

Macam mana kalau tu adalah gangguan hantu? Yang macam Akmal selalu cerita kepadanya tu?

Dek kerana terlampau takut, matanya terus berair. Ya, dia menangis. Menangis ketakutan. Kalau ditakdirkan dia terjumpa dengan hantu pada malam itu, dia pasrah!

"Eh you tak balik lagi Khaleesya?" Tegur suara yang familiar pada telinganya. Terus, dia angkat muka.

Ian menapak ke arah cubiclenya. Khaleesya hela nafas lega. Air mata cepat-cepat diseka. Sumpah, hanya tuhan saja yang tahu betapa leganya hati dia ketika itu!

"I rasa I ada tertinggal pen dekat meja Akmal tadi.. You ada nampak tak?"

Tanpa CintaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant