BAB 2

12K 365 0
                                    


Kring~ aku menekan punat unlock pada screen telephone ku. Mataku kini tertumpu pada unread message Whatsapp. Aku mendengus kecil. Rasa nak humban je telephone tu keluar tingkap pun ada.

Mesej yang berbaur ala romantik tu meloyakan tekak aku. Siapa lagi kalau bukan Haris Nazif Dato' Muqriz tu.

'Sayang, sory tau. U bukannya tak tahu yang perangai Ariana tu macam mana. Betul, hubungan I dgn riana dah lama putus. Please. Jwplah call I ni. I rindu... sngt kat suara u tau'

Blwekkkk!! Sayang bagai lah konon. Ei, menyampah betul aku dengan mamat ni. Ingat dengan panggilan macam tu hati aku yang dah keras mengalahi intan berlian ni boleh cair ke ha?

Malas aku nak balas text buaya darat tu. Tapi kalau difikirkan balik, sampai bila dia nak kacau aku? Terus ku capai dan membalas dengan segeram-geram hati. Macam nak pecah screen tu pun ada juga. Aku, sekali marah, memang tak ingat dunia.

'Sudahlah u. I dah penat lah. I dengan u masih student. Muda lagi kalau nak bercinta. And one more thing, please don't gave me such nonsense nickname. Lagipun, sejak bila I jadi girlfriend u? Tolong lah u. Jangan kecewakan Riana. She's still in love with you. Please. Leave me alone'

Setelah selesai, aku pun tekan punat send. Seketika kemudian, Haris membalas dengan nada ugutan.

'Walaupun u tak cinta kan I. I still love you and I will never give up until you are mine and only. You ingat tu Sara. Hope is still on my own hand. If I can't have you then nobody will!'

Aku mencebik. Eleh, ingat aku takut? Setakat ugutan kau, aku lagi boleh buat lebih daripada tu. 'If I can't have you and nobody will' lah konon. Boleh hilang selera makan aku. Nasib baik dah makan tadi. Kalau tak, berpuasa lah aku nampaknya.

Setelah membaca mesej itu, aku nekad nak sambung belajar kat UK. Aku pun nak tenangkan diri jugak.

"JADI abah dan mama setuju tak?" Tanyaku. Mama dan abah silih berganti pandangan. "Mama bukan tak setuju tapi UK tu Sara. Kenapa pilih yang jauh sangat? Tak boleh ke kalau yang dekat-dekat sikit? UBD ke UNISSA ke?" Keluh mama. "Tapi ma, mama kan tahu sambung belajar kat UK tu lah impian Sara. Please?" Jawabku dengan muka merajuk. Bibir ku sudah muncung 19.

Mama merenung muka ku ingin mempertimbangkan idea ku. "Abah?" Kataku. Mata ku kini tertumpu pada abah yang sedang menghirup kopi panas. Dia melihat mata ku yang kian bersinar-sinar mengharapkan pembelaan.

"Abah tak kesah tapi... Sara dah puas fikir masak2 ke?" Tanyanya. "Ha'ah. Dah masak dah. Hangit lagi" kataku. Sempat lagi bergurau. Abah ketawa kecil dengan gelagat ku. Aku sekali nak meminta sesuatu persis kanak-kanak 5 tahun.

"Biar aje la Sophea oi. Dah impian dia. Kita sebagai ibubapa patut bagi sokongan" nasihat abah. "Hmm... yelah2" akhirnya mama pun setuju. Aku melompat keanak-anakan. Gembira sangat. Terus ke peluk kedua orang tua ku. "Terima kasih abah, mama." Jawabku ikhlas.

*

Suamiku, Encik Bos (ON HOLD)Where stories live. Discover now