Epilogue

3 0 0
                                        

Pedang mereka bertemu lagi. Bunyi pedang bergeseran memecah kesunyian medan perang itu. Perlawanan yang sudah berlangsung selama berjam-jam ini masih tidak bertemu penyelesaian. Kedua-dua belah tidak mahu mengaku kalah. Pedang yang diisi racun itu khusus untuk membunuh Lord Skull masih erat digenggam di tangannya. Kedua-dua mereka berundur untuk mengambil nafas.

Master Thomas, satu-satunya pahlawan yang memiliki kelebihan menguasai element crystal semakin keletihan. Umurnya sudah menjangkau 200 tahun. Lord Skull, seekor makhluk asing yang ingin menguasai dunia juga keletihan. 90% askar mereka sudah mati berjam yang lepas.

Master Thomas memandang anak-anak didiknya dan menggelengkan kepala. Dia menggenggam pedangnya lagi. Matanya tetap kearah Lord Skull dan menyerbu kearahnya. Mereka berlawan lagi. Thomas mengeluarkan bebola air dari tangannya dan membalingnya kearah Lord Skull tetapi Lord Skull mengelak. Itu membuka ruang untuk Thomas untuk menusuk pedang kearah jantung Lord Skull. Tetapi, Lord Skull sempat menghentikan serangan Thomas itu dengan memegang mata pedang itu sebelum ia sampai ke jantungnya. Thomas mendengus sambil menekan pedang itu ke jantung Lord Skull dengan kedua-dua tangannya. Semakin lama dan semakin kuat.

Zachary, salah seorang pelajar Thomas yang merupakan seorang speedster menerkam Lord Skull dari belakang. Lord Skull mencuba untuk menangkap Jeff tetapi Angel, satu-satunya pelajar perempuan Thomas dan seorang teleporter tiba-tiba muncul dan memegang tangan kanan Lord Skull.

"Cepat, sekarang Master. Habiskan dia." Jerit Zachary dari belakang.

Thomas mencuba sedaya-upaya untuk menusuk pedang itu tetapi kudrat Lord Skull tidak boleh dipandang rendah.

"You fool" Kata Lord Skull sambil ketawa. Dia mula memusing pergelangan tangan kanannya dan memegang leher Angel. Angel melepaskan genggaman dan memegang tangan Lord Skull untuk melepaskan dirinya. Lord Skull mengangkat tubuh Angel dan Jeff dan Thomas terkejut dengan apa yang mereka lihat sekarang. Lord Skull senyum dan mematahkan leher Angel seperti angel hair spaghetti. (Get it?)

Mereka berdua menjerit nama Angel sebelum Lord Skull membaling tubuh Angel ke tanahsambil ketawa. Lord Skull tiba-tiba mengeluarkan aura berwarna hitam dan membebaskan dirinya sambil menjerit. Aura hitam itu membuatkan Zachary dan Thomas terpelanting ke belakang. Tubuh Zachary terpelanting ke arah batu besar dan mematahkan tulang belakangnya. Dia menarik nafas yang panjang sebelum jatuh ke tanah. Sifu Thomas jatuh ke tanah tetapi pedangnya terlepas dari tangannya.

Lord Skull tersenyum sambil aura hitam itu masih menyelubungi dirinya. Dia mula bercakap yang bahawa dirinya immortal dan tiada siapa boleh bunuh dirinya. Thomas merangkak untuk mendapatkan pedangnya semula. Dia cuba bangun semula menggunakan pedang itu dan ketawa.

"Apa lagi, Skull?"

"Apa maksud kau, Thomas. Perlawanan ini sudah berakhir. Aku sudah menang. Lihat sekeliling kau."

"Aura hitam."

"Oh ini. Ya, aku minta maaf. Aku terpaksa keluarkan. Keadaan semakin genting."

"Apa lagi.... Skull?"

"Huh?"

Thomas sekali lagi menyerbu kearah Lord Skull dan akhirnya berjaya menghunus pedang itu ke jantung Lord Skull. Lord Skull terkejut melihat Thomas berjaya menusuk pedang ke jantungnya.

"Fuck"

Lord Skull mengangkat tangan dan tunjukkan jari tengah kepada Thomas. Tubuhnya berbentuk seperti tulang makmal itu akhirnya meghilang. Tetapi tengkoraknya jatuh ke tanah. Master Thomas bangun dari posisi melutut dan terus memijak tengkorak itu sehingga pecah.

Mereka akhirnya berjaya menumpaskan Lord Skull. Pemerintahannya yang berlangsung bertahun-tahun itu akhirnya berakhir hari ini. Thomas melihat sekelilingnya. Sungguh banyak nyawa yang terkorban hari ini. Dia akhirnya ketawa kecil. Dia melihat pedang itu dan berkata "We did it. Both of us"

Satu bayang muncul dihadapannya menyerupai seorang perempuan tersenyum kearahnya. Dia mengangguk dan tersenyum kearah perempuan itu.

"Bawa jasad mereka pulang ke rumah mereka. Pastikan mereka dikuburkan dengan sempurna."

"Baik master."

"What now, master?"

"Home."

Ini cerita 300 tahun lepas.

HARI INI.

Ricky baring di katilnya sambil bermain dengan bebola api kecil yang dia hasilkan sendiri dari tangannya. Bunyi suara ibu dan ayah tirinya bergaduh masih kuat dari luar biliknya. Dia masih menunggu ayah dan ibunya berhenti bergaduh. Selepas hampir setengah jam, mereka akhirnya berhenti bergaduh. Dia letakkan bebola api tadi di ibujari dan api itu terus hilang selepas ditiup dari mulutnya. Dia lompat dari katilnya, mengambil bungkusan bajunya dan terus lompat dari cermin tingkapnya ke bawah.

"Adios" Katanya sebelum lari ke dalam hutan.

Master Thomas juga dalam perjalanan untuk mencari perantis Elementals yang sebelum ini miliknya seorang. Lima unsur alam, lima perantis muda. Api, air, angin, tanah, pokok. Bersama dia ada lima orang pelajarnya menjadi pembantu/bodyguard. Dia dan anak-anak didiknya sedang menyiapkan makan malam mereka. Oleh kerana kabus yang tebal, mereka terpaksa berhenti dan berehat sementara menunggu keadaan kembali seperti biasa semula.Mereka bergurau-senda sambil menikmati makan malam mereka. Bekas kayu berwarna coklat yang dibawa oleh Thomas terbuka sendiri dan orb berwarna merah menyala. Orb api.

Ricky masih berlari didalam hutan tanpa ada hala tujuan. Dia tiba-tiba berhenti selepas tangannya menyala merah  dan simbol orb api itu muncul di tapak tangannya.

"What?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 06, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ElementalsStories to obsess over. Discover now