"Ayden. Cepat la bersiap karang lambat pula,majlis nak mula dah ni." Bebel Aayan.Sememangnya adik kembarnya itu selalu lambat apabila bersiap untuk kemana sahaja.
"Sabarlah,kalau kita lewat pon majlis tu berjalan jugak.Tergesa gesa betulla kau ni." Balas Ayden dengan muka tenangnya
Pada malam ini Aurora Prince hotel milik Dato Zain mengadakan majlis annual dinner.Kesemua pekerja di hotel itu dijemput.
"Aayan,kenapa kita kena hadir pula majlis ni?Bukan papa jemput pekerja pekerja dekat hotel dia aja ka?"
"Mestilah kita kena pergi,hotel tu BAPAK kau punyakan.Kau anak dia kena la ada masa majlis tu berlangsung." Jawab Aayan soalan yang kurang bijak dari adik kembarnya
(20 MINIT BERLALU)
"Aayan, aku dah siap ni jom la gerak nanti jalan sesak karang lambat sampai."
Aayan yang bangun dari sofa terus mengeluh dan melihat adik kembarnya atas bawah
"Pahal kau? Aku tahu la aku hensem takyah la tengok aku sampai macamtu." Kata Ayden
"Hensem kepala otak kau. Pergi tukar baju.SEKARANG!!" Marah aayan
Ayden hanya mengenakan baju T dan seluar cargo untuk ke majlis itu. Memang patutlah abang kembarnya mengamuk.
Setelah adik beradik kembar itu tiba di Aurora Prince mereka telah dijemput oleh satu pekerja hotel itu.
"Hai Ayden. Hai Aayan. Dato minta korang berdua berada di kerusi VVIP di atas pentas." Kata pekerja hotel itu
"Alamak Aayan perlu ka kita duduk kerusi VVIP kerusi biasa tak bole ke."
Tidak dinafikan lagi anak Dato Zain dan kembar Aayan Zafrael ini sangat PEMALU.Ini kali pertama Ayden menyertai majlis ini memandangkan tugasnya telahpun selesai.
Sebelum ini Ayden tidak datang ke majlis pun sebab atas faktor kerjanya.
"Wah Leftanan Ayden Zafrael datang lah majlis kalini." Kata sekumpulan pekerja Aurora prince di bawah.
Leftanan? Ya Ayden merupakan seorang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
"Tengok Ayden,terkejut beruk semua bila tengok kau hadir malam ni." Sakat abang kembarnya
"Weyh qis kau tengok anak Dato Zain tu segaknya." kata Nabihah yang merupakan salah satu pekerja di hotel itu
"Yang mana?" Qistina Maisara bertanya kepada sahabatnya itu
"Yang pakai tuxedo warna kelabu tu." Balas Nabihah sambil tunjuk kepada Ayden.
"Biasa aje aku tengok, takdalah segak mana pun." pinta Qistina lalu menayangkan muka menyampah.
"Tak baik la cakap macam tu. Entah entah dia jodoh kau." Sakat Nabihah
"Ergh taknak aku." Laju Qistina membalas kata kawan baiknya itu.
Majlis berjalan dengan lancar. Doa tadi dibaca oleh Ayden dengan sempurna. Kini kesemua pekerja tengah buat perkara masing masing ada yang sedang menjamu selera ada jugak bergambar memandang mereka berpakaian cantik dan meriah.
"Pa Ayden pergi tandas sekejap." Minta Ayden
"Ya baik." Balas Dato Zain
Sedang perjalanan Ayden untuk ke tandas dia melihat bagaikan seorang perempuan dan seorang lelaki sedang bergaduh mulut. Lalu Ayden teruskan berjalan ke tandas. Ya bukan masalah dia untuk campur hal orang
Selesai keluar dari tandas. Mata Ayden laju memandang kearah dua orang tadi.
"Lah tak habis lagi ka pasangan tak bahagia ni." Kata Ayden sangat perlahan hanya dirinya yang mendengar.
Melihat sahaja lelaki itu menarik tangan perempuan itu, nampak dari jauh seakan akan lelaki itu memaksa perempuan itu untuk mengekorinya. Hati Ayden juga tidak berasa sedap.Mungkin akan ada sesuatu yang terjadi kepada perempuan itu jika dia tidak tolong.
"Nak tolong ka tak eh." Tanya Ayden kepada diri sendiri. Ya agak bodoh soalan pun.
"Hey bastard. Let her go."
"Wah! Anak Dato Zain datang nak jadi hero malam ni." Ujar Harraz
"Lepaskan dia atau kau ada dapat sakit." Cakap Ayden dengan nada yang agak keras tapi wajahnya tetap tenang
"Baik. Takpe harini aku lepaskan dia. Kau kalau aku tak dapat kau orang lain pon takkan dapat kau." Kata harraz
"Kau okey?" Tanya Ayden kepada perempuan itu.
Diam. Perempuan itu hanya diam mulutnya ibarat terkunci.mungkin trauma gamaknya.
"Takpalah,aku anggap kau okeh aje la."
"Terima kasih." Ucap perempuan itu. Terhenti pergerakkan Ayden seketika.
"No problem." Balas Ayden tanpa melihatnya dan terus berjalan ke tempat asalnya tadi.
