"Nak pergi mana?" Soal polis askar yang bertugas, senapang masih kemas di tangannya.
"Blok D, tingkat 9."
Mulut Hani berdecit halus, tak sedar yang dia buat begitu. Askar yang bertugas sudah mengerutkan dahi, tapi Hani tak perasan sebab muka lelaki itu tertutup. Yang dilihat cuma sepasang mata berwarna dark brown.
Menyempat Hani tilik mata anak teruna orang.
'Kacak juga. Baru kut? Sebab tu tak pernah nampak...' bisik hati kecilnya.
Selesai menulis nama dan segala maklumat dalam buku, dia bersedia untuk menekan pedal minyak. Langsung tidak mengucapkan terima kasih, bukan kerana sombong, tetapi terlupa. Mungkin pengawal yang bertugas kali ini adalah orang baru, sebab itu dia perlu menulis nama. Jika pengawal biasa yang bertugas, namanya sudah pun tersenarai dalam senarai tetap sebagai individu yang dikenali.
Sebaik sahaja palang dinaikkan, dia menekan pedal minyak dengan laju.
Di satu sudut lain, seorang anggota tentera udara sedang bersandar pada motosikalnya, tidak jauh dari pondok pengawal. Niat asalnya hendak minta sesuatu di situ, tapi terbantut bila dia nampak sebuah kereta asing masuk ke dalam perkarangan kem.
Tidak tahu kenapa, tapi hatinya kuat mengatakan yang dia perlu melihat pemandu itu. Dia rasa tidak pernah nampak sebelum ini.
Tangannya naik menyentuh dada sebelah kiri apabila, dalam sekelip mata, anak matanya bertembung dengan pemandu kereta itu. Entah hal baik atau buruk, dia sendiri tidak pasti.
Fakhri yang kebetulan baru pulang dari berjumpa isterinya, terus hairan melihat perubahan wajah Eshan. Dari tenang terus berubah serius. Kelihatan garang pula, langsung tiada secalit senyuman.
Lebih baik dia tidak menegur. Kalau ditegur, mahunya bercantum kening Eshan. Fakhri turut memerhati apa yang menjadi perhatian Eshan sejak tadi. Sebuah Perodua Myvi, tidak lepas daripada pandangan tajam lelaki itu.
"Kau dah kenapa berkerut tengok kereta tu masuk? Ada yang tak kena ke? Biasa je aku tengok kereta tu. Kereta ex kau ke?"
Secara drastik, pandangan Eshan beralih arah. Anak matanya menikam tajam ke arah mata Fakhri.
"Kau nampak tak kereta tadi? Aku pernah nampak nombor plat tu sebelum ni. Tapi orang lain yang bawa. Aku yakin betul, sebab nombor plat tu sama. Mata aku tak pernah salah. Kau pun tahu kan?" Bukan mahu membuat spekulasi, tetapi zaman sekarang manusia semakin bijak.
Sesiapa pun boleh menyamar tanpa disyaki.
Fakhri tidak perasaan nombor plat kereta itu sebentar tadi. Tiba-tiba, dia turut terfikir perkara yang sama. Kerja seperti mereka sememangnya dikelilingi ramai musuh. Boleh jadi ada yang menyimpan dendam dalam diam.
Tanpa berlengah, Fakhri segera melangkah ke pondok pengawal.
Dia mencapai buku pelawat di atas meja dan terus membuka halaman yang mencatat nama pelawat pada jam 6.30 petang tadi. Senyuman sinis terukir di bibir Fakhri. Nampaknya Eshan salah sangka! Penat sangat agaknya sampai perkara kecil pun sukar dibezakan. Mungkin kerana sudah dua hari tidak pulang ke rumah.Fakhri kenal benar pemilik kereta itu. Sudah lama juga dia tidak bertemu dengan gadis tersebut. Setahunya, gadis itu memang kerap datang ke sini setiap hujung minggu.
"Kau kenapa senyum-senyum? Aku tengah risau, kau boleh senyum macam kerang busuk pula dekat sini!" bentak Eshan.
Fakhri menggeleng kepala, masih tersenyum.
"Tak ada apa-apa lah. Aku nak tanya kau, penat sangat ke sampai semua orang kau pandang macam musuh? Eshan... kita dalam kem, kot! Kalau betul-betul mencurigakan, dari awal HANDAU dah dapat kesan. Kau rindu nak turun operasi ke? Relakslah!" katanya sambil menepuk bahu Eshan sebentar.
YOU ARE READING
KAPTEN HUD ESHAN: HIS TRUE LOVE - [TERBIT]
RomanceTERBIT - di bawah rumah penerbitan HA Novels
| 01 | edited
Start from the beginning
![KAPTEN HUD ESHAN: HIS TRUE LOVE - [TERBIT]](https://img.wattpad.com/cover/375853134-64-k949102.jpg)