Beg yang dipenuhi buku itu ditarik kasar oleh Alya. Hari ini merupakan hari pertamanya memasuki sekolah baharu itu, dia berasa sedikit gementar untuk ke sekolah itu. Rasa Gementarnya lesap apabila dia mengetahui kawan-kawannya memasuki sekolah yang sama...
"Yaya, cepat sikit kawan-kawan kamu tengah tunggu kat luar tu." Kata Datin Allana kepada anaknya yang bernama Tengku Alya Ariz itu...
Datin Nur Allana Binti Mohd Ridzuan Iskandar merupakan ibu kepada 4 orang cahaya mata iaitu Tengku Amsyar Ariz, Tengku Alisya Ariz, Tengku Alya Ariz dan Tengku Aiman Ariz. Dia juga merupakan pengusaha syarikat terbesar di KL itu.
"Ye mommy yaya turunlah nii." Kata Alya dengan sedikit kesal, Lalu berjalan menuruni anak tangga dan menuju ke sofa yang diduduki oleh ibunya sejak tadi lagi.
Sebelum pergi ke sekolah, dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibunya dahulu. Kalau tak salam nanti nampak derhaka pula dengan ibunya.
"Bye mommy, Yaya nak pergi sekolah dah ni." Kata Alya sambil melambai tangan kearah ibunya sebelum keluar rumah. Selepas keluar dari rumah Alya terus berjalan ke sebuah kereta hitam yang besar lalu memasuki ke dalam kereta itu.
"Wei kau nervous ke?" Kata Carla.
Carla ataupun Tengku Carla Arline merupakan sahabat Alya. Mereka telah mula berkawan sejak kecil lagi. Carla mempunyai kakak kembarnya yang bernama Tengku Caroline Arline. Dia dan kakak kembarnya mempunyai sikap yang berlainan...
"Tak sangat dah. Mungkin sebab ada korang, aku tak gementar dah."kata Alya sambil melihat permandangan di luar.
"Kau rasa kita akan dapat satu kelas yang sama tak ?" Tanya Caroline kepada penghuni di dalam kereta itu.
Caroline merupakan kakak kembar Carla. Mereka berdua mempunyai sikap yang berlainan. Sikap Carla adalah tegas dan dingin manakala sikap kakaknya pula pemaaf, penyayang dan baik hati.
"Aku harap kita sekelas la." Kata Alya sambil tersenyum.
"Mesti punya, Sebab aku pernah dengar yang ada satu kelas ni adalah kelas yang special untuk orang kaya macam kita. Kelas tu tidak dikira umur, Jadi kita akan dapat satu kelas yang sama la kan?" Kata Hazel dengan teruja.
Hazel pula merupakan sahabat kakak Tengku Alya. Mereka telah berkawan sejak darjah satu. Dia mempunyai sikap yang mesra dan bijak.
"Betul ehh, Ke kau memandai." Kata Alisya sambil menjeling ke arah sahabatnya itu.
Alisya atau Tengku Alisya Ariz merupakan kakak Tengku Alya Ariz yang berumur 16 Tahun itu. Mereka berdua hanya beza dua tahun sahaja.
"Mana ada aku memandai. Mak aku yang cakap." Kata Hazel dengan nada yang serius.
"Ye lah. Hmm... Kau dah makan ke belum?" Kata Alisya sambil memandang Hazel.
"Oh, Aku tak sempat makan tadi sebab nak cepat." Kata Hazel sambil memegang perutnya yang kempis itu.
"Kalau begitu, Aku belanja makan nak?" Soal Alisya Kepada Hazel.
"Bole je kak. Aku pun lapar ni, Tadi tak sempat makan sebab nak cepat." Kata Alya sambil tersenyum ke arah kakaknya.
"Hm yelah. Korang berdua dah makan ke belum?" Tanya Alisya sambil melihat dua orang kembar itu bersilih ganti.
"Oh, Kami pun tak sempat makan tadi sebab tolong mak kami memasak, Ikutkan nak makan tapi Carla bagitahu yang kereta kau dah ada kat luar jadi tak sempat makan." Kata Caroline dengan gembira. Carla di sebelahnya hanya mengangguk sahaja.
"Kiranya aku kena belanja semua la ni." Kata Alisya sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Haah. Kita makan dekat Restaurant dalam mall tu la kak." Kata Alya sambil menunjuk Mall di sisi kanan kereta itu.
