Bab 1: Suara dalam Kabus

216 61 3
                                        


Nanti nk baca bab 42 sila scroll ke bawah tau sbb bab 42 kt situ !!



Malam turun perlahan-lahan, membawa kegelapan yang menutupi segala-galanya. Di sebalik tingkap kaca yang tinggi , Arabella duduk bersendirian , menghadap ke luar kota yang disinari lampu neon yang berkelip .
Dunia moden ini bising dan tidak pernah berhenti , tetapi di dalam apartmennya yang sunyi , masa seolah-olah berhenti .

Skrin holografik yang terapung di hadapannya memaparkan graf-graf yang bergerak , statistik , dan bacaan gelombang tidur
Segala-galanya kelihatan seperti rutin harian yang biasa di Lucidia Labs mereka , tempat dia bekerja . Namun malam ini tidak seperti biasanya , tiada data tentang subjek lain di atas skrin tetapi yang muncul hanyalah nama miliknya sendiri

> Subjek 03
Fasa Mimpi: Ketidaksedaran Tahap Tinggi
Nota Emosi: "...mengalami getaran emosi yang tidak dikenalpasti . Tangisan tanpa sebab pada pukul 3:41 AM."

Arabella yang sedang memandang bacaan itu , matanya tajam menganalisis setiap perkataan , tetapi ada satu perkara yang jelas - dia tidak pernah sekalipun menulis nota itu. Ini bukanlah nota yang dicatatkan oleh dirinya. Sistem itu sendiri yang merekodkan sesuatu yang tidak difahaminya. Tangisan itu ? Siapa yang menangis pada waktu yang sama setiap malam? Atau lebih tepat lagi, siapa yang menangis dalam mimpi itu?

Mimpi yang selalu datang dalam tidurnya,
mimpi yang tidak pernah berubah.

Kabus tebal. Bunga violet yang layu di tanah berbatu menjadi saksi dimana suara yang memanggilnya dari kejauhan dalam bahasa yang aneh dan lama , tapi ia seperti bahasa yang pernah dikenalinya , namun tidak mampu dia terjemahkan.

"Asterielle..." Suara itu terus memanggilnya dengan lembut, tetapi menggetarkan.
Di dunia yang serba moden ini, nama itu seperti tiada makna, tetapi dalam mimpinya, ia seperti sebuah peringatan yang tertinggal . Di tempat yang lain , dalam dunia yang lain - dunia yang jauh lebih tua , lebih misterius - nama itu adalah identiti yang hilang.

> "El tiempo se acaba, Asterielle. Debes regresar..." (Masa semakin hampir, Asterielle. Kau harus kembali.)

Arabella terkejut . Bahasa itu - Sepanyol, bahasa yang dia tak pernah pelajari secara formal akan tetapi tetap terasa seolah-olah dia memahaminya . Setiap perkataan yang keluar dari suara itu terasa sangat akrab, seolah-olah ia adalah sebahagian daripada dirinya yang terlupakan.

Arabella tidak pernah tahu siapa dirinya sepenuhnya. Dia bukan anak kandung atau anak angkat mana-mana keluarga. Dia hanya dibesarkan oleh sistem penjagaan negara , dirinya dihantar dari pusat ke pusat, tidak pernah ada tempat yang benar-benar dia anggap sebagai rumah. Namun ada sesuatu yang lebih dalam dalam dirinya - sebuah kekosongan yang tidak dapat diisi, seolah dirinya bukan berasal dari dunia ini . Suatu rasa yang seolah-olah dia bukan sebahagian dari kehidupan yang mengelilinginya disini .

Dunia ini terasa sangat asing baginya, terlalu berisik , penuh dengan kemajuan teknologi dan kehidupan yang bersifat sementara . Dan setiap malam, hanya satu perkara yang muncul dalam benaknya iaitu - keinginan untuk kembali semula ke suatu tempat yang tidak pernah dia tahu kewujudannya , tempat yang dia rasa seolah-olah dia pernah ada dan hidup di sana.

Dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang mimpi itu. Tentang suara itu. Tentang nama itu. Malah, di Lucidia Labs, dia dianggap sebagai pakar dalam kajian "lucid simulation paradox" - iaitu sebuah fenomena di mana mimpi bukan hanya sekadar ilusi , tetapi dapat membentuk realiti yang lebih kuat daripada dunia sebenar . Tapi kebenarannya dirinya sendiri yang dijadikan kajian kepada teori tersebut.

"Pelik mimpi malam tadi?" suara dari belakang menarik perhatian Arabella

Idhrel , rakan sekerja dan sahabat yang telah lama bekerja bersamanya , duduk tidak jauh darinya. Nadanya santai, tetapi matanya yang tajam seolah-olah mengetahui lebih daripada apa yang dia katakan . Seperti selalu, Arabella hanya menggelengkan kepala dan memberikan senyuman yang tipis

"Tak ada apa-apa pun," jawabnya, suaranya tenang, walaupun dalam hatinya, sesuatu yang lebih besar sedang bergolak

Malam itu, ketika dia kembali ke rumah dan cuba untuk tidur, satu perkara yang dia tidak jangka berlaku. Suara yang telah lama menjadi sebahagian dari mimpinya itu , datang lagi. Bukan dalam mimpi , tetapi dalam keheningan yang nyata.

> "Ingatkan aku... sebelum semuanya terlambat."

Suara itu! Sebentar, Arabella merasakan dirinya terjaga dari lena yang dalam. Jantungnya tiba ii laju seperti dia berada di tempat itu..

> "Ven... ven a mí... antes de que se acabe..." (Datang... datang padaku... sebelum semuanya berakhir...)

Dia tidak tahu kenapa, tapi jantungnya tidak lagi menjadi miliknya . Ia tertinggal di suatu tempat yang jauh dan tidak dapat dia capai. Seperti sesuatu yang terlepas, sesuatu yang belum selesai. Dan sejak itu, dia tahu - hidupnya tidak akan sama lagi

THE WHISPERS OF ELVALEN [COMPLETE]Stories to obsess over. Discover now