"MAMA!" Aku melaung dari tingkat atas sambil berlari ke arah mama yang tengah menonton TV di tingkat bawah.
"Eh terkejut mama, kamu ni! Kenapa? Nak apa pulak kali ni?" Pengiran Alia melihat aku yang hanya memakai baju kelawar seraya menggelengkan kepalanya.
Aku tersengih sambil memberikan telefonku kepada mama. "Look mama. It's the new book that I want so badly and It's a collector's edition. Can you buy it for me? Please..." Aku mengedipkan mataku berharap mama terpujuk dengan rayuanku.
"Berapa? This month je dah berapa banyak you beli? Dah berapa banyak you spend? Duit yang nenek bagi mana?" Pengiran Alia menyembur pelbagai soalan kepada ku seperti machine gun.
"Mama slow down please? Boleh tak mama tanya satu per satu? Kenapa nak sangat jadi machine gun ni?" Mama menjeling aku apabila aku mengatakan begitu.
Aku ketawa melihat reaksi mama seperti ingin menerkam mangsanya dan mangsanya sudah semestinya anak dia yang sulung ni. "Okay untuk menjawab persoalan mama, harga buku tu RM200. Ia bersamaan dengan BND60 to 70 and so far mama, trust me. It's not a lot, maybe sebab Felis dah beli dalam 6 ke 7 buku so far and for the price of the books yang Felis beli, Felis dah tak ingat dan semua duit yang nenek bagi dah habis untuk beli buku."
"Kenapa mama tengok Felicia macam tu?" Selesai aku menjawab persoalan mama, mama merenung aku umpama aku dilahirkan dengan tanduk unicorn di kepala. Itulah perumpamaan yang dapat ku katakan.
"So sekarang ni duit yang nenek bagi selama ni, Felis dah habiskan untuk beli buku. Dan sekarang Felis nak mama pula belikan buku yang Felis nak?" Pengiran Alia mengulang balik ayat yang telah kukatakan tadi.
Aku senyum sambil menggosok leher belakang yang tidak gatal. "Yes mama that's about it."
Pengiran Alia menarik nafas sedalam-dalamnya seperti oksigen didalam badannya tidak cukup. "Baik. Ini buku yang terakhir untuk bulan ni dan tolong cari kerja, semak mata mama tengok kamu dekat rumah ni asyik duduk bilik dan baca buku. Kalau tak baca buku, kamu akan tidur."
Aku membuat 'thumbs up' sambil melayangkan flying kiss kepada mama. Buat masa ni aku mesti setuju dengan apa yang mama kata. Kalau tak setuju mahu cair tahi telinga disebabkan bebelan mama.
"Yes mama you are so right! Anyways thanks mama, love you to the moon and back." Aku terus memeluk mama dan berlari ke bilik untuk membeli buku yang diidamkan.
Belum sempat aku sampai ke pintu bilik, "Lagi satu Felicia please start saving your money. Bukan nampak duit terus nak checkout dekat shopee tu. Tak pun suruh personal shopper untuk belikan buku." Pengiran Alia menjeling dan mengetap giginya kegeraman dan aku seperti biasa hanya mampu tersengih seperti kerang busuk.
Semenjak meningkat dewasa aku mula berjinak untuk membaca novel dalam pelbagai genre sampailah sekarang dan kerana itulah aku mempunyai satu tabiat yang susah untuk aku ubah.
Aku adalah seorang 'shopaholic'.
YOU ARE READING
Miss Shopaholic (EBOOK)
RomanceFelicia, seorang shopaholic yang masih menganggur dan sanggup menjadi driver kepada neneknya sebagai punca pendapatan harian memandangkan dia tidak bekerja lagi. Felicia sentiasa melakukan apa sahaja demi duit atau "upah" atas alasan 'Oh I need to b...
