10|| NUQALORA

32 14 16
                                    


 Sejak kejadian aku dan Nuqman keluar jogging bersama,aku langsung tak keluar rumah sudah.Bukan sebab takut berjumpa dengan pencuri itu tapi aku tak tahu juga nak pergi mana.Maklumlah aku bukannya orang sini- pergi bercuti ke Itali pun pernah sekali dua je jadi nak ingat tempat tu memang agak sulit sikit untuk aku.Tambah tambah lagi aku ni sejenis yang susah untuk bertanya pada orang kalau sesat atau ada masalah- nak cakap pemalu tu,tak sangat.Tah.Aku tak tahu

Kawan pun takde kat sini.Jadi kehidupan aku agak bosan sikit di sini.Kebanyakkannya tak pandai cakap English.Rasa asing.Bila tengok diorang berbual sesama diorang tapi hanya aku je yang tak faham.Tiba-tiba rindu pula akan Sara.Apa khabar dia ek? Dah lama rasanya tak contact dia- keluhan kasar dilepaskan

Daripada aku duk fikiran tentang ini lebih baik aku fikir cara nak siapkan tugas dengan cepat.Bolehlah juga aku masuk tidur awal kan? Lagipun, kebanyakkannya ramai dah siap tugasan- kini tinggal sikit je manusia di sini.

 Kain hitam aku ambil lalu cepat sahaja tangan naik mengelap pokok yang berada di sekitar ruang tamu.Banyak betul pokok dekat sini.Kerja aku hanya perlu lap debu yang ada dekat pokok plastik ni lepas siap lap pokok-pokok ni barulah kerja aku siap- Dalam 5 pokok lagi yang tinggal....

Sedang asyik aku mengelap pokok tiba-tiba ada suara menegurku.Aku langsung terkejut menyebabkan kain yang aku pegang terbang dan jatuh mencium lantai.Aku pusing belakang pandang orang yang baru sahaja buat aku terkejut tu.Nasib tak de penyakit jantung je aku ni

Aku jeling Rico yang berada disebelahku.Memang minta pelempang jawabnya ni.

"hehehe sorry madame," ujarnya sambil tergelak kecil.Aku hanya menjelingnya tajam.Biar dia rasa takut sikit dengan jelinganku ini-

"Haa ada apa awak datang sini ni?" Soalku.Suara sengaja dibuat-buat kasar- nak tunjuk marah la ni hahaha tapi Rico langsung tidak nampak seperti terkesan denganku

"let's go rien!" ujar Rico lagi dan ayat dia berjaya buatkan sepasang mataku tertumpu padanya.Pelik pun ada- tiba-tiba je ajak aku pergi ni- pergi mana pun tak tahu

"Pergi mana?"

"Adalah.Cepat pergi bersiap," 

"Oh okayh-" pelik pelik pun tetap aku turutkan.Mesti semua ini arahan dari Nuqman kalau tak takdenya Rico gigih datang ke sini hanya untuk bercakap tentang hal ini.Kan?

Kain hitam dimasukkan ke dalam baldi.Aku langsung mengangkat baldi yang berisi sedikit air itu dan mula menapak pergi dari situ.Belum sempat aku menapak pergi lagi tiba-tiba Rico bersuara lagi.Terus mati pergerakanku.

"oh lupa pula nak cakap...bawa baju lebih sikit.er kita mungkin akan bermalam di sana,"

"What?!" 

"monsieur- he has work there.so we will probably sleep there...i hope you don't mind,"

"er- saya okayh je.Terima kasih sebab bagitau,* dan aku mula melangkah pergi dari situ.



















𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍Where stories live. Discover now