Udara segar di Pangkalan Udara Bukit Jugra dihirupnya dengan penuh kenikmatan. Sudah lama dia tidak menikmati udara segar seperti ini selepas pulang dari operasi. Mana tidaknya, sebaik sahaja kembali dari operasi, dia terus dimasukkan ke hospital. Akibat serangan hendap pihak musuh, dia hampir terkorban di medan perang. Namun, nasib menyebelahinya apabila peluru tidak mengenai jantungnya secara tepat. Kini, lukanya semakin kering, dan dia sudah boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.
Dia meregangkan anggota badannya sambil melangkah ke lapangan latihan. Hari ini, namanya dijadualkan sebagai jurulatih PT (physical training) untuk kadet pengambilan baharu. Sejak dari rumah hingga ke saat kaki kanannya melangkah masuk ke lapangan latihan, bibirnya tidak henti-henti melorek senyuman manis.
Dia sendiri berasa pelik, seolah-olah ini bukan dirinya. Dia merasakan sesuatu yang baik akan berlaku hari ini tanpa diduga. Jika ada yang menegurnya, pasti dia membalas dengan senyuman.
Setibanya di padang latihan, beberapa rakannya sudah berdiri tegak dengan raut wajah yang berkerut seribu. Dia melangkah semakin mendekat. Dari pemerhatiannya serta pengiraan dalam kepala, jumlah pengambilan tahun ini agak ramai, lebih ramai berbanding tahun sebelumnya. Jelas kelihatan bahawa anak muda kini semakin berminat untuk berkhidmat kepada negara.
Namun, dia sedar akan ada yang menarik diri nanti, dan dia yakin hanya segelintir sahaja yang akan bertahan hingga ke akhir.
"Awal, Fakhri denda budak hari ini?" ujar Eshan.
Hakim hampir melonjak kerana terkejut. Jantungnya terasa seperti mahu melompat keluar akibat kejutan yang datang tiba-tiba. Tanpa sebarang salam atau sapaan, lelaki itu tiba-tiba muncul di sebelahnya seperti hantu. Dia tahu lelaki ini sudah keluar dari hospital, tetapi tidak menyangka yang dia akan kembali bertugas secepat ini.
"Kalau aku meninggal tadi macam mana? Kau suka muncul macam hantu, kan?" sembur Hakim sambil mengusap dadanya yang masih terkejut tadi.
"They called me Shadow for a reason, Demon."
"Soalan aku kau tak jawab lagi. Awal Fakhri denda budak hari ni? Dia orang ada buat salah apa sampai berkerut muka dia tahan marah? Aku baru cuti dua minggu, takkanlah kawan kita dah bertukar jadi Hulk."
"Budak -budak tu tak kilatkan kasut. Lepas tu, ada yang masuk barisan lambat. Itu yang pagi-pagi dia dah mengamuk."
Eshan dan Hakim serentak melepaskan keluhan. Patutlah Fakhri tidak dapat menahan marah.
Mereka berpeluk tubuh sambil memerhati Fakhri mendenda para perajurit muda. Melihat sahaja mereka berpusing dan berlari mengelilingi padang, mereka sudah dapat mengagak hukuman apa yang akan dikenakan seterusnya.
"Aku nak 10 pusingan. Kalau ada yang tumbang dulu, semua turun 50! Faham?!"jerit Fakhri. Dah keluar dah aura dragon dia. Ini kalau dibiarkan silap-silap boleh keluar api dari mulut. Terlalu marah.
"Tuan!"
"Tak dengar! Lembik! Cakap pun perlahan!"
"TUAN!"
Bergema padang latihan dengan suara mereka.
Fakhri mengurut pelipis yang mula berdenyut. Mencabar betul hendak melatih generasi Z sekarang, walaupun dia juga dalam generasi yang sama, tapi tidak adalah manja macam mereka. Lain macam manjanya. Kalau disentuh sikit pun tidak boleh, lebih baik bungkus kain baju dan balik saja.
Bukan dia yang panggil mereka untuk datang ke sini, mereka sendiri yang merelakan diri.
Lebih baik dia sejukkan diri dulu. Kalau tidak lagi teruk budak-budak ni kena. Baru hendak pusingkan tubuh, matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang dikenali. Dahi berkerut, kening hampir bercantum. Rasanya baru dua hari lepas dia pergi melawat lelaki itu di hospital.
YOU ARE READING
KAPTEN HUD ESHAN: HIS TRUE LOVE - [TERBIT]
RomanceTERBIT - di bawah rumah penerbitan HA Novels
![KAPTEN HUD ESHAN: HIS TRUE LOVE - [TERBIT]](https://img.wattpad.com/cover/375853134-64-k856754.jpg)