"Hm, Ok la. Encik Syah singgah kat mall tu sekejap kami nak pergi makan kat restaurant dalam mall tu ya..." Kata Alisya dengan sedikit kesal dan memandang ke Encik Syah sebagai pamandu peribadi keluarga itu.
"Ok puan Alisya." Tanpa membuang masa Encik Syah memusingkan stereng kereta untuk ke Mall yang dituju oleh mereka.
"Ala nanti aku belanja balik." Kata Alya. Dia kata begitu kerana kakaknya tidak suka mengeluarkan banyak duit kalau nak beli barang pun tak lebih dari 3.
"Ok. Terima kasih dik, Sayang kau." Kata Alisya dengan nada gembira kerana bukan senang adiknya yang beku itu mahu belanja orang.
Sesampainya mereka di Mall itu, mereka semua keluar dari perut kereta dan menuju ke dalam mall itu kecuali Encik Syah, Katanya nak berehat dalam kereta kerana lepas menghantar kami dia akan ke tempat Ayah Alya dan Alisya bekerja iaitu The Arizz Holdings..
"Dah jum masuk dalam, Nanti tak pasai-pasai hari pertama dah masuk lambat." Kata Carla lalu berjalan menuju ke restaurant yang ada di dalam mall itu.
Mereka berlima berjalan memasuki restaurant mewah itu. Setelah semua selesai memesan makanan, mereka semua diam dan melakukan kerja masing-masing.
10 Minit kemudian...
"Wei, Korang ada nampak tak Iman, Syifaa dan Damia." Soal Hazel yang memecahkan kesunyian di antara mereka dengan menyoal tentang 3 sahabatnya itu.
"Tak.... Mungkin 3 orang tu dah sampai sekolah kut." Jawab Alya sambil menyuapkan spaghetti carbonara di dalam mulutnya itu.
"Korang makan cepat sikit... Nanti lambat nak sampai sekolah tak pasai- pasai hari pertama dah dikira lambat." Kata Carla yang dah habis makan itu.
"Kau ni asyik ulang ayat sama je... Cuba la cakap ayat lain juga, tak rimas ke asyik ulang ayat sama dari tadi." Kata Alya kepada Carla yang sedang mengelap mulutnya dengan sopan itu. Acah-Acah sopan pula budak ni ya...
"Aku nak bagi peringatan je... Kau kan cepat lupa." Kata Carla dengan bergurau. Mendengar ayat yang dikeluarkan dari mulu kawannya itu Alya mengerutkan dahinya sambil memandang carla yang tengah ketawa.
"Hello... Walaupun aku ada amnesia pun.. aq tak beban macam nenek yang dah tua, Okey." Kata Alya sambil menjelingkan mata kepada Carla yang tengah mengerutkan dahinya itu sejak mendengar perkataan dari mulut Alya.
"Dah siap makan ke belum kalau dah siap jum la pergi sekolah, kita tinggal beberapa 30 minit je ni. Kata Alisya kepada adiknya yang berlawan cakap dengan sahabatnya itu.
Setelah mereka semua selesai makan, tanpa membuang masa mereka terus berjalan keluar dari mall itu dan terus pergi ke kereta pemandu peribadi keluarga itu yang dipandu oleh Encik Syah Ahmad atau dikenali sebagai cik syah.
"Puan... Kita nak pergi mana ya selepas ni?" Encik syah bertanya kepada Alya dan Alisya sebelum menggerakkan kereta ke atas jalan raya itu.
"Terus pergi ke Aurora Academ'y ya, Cik Syah." Kata Alya sambil tersenyum kepada pemandu peribadinya itu.
Setelah 10 Minit akhirnya mereka semua sampai di Aurora Academ'y itu dengan selamat. Mereka semua keluar dari kereta kecuali Encik Syah kerana cik Syah perlu pergi ke Syarikat Arizz Holdings yang diketuai oleh ayah Alya dan Alisya iaitu Datuk Tengku Muhammad Ariff.
"Sampai sini jela ya puan... Saya nak, pergi kerja dulu." Kata Encik Syah sambil meminta izin kepada Alya dan Alisya.
"Okey, Nanti dalam pukul 4 petang ambil kami balik ya." Kata Alisya sambil tersenyum kepada Encik Syah.
"Ya puan, Nanti saya datang tepat pukul 4 Petang ya, Puan..." Kata Encik Syah kepada Alisya dan Alya dan berlalu pergi meninggalkan sekolah itu.
Setelah Encik Syah pergi mereka semua memasuki sekolah tersebut tanpa membuang masa...
