BAB 26

21 5 0
                                    

Dalam mamai aku dapat rasakan pipi aku dielus lembut. Perlahan-lahan aku buka mata. Melihat seekor kucing yang menggeselkan badannya ke muka aku buat aku nak bersin. Tetapi tak jadi kerana kepala ini terasa begitu sakit. Mata dibuka perlahan-lahan. Aku lihat tempat yang begitu asing. Seperti pondok tempat orang menunggu buah gugur. Tiada dinding. Hanya berlantaikan papan buruk dan atap zink yang sudah berkarat.

Perlahan-lahan aku tegakkan badan. Punggung pula masih me kejap di atas lantai. Kepala pusing ke kanan. Ketika itulah mata menangkap kelibat tunang aku yang duduk berlunjur dengan badannya tegak diikat pada tiang. Tiang pondok. Terus aku buntangkan mata. Pedih melihat darah yang sudah kering bertempek didahinya. Kepalanya yang terdongak dengan mata yang terpejam begitu tandanya dia bukan pengsan. Dia sedar. Aku tahu dia sedar.

Hati aku sedih. Air mata terus menjunam keluar. Dalam keadaan lemah aku mengengsot menghampiri dia. Mujur aku tak diikat. Tangan aku pantas sentuh dahinya yang berdarah. Spontan dia buka mata apabila terasa disentuh.

"Please. Kuatkan semangat abang." Automatik aku panggil dia abang apabila lihat dia yang nampak lemah. Pantas dia beri senyuman untuk aku. 

"Demi sayang abang akan bertahan sampai ke titisan darah yang terakhir." Makin laju air mata aku jatuh ke pipi bila dia cakap begitu. Baru aku nampak betapa dia betul-betul cintakan aku.

"Sayang pun kuatkan semangat. Bertahan untuk abang."

Aku angguk.

Tiba-tiba empat orang lelaki tadi muncul semjla. Aku pantas cengkam baju tshirt tunang aku. Aku tidak cam mereka tetapi bila muncul lelaki kelima aku mula sangsi.

"Aku nak buat deal dengan kau." Lelaki bertopeng muka hitam dan bertopi warna senada itu aku tidak cam. Makin tidak cam bila spek hitam melekap di mafa. Tapi suara yang terlontar keluar itu bagaikan biasa di telinga aku. Serasa aku baru je dengar suara itu baru-baru ini. Siapa ya?

"Kau nak buat deal apa?" balas Had tegas. Lelaki yang aku tak nampak muka itu kedengaran mendengus.

"Aku nak kau menangkan pasukan lawan kau minggu depan."

Nampak Had sengetkan bibirnya.

"Huh, aku dah agak. Bila kau ekori aku dan  bawa aku ke sini aku cukup yakin. Semuanya sebab match minggu depan, bukan?” 

Lelaki tadi keluarkan pisau dan tiba-tiba tarik aku menjauh dari Had. Aku menjerit ketakutan dan nampak muka Had cemas.

"Kau kena menangkan pihak lawan. Tapi kalau kau kalahkan lawan aku bunuh tunang kau." Pisau diletak ke leher aku dan aku menjerit ketakutan.

"It's a hard deal. Jangan nak libatkan tunang aku."

Lelaki jahat itu cengkam dagu aku lalu merenung aku dalam-dalam. Walau matanya dilindung spek hitam aku tahu dia renung aku.

"What an ugly fiancee. Tak sangka kau dah bertunang. Tak padan langsung."

Aku alihkan mata dan pandang tunang aku. Nampak rahangnya diketap. Dia marah. Dia marah bila orang cakap begitu pasal aku. Terus hati aku pilu. Dia sayangkan aku. Dia benar-benar sayangkan aku. Aku nampak semua itu.

"Dia cantik atau tidak, hanya dia seorang saja yang aku nak. Kau jangan nak apa-apakan dia."

Lelaki itu gelak besar. Lalu dia tolak aku kasar ke arah kulinya.

"Hantar dia ke bilik aku." 

Aku buntangkan mata. Hanya mampu menjerit dan meraung kuat saat kuncu-kuncunya tarik aku sehingga ke kereta.

"Kalau kau nak dia selamat kau ikut cakap aku." Lelaki itu sudah melangkah menghampiri aku. Aku pula pandang tunang aku yang dipukul sekali dua sebelum dibuka ikatannya.

"Kau jahat. Kau nak apa. Aku bunuh kau." Entah ayat apa yang aku keluarkan kerana geramkan lelaki itu.

Dan….

Pangg!!!

Sebuah penampar hinggap di pipi dan aku terkulai layu lagi. 

The Most Wanted (PLAYER) LOVER (Completed) حيث تعيش القصص. اكتشف الآن