Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

BAB 1

7 0 0
                                        

---

Bunyi telefon milik gadis bernama Helena Sofea itu sudah berdering sejak dua minit yang lalu. Namun, gadis itu masih liat melayan tidur yang dibuai mimpinya.

Haih, sungguh nyaring bunyi telefonnya, tetapi Helena tetap bangun lewat pagi itu. Selalunya, dialah manusia yang paling awal bangun setiap hari. Entah mengapa, hari ini dia boleh pula terlajak tidur. Sudahlah sudah lewat hendak ke tempat kerja, dia masih sempat menyambung lena seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Hoii! Anak dara sorang ni tak nak bangun ke?" jerit kakaknya, Hanessa, yang hanya beberapa tahun lebih tua daripadanya.

"Kejaplah! Lima minit lagi..." sahut Helena dengan nada bingit, suaranya tenggelam di bawah selimut.

Jam di skrin telefon sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia sebenarnya telah lewat ke tempat kerja sejak 20 minit yang lalu. Sepatutnya, dia sudah pun berada di pejabat pada pukul 8:10 pagi.

Beberapa minit selepas itu, barulah Helena membuka matanya.
"Shit! I'm already 20 minutes late..." jeritnya sambil menepuk dahi. Gadis itu segera bangun dan bersiap sepantas kilat untuk ke tempat kerja.

---

Apabila tiba di pejabat, tubuhnya kelihatan tergesa-gesa berlari masuk ke dalam bangunan megah itu.

"Eh, jarang-jarang kau lewat masuk kerja ni, Helena," tegur Cik Mawarti, rakan sekerjanya yang telah bekerja bersamanya selama beberapa tahun.

"Aku terlepas pandang alarm fon aku. Ugh, life sucks man," keluh Helena sambil menghembus nafas panjang. Cik Mawarti hanya tersengih, sudah lali dengan perangai Helena yang jarang mengeluh.

Helena merupakan seorang akauntan yang telah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat audit bernama Audit Firm, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

---

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Helena sibuk mengetik papan kekunci di mejanya.

"Sikit je lagi... anddd... done!" katanya sambil mengangkat tangan ke udara, puas hati setelah berjaya menyiapkan tugasnya. Beginilah rutin hariannya sepanjang tiga tahun sebagai akauntan di pejabat itu.

"Jom pergi grab lunch dekat kafe yang baru buka tu, nak?" ajak Cik Mawarti kepada Helena, yang ketika itu sedang memandu kereta Myvi kesayangannya.

Helena memang jenis yang suka hidup sederhana. Baginya, kehidupan yang dimilikinya sekarang sudah cukup membahagiakan.

---

Setibanya di kafe, mereka berdua pun melangkah masuk. Kafe tersebut bertemakan haiwan comel yang kini menjadi kegilaan ramai remaja—Capybara.

Helena sendiri hairan mengapa haiwan itu tiba-tiba menjadi trend. Mungkin sebab nampak cute kut? fikirnya dalam hati.

Setelah membuat pesanan, mereka melabuhkan punggung di meja berhampiran kaunter. Memandangkan kafe itu menggunakan konsep layan diri, mereka sengaja memilih meja berdekatan supaya tidak perlu berjalan jauh untuk mengambil makanan nanti.

Bunyi loceng pesanan pun berbunyi—menandakan makanan mereka telah siap. Helena pun bangun perlahan-lahan untuk mengambil pesanan.

Namun, dalam perjalanan pulang ke mejanya, Helena secara tidak sengaja terlanggar bahu seorang jejaka yang manis dan lebih tinggi daripadanya. Lelaki itu segera meminta maaf.

"Ya Allah, maaf cik! Saya tak perasan tadi," ucap jejaka itu dengan wajah sedikit cemas.
"Kalau cik tak keberatan, saya boleh tolong bayarkan makanan cik tadi. Tak apa, saya belanja," sambungnya, masih kelihatan gelisah.

"Eh, takpe, takpe. Saya okay. Makanan ni tertumpah sikit je," balas Helena sambil tersenyum kecil.

Kelihatan sos Spaghetti Carbonara terkena pada bajunya yang masih baru itu.
Aduh, macam mana ni? Dahlah baju ni baru beli... bisik Helena dalam hati. Yelah, baju itu baru saja dibelikan oleh ibunya yang tinggal jauh darinya. Kini, baju itu sudah ‘musnah’ akibat tumpahan tadi.

---

Sewaktu ingin membayar, Helena menghulurkan kad kreditnya di kaunter pembayaran.

"Total berapa ye?" soal Helena kepada pelayan di hadapan.

"Eh, takpe cik. Makanan tadi dah ada orang bayarkan," balas pelayan itu sambil tersenyum.

Siapa eh yang bayarkan? Mamat tadi tu ke? Helena berfikir panjang.
Hmm, rezeki lah ni. Alhamdulillah, bisiknya sambil tersenyum kecil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21, 2025 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bunga Senja | OngoingStories to obsess over. Discover now