Darah merah mengalir pekat di sungai Buana. Kawasan yang tenang sudah dinodai darah akibat dendam yang tiada sudahnya. Angkara musuh di dalam selimut, negara yang menjadi galang gantinya. Yang menjadi saksi hanyalah yang Maha Kuasa.
DI GUA CINDAI, 17 Mac 1596
" Di mana bonda dan ayahanda?" tanya Puteri Azalia kepada Cik Mastura, Ketua Dayang Diraja merangkap Penjaga Puteri Azelia Nafisah yang menjadi amanahnya sejak Puteri ini bayi lagi. Cik Mastura atau lebih senang dipanggil Cik Mas terhenti pergerakannya. Dia yang sedang menyiapkan santapan malam buat mereka berdua hanya memandang dengan pandangan sayu pada Puteri Azalia.
"Tuanku Sultan dan Permaisuri sedang berada di luar negeri untuk menyelesaikan sesuatu urusan yang penting." Jawab Cik Mas dengan nada suara yang dikawal agar tidak menangis di hadapan Puteri Azelia. Hanya itu yang mampu dia cakap untuk menghilangkan gundah Puteri Azalia.
"Jadi begitu ya? Tapi, mengapa kita perlu duduk di dalam gua? Bukan selalunya kita duduk di Istana Limbangan apabila bonda dan ayahanda ada urusan di luar negeri? Beta panas.." Tanya Puteri Azalia sambil merengek kepanasan.
Terkedu Cik Mas mendengar pertanyaan dari muka polos itu. Segera dia bangkit untuk menutup api apabila makanan yang di masak mendidih. Di hidangkan makanan di atas meja kayu jati yang direka khas untuk keturunan diraja.
"Tuanku, santapan malam sudah patik sediakan." Maklum Cik Mas sebelum berlalu untuk menyiapkan tempat beradu Puteri Azalia.
"Cik Mas." Panggil Puteri Azalia. Cik Mas berpaling kepalanya ke arah Puteri Azalia."Lama lagikah perang ini berhenti? Sampai bila ia mahu berhenti? Beta sudah kehilangan kakanda Azil, Beta tak mahu kehilangan Ayahanda, Bonda dan rakyat Langkasuka" Luah suara comel Puteri Azalia. Terus pecah tangisan Cik Mas apabila mendengar luahan puteri polos itu seraya memeluk Puteri Azalia yang sudah dijaga sejak bayi lagi.
"Patik akan menjaga tuanku biarpun nyawa patik menjadi galang ganti." Bicara Cik Mas sambil mengelap butir permata yang melorot malas di pipi puteri kesayangan. Benar. Biarpun hakikatnya mereka berdua diburu oleh kerajaan Mahjora, kerajaan kedua terbesar di wilayah sumatera Tanah Melayu. Akibat diburu, Baginda Tuanku Sultan Amiruddin Shah telah mengarahkan Cik Mas menyorok di Gua Cindai iaitu tempat asalnya Cindai Belerong Api Lagenda ditemukan, bersama-sama ananda kesayangan baginda.
"Kakanda berazam mahu mencari siapa dalangnya yang menabur fitnah yang menjadikan Langkasuka huru hara." Azam Putera Azil yang masih terngiang - ngiang di telinga Puteri Azalia. Mata biru sahmura Puteri Azalia melirik keris yang disimpan rapi dalam balang kaca yang berada di atas meja batu gua.
Keris yang dibuat oleh tukang besi diraja, Bayang Kenanga Hitam itu berkilau dan malap dengan sekelip mata. Keris yang hanya keturunan Diraja Langkasuka boleh sentuh. Jikalau rakyat biasa yang menyentuh, serta merta menjadi tumpul dan tidak boleh digunakan sehinggalah keturunan itu sendiri yang memegangnya.
Hatta keturunan diraja yang lain pun tidak boleh menyentuhnya. Dikatakan keris berlok sembilan itu mempunyai penjaga dan harus dijaga sebaik mungkin. Ditempa dari besi malik dan lapan jenis besi yang lain. Hulunya menggunakan kayu yang paling ampuh yang mempunyai ukiran kepala harimau. Terdapat tulisan jawi yang berseni di sarung keris yang berukir indah itu.
Cik Mas yang perasan akan mata Puteri Azalia yang asyik melihat keris itu segera menggendong Puteri Azalia dan dibawanya hampir dengan keris itu.
"Suatu hari nanti, keris ini akan menjadi milik tuan puteri dan enam keturunan tuan puteri yang akan datang. Jikalau tatkala perlu menggunakannya, gunalah dengan elok dan jangan lupa pada yang Esa. " Bicara Cik Mas sambil matanya melihat tulisan di sarung keris.
"Melerong menanti akan jurainya"
YOU ARE READING
Langkasuka (og)
Historical FictionSetelah 18 masihi sejak kejadian yang menimpa Langkasuka, Tengku Azelia Nafisah bersama pembantunya, Cik Mas, menjadi pelarian. Diburu dan dicari untuk dihapuskan Mula :12 Oktober 2024 Tamat :
