S A T U | Mamat Biadap

47 1 0
                                        

LANGKAH kaki gadis ayu itu mula melangkah masuk ke dalam cafe kecil yang menjadi tempat mencari punca rezeki sang gadis.

Dia memakai baju kemeja bersaiz besar berwarna khaki dan seluar palazo berwarna hitam dipadankan pula dengan tudung berwarna hitam bidang 55 menambahkan lagi kemanisan wajah gadis berketinggian 163 cm itu.

"Assalammualaikum, good morning!" tegur gadis itu kepada dua orang gadis lagi. Dua-dua orang gadis itu tersenyum nipis memandang gadis yang ceria di pagi hari ini, masing-masing menjawab salam yang telah dilontarkan gadis itu tadi.

"Good morning Zahra, happy nampak?" tegur Puteri Umairah; Manager Ratna Cafè. Senyuman di bibirnya masih mekar, wajah mulus Zahra Alisya dipandang lama.

"Of course!" jawab Zahra Alisya bahagia, dia tersenyum sehingga kelihatan barisan giginya yang cantik tersusun. Puteri Umairah hanya menggelengkan kepalanya melihat karenah gadis bahagia itu.

"Today is my birthday so happy birthday to me!" terang Zahra ringkas sambil mengusap-usap kepalanya yang dilitupi oleh tudung bawal berwarna hitam itu. Pecah tawa dua orang gadis di hadapan Zahra itu.

"Happy birthday Zahra, tapi sekarang ni dah pukul 9:20 pagi. Kita ada 40 minit lagi sebelum nak buka cafe. Kek dekat kitchen tak ambil lagi" kata Puteri Umairah tenang, tahu sangat dengan Zahra yang mudah leka dengan beberapa perkara.

"Ya Allah, saya terlupa!" balas Zahra lalu kakinya berlari ke arah dapur cafe, Puteri Umairah sudah kenal sangat dengan gadis itu. Mudah lupa itu adalah perkara biasa baginya.

"Kenapa kak?" tanya Mawar pelik apabila melihat Zahra yang kelam kabut berlari ke dapur cafe. Puteri memandang gadis itu pelik, setahunya Mawar dari tadi tercegat dekat situ tetapi gadis itu masih bertanya soalan yang seolah-olah dia tidak wujud di cafe ini sebentar tadi.

"Zahra kan, macam tak kenal dia macam mana?" tenang sahaja dia menjawab persoalan Mawar, walaupun bukanlah jawapan yang dijawab tetapi dia pasti pekerjanya itu dapat menjawab persoalan sebentar tadi.

•••

"One iced mocha and a piece of this cake" terang jejaka kacak di hadapan aku. Jari telunjuknya menujukkan kek Red Velvet di luar kaca. Aku hanya mengangguk mendengar arahan yang dilontarkan. Jari aku lantas menekan mesin pengira.

"RM 18.80," kata aku sopan, terus dia mengeluarkan wang kertas dua keping wang kertas bernilai RM 10 dan memberi kepada aku. Wang tersebut diambil, tidak lama kemudian baki RM1.20 aku hulur kepadanya.

"Keep the change" katanya dingin, langkah kakinya terus ke meja kecil di hujung cafe. Aku memandangnya geram.

'Senyum la sikit itu pun tak boleh ugh!' getus hati aku geram.

'Sabar Zahra, jangan cepat melatah. Dia tu customer' sambung suara hati lagi. Nafas aku tarik dan hembus perlahan dan baki duit itu aku simpan kembali di dalam peti simpan duit.

"Zahra kau menung ape, cepat amikkan kek customer" tegur Akak Puteri, langkah kaki aku pantas mengatur ke dapur cafe untuk mengambil pinggan kek.

Selepas beberapa detik, Ais Mocha dan kek sudah siap dihidang di atas talam. Aku menghela nafas berat terus mencari Mawar yang entah hilang kemana sejak tadi.

"Rose, tolong hantarkan air dekat mamat ais tu. Aku gerun la dengan dia" pinta aku perlahan kepada Mawar, terus gadis itu melakukan perkara itu tanpa bantahan.

Aku mengambil langkah untuk menyusun apa yang patut, jam di dinding aku lihat sekilas; 2:50 petang. Masih awal tetapi hari ini pelanggan agak kurang jadi aku agak tenang untuk menyelesaikan beberapa kerja.

Tanpa Sedar, Aku Jatuh CintaStories to obsess over. Discover now